WARGA SCP

Jumaat, Mac 23, 2012

MAU CARI KENDERAAN PAK

permandangan dari tepi Lobby Sheraton Beach Resort

ALHAMDULILLAH

Selamat mendarat . Langkawi International Airport ni takde skybridge, jadi terpaksalah turun guna tangga kayu. Alhamdulillah, cuaca baik sekali tapi kehangatan bahang kepanasan kepulauan memang terasa sangat .

Terus menanti bagasi namun masa terbuang 1/2 jam di situ kerana sebuah beg pakaian mak itam tak muncul2 . Sah, pasti beg ni dah tersesat antara ternaik kapalterbang lain atau masih tersadai di KLIA.

susur kayu tepi pantai hotel
kalau air pasang sampai paras tu juga

Confirm bag tu tak sampai, terus buat report kat pejabat bahagian tuntutan bagasi . Macam soal siasat juga kerana semua kena nyatakan , besar beg, warna beg dan juga jenama beg dalam report tu . Kata pegawai tu, biasa perkara tersebut berlaku. Maksudnya kecekapan dalam mengurus bagasi penumpang masih belum mencapai tahap maksimum.

Nasib baik penerbangan KL-Langkawi cuma 55 minit dan jika bagasi tu masih ada di KLIA, petang nanti dah boleh sampai. Jika penerbangan ke London yg 13 jam , mau naya .

Itu semua takdir dan kerja Allah, terima jelah.

Kalau petang nanti tak sampai beg mak itam yg dalamnya semua pakaiannya serta pakaian anak jantan kami , maka nanti terpaksalah mak itam pakai kain pelikat gombang aku le gamaknya buat pario nanti hehehe


Lobby Hotel

Insyallah , kata pegawai tu petang nanti dalam pukul 3 ada flight MAS lagi dari KL dan pukul 5 petang nanti akan di hantar ke hotel penginapan kami jika mereka jumpa bagasi tu. Kalau tak , mak itam sarung jelah aku punya mana yang patut hahaha

Keluar balai ketibaan, berderet kaunter sewa kenderaan siap dengan gambar pelbagai kenderaan. Semua dok melambai2 kat kami . Memang kami perlu sewa kenderaan untuk memudahkan pergerakkan kami selama berberapa hari . Pilih jelah mana yang berkenan dan harga boleh runding ikut berapa lama kita sewa nanti.

Aku nak cari motor roda tiga tapi malangnya takde.

Pengabis kami sewa sebijik MPV Nissan Serena yang sewaannya RM250 sehari . Senang sungguh urusan sewa kereta di sini kerana ia kan pulau dan yang pasti takde kenderaan yang tak akan di bawa lari . Pusing2 pun mesti dalam pulau ni jugak. Jadi takde pelbagai dokumen yg perlu di isi mcm nak sewa kereta di luar negeri. Semua mereka nak termasuk pasport dan international licence . Kat Langkawi, pilih dan tunjuk je kepala agong, semua settel.


Start kereta , biasalah minyak dah reserve. Kereta sewalah katakan. Jadi aku pun main redah je ke pekan Kuah cari stesyen minyak . Padahal aku tak pernah pun memandu kat Langkawi ni. Isi minyak penuh buat beberapa hari dan lunch kat gerai depan Bella Vista . Sedap menunya dan pada ku harga pun ok berbanding kalau makan kat hala Trengganu tu yang dia tau kita cakap orang luar je, pasti sekali ganda di charge nanti.

Destinasi kami seterusnya , Sheraton Beach Resort , Langkawi yang akan menjadi penginapan kami selama beberapa hari yang terletak di pantai area Tg Santuary.

dari beranda bilik


dari beranda bilik ku

10 ulasan:

  1. Salam Bapak,
    Alhamdulillah Langkawi tu masih kekal cantik kan...saya suka pi makan nasi beriani dekat balai bomba area pekan kuahnya dulu..la ni x tau ada lagi ke tak kedai makan femes tu...
    Lepas ni ke mana pula destinasi bapak n family?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      banyak tempat2 indah dan menarik utk diterokai , walaupun beberapa hari di sana, ada yang tempat kami pergi

      insyallah , pasti dtg lagi ke langkawi

      Padam
  2. Manthappp hotel ni. Bapak ada pernah dengar The Danna Langkawi? Barangkali, bapak boleh stay n cerita pengalaman dgn kami.

    Hohohohohoho page bapak ni dah jadi google hotel pd sy :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pernah dengar

      insyallah , di lain kali

      Padam
  3. Skybridge & Aerobridge sama tak? Hakhak.. :p

    Nanti Pak Itam try duduk kat Andaman pula...atas skit lagi drpd Sheraton. It's a nice 5 star Resort. Rindu nak pergi sana lagi. Next time nak try duk kat Tanjung Sanctuary Resort. Masa kami pergi dulu, Tanjung Sanctuary Resort tgh buat renovation. Skrg ni sure dah cantik bangat.

    The Danna Langkawi tu kat area pantai Kok. Pantai Kok ni kurang cantik, dan ia bukan private beach...so mcm kurang best kalau duduk kat The Danna. Just my two cents :)

    Knp Pak Itam tak try duduk kat Four Season? Hehe.. :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. skybridge pakai kayu
      aerobridge pakai damo hehehe

      memula hari tu nak stay kat andaman, tapi kerana jaraknya jauh sikit dari town, tu yang tak jadi

      Four season pun rasanya jauh disebelah sana , insyallah next time pegi

      Padam
  4. Salam bapak.

    Cantik la hotel. Saya siap berangan jalan kat susur kayu tepi pantai tu lagi, kihkih..

    Sampai tak beg Mak Itam tu akhirnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      karang golek2 tercabut sari hehehe

      alhamdulillah, di hantar ke hotel bagasi tu petang tu jugak

      Padam
  5. Wah Pak itam/mak itam..melencong ngopernye. nice hotel, nice pALACE...la.hi nampak air tu rasa nak berkubang je...tengah pepanas nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. best mandi laut pasal kat sana airnya jernih hehehe

      Padam