WARGA SCP

Khamis, Mac 29, 2012

ISLAND HOPPING PART 1

ALHAMDULILLAH

Kalau dah sampai Pulau Langkawi, rasa tak sempurna kalau tak menjelajah ke kepulauan lain yang terdapat di persekitarannya. Pelbagai syarikat pengendalinya yang menawarkan pelbagai pakej dengan harga yang berbeza namun bergantung pada perkhidmatan yang mereka berikan.

Pakej yang selalu diambil ialah "Boats trips to the 3 famous island" kerana jangkamasanya dalam 4-5 jam sahaja berbanding pakej "Payar Island Marine Park" yang memakan masa 6-7 jam juga .



Jadi kami memilih untuk ke 3 pulau terkenal tadi iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah . Kami pajak sebuah bot dengan bayaran RM200 , jadi hanya kami anak beranak je yang akan mereka uruskan .

Kalau tak pajak, dalam RM25 seorang juga dan kena tunggu bot penuh.

Pukul 10 pagi , kami telah berada di pantai berhampiran Awana Porto Malai di mana terdapat deretan puluhan bot2 yang mengendalikan "Island Hoping" ni di sana. Ketika itu air surut , maka kenalah mengharung sedikit untuk menaiki bot yang di sediakan .

Sikit tips, pada sesiapa yang ikuti aktiviti Island Hoping ni, pakailah pakaian yang sesuai mcm tracksuit ke dan hanya berselipar sahaja . Jangan pulak pakai kain pelikat gombang , karang nak mengharung air dan melangkah ke bot, rabak pulak kain hehehe

Karang jadi lain pulak hopingnya hahaha


tu tiga buah bot tengah terkedek2 nak lepaskan diri kerana air surut punya pasal

Kerana masa yang diambil dalam 4-5 jam juga, pastikan bawalah sikit bahan makanan ringan dan juga beberapa botol air mineral . Boleh jugaklah mengunyap apa yang patut kalau perut berkeroncong. Tapi kalau boleh , bahan makanan jangan bawak dalam plastik tetapi bawaklah dalam beg. Kenapa ??? nanti aku ceritakan sebab musababnya kemudian.

Kerana pemantauan yang ketat oleh pihak Jabatan Laut , maka sekarang jumlah penumpang di setiap bot perlu mematuhi peraturan dan juga sentiasa memakai jaket keselamatan yang disediakan. Itu semua demi keselamatan para penumpang .

Kalau dedulu, dia main sumbat je, tapi tidak sekarang kerana kalau di jalanraya , kerap pihak JPJ atau polis buat roadblock, tapi di laut pula pihak Jabatan Laut pula kerap meronda dan buat roadblock jugak.

Road block kat jalanraya selalunya pemandu yg berselisih dengan kita dah angkat lampu, ni kat laut takdak macam tu.




jeti nelayan berdekatan tapi tak boleh digunakan oleh bot2 lain




6 ulasan:

  1. Salam Bapak,
    Ok saya nak teka kenapa x boleh bawa plastic, sebab mereka takut plastic itu dibuang ke laut...betul tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      heheheh kurang tepat , kalau betul hadiahnya minyak gamat hehehe

      Padam
  2. Salam bapak.

    Kalau pakai kain pelikat gombang harung air laut, "kenyang" la mata orang lain nanti, kehkehkeh!

    Jangan marah saya melawak saja :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam


      hahahahah jgn risau, bapak pun jenis suka melawak dan sesekali merapu jugak

      hidup ni mesti kita selitkan dengan keceriaan
      kalau lurus je dah mcm tiang bendera hehehe

      Padam
  3. cantik pemandangan di sini...tak pernah hoping island !

    BalasPadam
    Balasan
    1. byk landscape menarik kat langkawi


      kalau jadi cikgu pi langkawi, cikgu boleh cuba hopping island, saya jamin pasti menyeronokkan

      Padam