WARGA SCP

Rabu, Februari 29, 2012

REMPAH RATUS KEHIDUPAN

ALHAMDULILLAH

Siapa yang tak mahu mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Siapa yang tak mahu mengecapi kebahagiaan dalam kehidupan.

Tentu sukar untuk mencari individu yang waras akal fikiran yang berkehendakkan sebegitu.

Namun untuk mencapai apa yang kita inginkan serta apa yang kita impikan bukan semudah membeli sekampit rempah sup bunjut di kedai Wak Karto.

Semuanya pasti takkan datang mengolek begitu sahaja . Semuanya perlu kita usahakan sambil mengharap Allah akan memakbulkan.

Sebagai mana cerianya warna warni rempah ratus dalam masakan , begitulah juga dengan kehidupan kita yang pasti tidak dapat lari dengan ujian Allah.

Suka vs Duka
Sukses vs Kegagalan
Sakit vs Sihat
Hidup vs Mati

dan banyak lagi menjadikan kehidupan kita semua seperti warna warni pelangi yang sungguh indah untuk diamati dan direnungi


Tidak semua yang kita rencanakan akan menjadi kenyataan dan banyak juga perkara yang tidak pernah kita rancang tetiba datang menerjah dalam kehidupan kita tanpa diundang.

Kita belajar menerima sahaja ketentuan Allah dengan hati yang redha dan pasti kita tidak akan merasa susahnya dan peritnya hidup ini. Kita akan merasa kehidupan ini tersangat sukar dan menyiksakan apabila kita cuba melawan takdir yang telah ditentukan.

Peritnya hidup apabila sering kecundang dan menemui kegagalan dan apabila kita pula tidak dapat menerima hakikat takdir dari Allah yang mencipta seluruh kejadian alam ini.

Hakikat kehidupan tidak boleh kita sangkal dan itulah menjadi rempah ratus dalam kita mengharungi kehidupan sebagai hambaNYA.



Kehidupan tanpa cabaran ibarat kari kurang rempahnya . Kari tetap kari tapi pasti rasanya tawar meleset . Cabaran yang datang yang menjadikan kita lebih kuat dan kuat dan kuat untuk terus mengharungi hari yang mendatang.

Cukup sekadar secukup rasa untuk menyedapkan sesuatu masakan . Garam , jintan, bawang, kulit kayu manis, asam dan sebagainya menjadikan sesuatu masakan begitu enak untuk dinikmati.

Begitulah juga dengan kehidupan ini yang ada masanya kelat, ada masanya manis, ada masanya masam, ada masanya tawar dan ada masanya takda apa rasa pun menjadikan kita cukup menghargai setiap apa yang Allah kurniakan pada kita .

Ia menjadikan kehidupan seharian yang kita lalui sebenarnya begitu indah dan unik untuk dinikmati yang tentu ada hikmah yang tersembunyi sebagaimana Allah menjadikan tumbuhan2 itu yang pada awalnya kita tak menyangka kegunaannya , namun akhirnya sangat berguna sebagai bahan rempah ratus yang sangat berguna dalam masakan.

Begitulah juga hakikatnya dalam kehidupan kita.

Allahuakbar



Kari tetap kari
tapi kalau kurang rempahnya atau terlebih rempahnya
menjadikan kita tidak enak untuk menikmatinya

Begitu juga dengan kehidupan kita ini
tetapi
Allah dah tetapkan
"berapa sukatan rempah ratus kehidupan buat seseorang"
"Dia Maha Mengetahui bagi setiap hamba ciptaanNYA"
"pasti terkandung hikmah disebaliknya"
"kerana takdir perjalanan seseorang itu pasti tidak sama"
NAMUN
"pengakhiran tetap sama bila kita semua pastikan akan kembali kepadaNYA"
"Allah Maha Besar"

4 ulasan:

  1. oh gambar dari turki. banyak betul jenis dan warna rempah ratus. gelang di tepi tu pun warna warni cantik. tahniah pak itam, dari kari dan rempah ratus pun boleh dapat pengajaran tentang kehidupan. tidak makan untuk kenyang aje kan.
    ditambah pula dengan ilustrasi dari foto pengembaraan dibumiNYA. bila kita menghargai, disitu letaknya nikmat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah

      kita cuba ambil seberapa banyak sebagai ikhtibar selagi hayat kita dikandung badan

      Padam
  2. Salam bapak :)

    "berapa sukatan rempah ratus kehidupan buat seseorang"

    Saya sangat suka ayat tu. Allahu akbar, sesungguhnya dia Maha Mengetahui. Lebih senang berbicara denganNya, tanpa perlu berkata walau sepatah & tak perlu takut dia salah faham apa yg ada di hati hambaNya yg amat jahil ni.

    Macam biasa, gambaq2 sangat cantik, I like :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      alhamdulillah

      bapak sendiri cuba memperbaiki diri setiap masa selagi hayat dikandung badan

      Padam