WARGA SCP

Isnin, April 30, 2012

ALHAMDULILLAH, SEMUA TERPAHAT DALAM KENANGAN

ALHAMDULILLAH

Semua kini dalam kenangan, aku tinggalkan rumah peninggalan arwah yang banyak sungguh kenangan pada ku kerana di situlah aku banyak menghabiskan masa remaja ku . Rumah yang dibina oleh titik peluh arwah ayah bekerja di atas sebidang tanah arwah ibu yang diberikan oleh datuk dan dapat disiapkan sebelum tiba waktu persaraannya . Arwah ayah bersara awal atas faktor2 kesihatan ketika umurnya 50 tahun masa tu.

Masa tu sejumlah RM 18,000 saja sudah memadai untuk membina sebuah kediaman yang agak selesa . Kalau sekarang, dengan jumlah itu mungkin hanya dapat siapkan garaj kereta je agaknya.

Kali pertama aku meninggalkan rumah itu ketika usia ku mencecah 22 tahun hidup merantau di utara tanah air mencuba nasib . 4 tahun kemudian aku merantau pula sekali lagi ke selatan tanah air hinggalah sekarang . Ketika itu arwah bapa ku telah mula sakit dan dikesan menghidap kanser tulang .

Maklumlah , aku duduk di hutan masa tu yang tiada kemudahan perhubungan seperti telefon. Jadi hanya dapat mengetahui sesekali je berita di kampung .

Teringat aku lebih kurang jam 1 pagi 11 November 1991 , seorang anggota polis dari pekan berdekatan masuk ke hutan tempat tinggal aku membawa berita yang arwah ayah ku baru menghembuskan nafas terakhir. Seperti aku katakan, masalah perhubungan ketika itu menyebabkan anggota keluarga ku terpaksa menghubungi pondok polis berdekatan bagi membawa khabar yang sungguh menyedihkan .

Semua hanya tinggal kenangan .

Kini aku kehilangan seorang lagi yang aku sayangi .

Semua yang Allah kurniakan kepada kita hanyalah pinjaman . Yang pergi pasti takkan kembali lagi . Yang tinggal hanyalah kenangan indah semasa kita hidup bersama2 orang yang kita sayangi pasti takkan luput dan kekal sepanjang hayat .

Hanya doa terhadap mereka yang masih menjadi penghubung antara kita dengan mereka seperti sabda Rasulullah S.A.W:

"Apabila seorang manusia mati maka pahala amalnya akan terputus kecuali tiga perkara, dari sedekah yang mengalir pahalanya, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak-anak soleh yang mendoakan kepadanya"
(Hadis riwawat Muslim)

Dalam Al Quran pula ada menyebut :


“Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”
[Al Israa’:24]



“Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab iaitu hari kiamat.”
[Ibrahim:14]


"Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasuh dan mengasihi kami semasa kami masih kecil dan seterusnya, ampunilah dosa sekalian orang-orang Islam dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia dengan rahmat Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah
Sesungguhnya kami memohon pemeliharaanMu dan kami menyerahkan kepadaMu agama kami, diri kami, keluarga kami, anak-anak kami, harta-harta kami dan segala yang telah Engkau kurniakan kepada kami."


Aku pun tak tahu , bila aku akan pulang ke kampung lagi . Kalau sebelum ini , kepulangan ku untuk menziarahi ibu, tapi kini ...

Sebelum aku melangkah pergi , sempat aku ambil beberapa barangan peribadi ku yang selama ini tersimpan rapi . Sekeping potret arwah ayah lengkap berpakaian seragam semasa muda aku ambil sebagai kenang-kenangan, juga beberapa medal yang aku menangi semasa aku remaja lagi yang ketika itu aktif dalam permainan sepak takraw .

"Report Card " aku semasa aku bersekolah rendah lagi yang hampir 40 tahun usianya masih tersimpan baik dalam laci . Begitu juga dengan beberapa keping foto ketika usia ku masih kacil dalam bentuk hitam putih masih ada dan yang paling tinggi nilai sejarahnya ialah kad rawatan bersalin yang mencecah usia 46 tahun semasa ibu melahirkan aku masih cantik dan tidak ada cacat celanya aku temui .

Alhamdulillah

Semuanya dalam kenangan sepanjang hayat.

Insyallah

Khamis, April 26, 2012

BONDA , KAU TETAP KEKAL DALAM INGATAN KU

ALHAMDULILLAH

Selasa 13 Mac 2012
Kami sekeluarga pulang ke kampung menziarahi bonda . Bonda seperti biasa berbaring di atas katil khas . Bonda teringin nak makan asam pedas kepala mayong . Aku mencari di pasar besar dan alhamdulillah, dapat juga mayong sejana buat ibu. Ia pesan supaya isteri ku masak buatnya .

Alhamdulillah, permintaan kecil ibu dapat ditunaikan .

Rabu 21 Mac 2012
Aku bergegas pulang ke kampung bila bonda dikejarkan ke hospital lebih kurang jam 11 malam. Ada aku catatkan cerita nya di
http://rezeki-suatucatatanperjalanan.blogspot.com/2012/03/ibu-gamat-dan-catatan-buat-ibu.html



Jumaat 30 Mac 2012
Kami pulang ke kampung sekali lagi ketika bonda masih di hospital. Isteri ku ambil keputusan untuk temankan bonda semalaman di hospital . Pada ketika itu kelihatan kesihatan bonda agak stabil walaupun menggunakan "oksigen mask" .

Sebelum tu semasa adik beradik bonda menziarahinya di hospital, bonda kelihatan riang sekali dan mulutnya asyik bercerita kisah2 lalu . Semuanya diceritakan kembali. Anak2 cucu yang menetap di luar negara semuanya pulang ketika itu.


Ahad 14 April 2012
Kami pulang ke kampung menziarahi bonda . Bonda kelihatan ceria tapi pandangannya mula kelihatan "jauh"

Betapa sukanya dia bila bercerita siap ketawa lagi yang pada malam jumaat sebelum ini dia dah bersiap2 nak balik " ke kampung halamannya" malam itu . Bonda sebelum lelap dah siap baca ayat2 suci al quran yang dia hafal serta beberapa doa yang lain. Tetiba pagi waktu subuh ,dia tersedar lalu berkata "aku tak jadi balik" kerana Allah bagi aku lagi sikit masa .

Sabtu pagi 21 April 2012
Aku menerima panggilan yg menyatakan bonda telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan koma .

Menurut cerita malam sebelumnya dia dah mula diam . Kemudian dia berkata pada penjaganya,

"atuk dah nak balik"

"nak balik mana atuk memalam ni" soal Desmah

"nak balik kampung halaman, Ali dah datang nak jemput tu"

"Ali mana tok" soal Desmah lagi

"Ali suami aku "

Malam itu bonda minta agar Desmah yang setia menjaganya selama 6 tahun terlantar, tidur memeluknya hingga pagi . Ketika subuh untuk mengejutkan solat, bonda dah takda respon lagi .

Bonda dikejarkan ke hospital dengan ambulan terus ke bahagian kritikal dan kecemasan. Jantung ibu telah terhenti seketika dalam perjalanan lalu CPR diberikan sebanyak 15 kali dan 3 kali pula renjatan ke jantung menggunakan alat renjatan. Kemudian "alat bantuan hayat" dipasang bersama bantuan oksigen terus ke dalam mulut oleh doktor pakar bius . Morfin dimasukkan ke dalam badan sebagai rangsangan.

Doktor meminta kami anak2 berbincang samada untuk membawa pulang bonda kerana pernafasan dan tekanan darahnya serta degupan jantung hanya bergantung 100% pada "life support machine" . Abang ku meminta masa kerana semua adik beradik lain dalam perjalanan pulang .

Jam 11 malam kami ambil keputusan yang terlalu berat untuk melepaskan bonda pergi tapi biarlah di rumah di hadapan anak cucu .Kami redha akan ketentuan Allah ketika itu dan tentu bonda pun pasti begitu nak anak2 redha akan pemergiannya.

Pihak hospital menguruskan ambulan. Satu persatu wayar dan tiub yang melingkari tubuh bonda ditanggalkan. Sebelum itu sorang demi sorang anggota keluarga mencium pipi bonda dengan linangan air mata . Salur oksigen yang memasuki ke dalam rongga paru2 bonda hanya akan ditanggalkan di rumah nanti . Bantuan oksigen secara manual diberikan hinggalah tiba di rumah.


11.30 malam dengan dikelilingi anak2 cucu dan saudara mara , salur tersebut dikeluarkan secara perlahan2 . Bacaan Yassin tidak henti2 dibaca, kami bergilir mengajar kalimah syahadah di telinga bonda dan kelihatan mulut bonda terkumat-kamit mengikutinya tanpa suara walaupun dia dalam keadaan koma dan sedang nazak menghadap sakratul maut. Aku ketika itu sedang menghadap bonda sambil membacakan surah Yassin .

11.45 malam
Masih terbayang dalam ingatan ku nafas terakhir yang bonda lepaskan menandakan bonda ku telah pulang buat selama-lamanya . Namun yang pasti mukanya kelihatan berseri dan tersenyum dengan lelehan air mata dari kelopak mata buat kali terakhir sebagai tanda redha dan gembira. Muka yang sembab sebelum ini ketika di hospital semasa menerima rawatan susut dan hilang begitu sahaja dengan izin Allah. Aku pasti , hajat bonda untuk pulang dalam keadaan tenang dan redha telah tercapai dengan keizinan Allah jua. Sebelum ni, semua anak cucu dan adik beradiknya dapat bertemu semasa dia dimasukkan ke hospital buat kali pertama dulu.

Anak2 dan menantu perempuan bersiap membersihkan bonda yang kaku diperbaringan sebagai penghormatan terakhir. Semalaman kami bergilir membaca surah yassin dan ayat2 al quran disedekahkan kepadanya . Wajah ibu kelihatan tenang seperti lena yang panjang.

Waktu subuh , aku mengkhabarkan berita sedih ini kepada jemaah surau berdekatan rumah. Bunyi kentong kedengaran bergema selepas selesai solat subuh dengan pengumuman yang pasti akan aku kenang sepanjang hayat ku . Aku kini anak yatim piatu.

8.00 pagi
Kelihatan sanak saudara , sahabat handai serta rakan taulan mula datang. Adik ku yang masih dalam perjalanan dari luar negara yang dijangka sampai tengah malam nanti telah meminta agar jenazah bonda diuruskan tanpa perlu menantinya kerana itulah sebaik2nya seperti yang disarankan dalam Islam agar tidak dilewat2kan kerja2 pengebumian.

10.30 pagi
Jenazah bonda mula dimandikan buat kali terakhir oleh anak2 serta menantu perempuan serta cucunya dengan dipimpin oleh seorang ustazah . Kami anak cucu cicit lelaki pula yang mengangkat jenazah .

11.15 pagi
Bonda selamat dikafankan. Sebagai penghormatan terakhir, anak2, menantu, cucu dan sanak saudara memberikan ciuman terakhir buat bonda yang nampak tenang dan damai menuju ke alam baqa' . Ramai sekali yang tak lepaskan peluang untuk menunaikan solat jenazah pagi itu.

11.30 pagi
Bonda perlahan2 diusung meninggalkan rumah buat kali penghabisan.
Alhamdulillah, bonda dimakamkan sebaris dengan ayahnya, bondanya , dan dibelakangnya pula ialah ibu mertuanya serta arwah ayah seperti yang dipinta kerana tanah perkuburan ini diwakafkan oleh datuk2 ku yang terdahulu buat pengebumian orang2 kampung dalam kariah.

Segala urusan penyempurnaan jenazah bonda dapat dilaksanakan dan dipermudahkan oleh Allah.

11.00 malam
Kami adik beradik berkumpul selepas selesai kenduri tahlil arwah kerana beberapa perkara penting seperti pesanan dan wasiat bonda perlu diselesaikan .

Alhamdulillah,
Semua yang diamanatkan serta diwasiatkan oleh bonda diselesaikan secara musyawarrah dan perbincangan mengikut landas2 agama islam . Kami semua sebenarnya telah diberikan oleh arwah ayah dan bonda dengan ilmu dan agama yang secukupnya dan itulah sebenarnya harta yang paling bernilai yang ditinggalkan buat kami . Semua wang peninggalan yang banyak jugak serta barang kemas arwah ibu akan kami gunakan secara berpanjangan untuk tujuan sedekah dan amal jariah buat arwah nanti kerana amalannya sudah terputus ketika ini melainkan amal jariahnya sahaja.

Penjaganya pula yang hampir 6 tahun menjaganya menurut wasiatnya boleh pulang semula ke kampung halaman dan sebentuk cincin belah rotan yang selalu dipakai arwah bonda diberikan kepadanya seperti yang diwasiatkan olehnya sebagai tanda ingatan.

Kami semua pula sepakat sebagai menghargai jasa2nya yang menjaga bonda dan sebagai menghargainya , beberapa ribu ringgit dihadiahkan yang pasti jumlah tersebut bukanlah nilai sebenarnya pengorbanannya yang menjaga makan pakai dan berak kencing bonda selama 6 tahun. Bukan kami semua tidak mahu menjaga sendiri bonda, tapi biasalah orang tua yang tetap nak duduk menghabiskan sisa2 hidupnya di rumahnya sendiri .Selama beberapa tahun kami bergilir2 menjenguk bonda di rumah bila ada saja kelapangan atau hujung minggu , namun kini pastinya semua itu hanya tinggal kenangan.

Aku kini anak yatim piatu, Terputus sudah sesuatu yang paling berharga buat ku iaitu doa bonda buat kami anak2 yang tak pernah putus semasa ia masih hidup.

BONDA , KAU TETAP DALAM INGATAN KU

AL FATEHAH


Selasa, April 24, 2012

LEBIH KURANG 10 BULAN YANG LALU

ALHAMDULILLAH

Kalau tak salah aku lebih kurang 10-11 bulan yang lalu, sebelum aku menunaikan ibadah umrah pada bulan Jun 2011, aku pulang bertemu bonda ku yang tercinta . Bonda ku ada menyatakan bahawa ia rasa telah lama hidup di dunia yang sementara ini dan ia meredhai dengan setiap ketentuan Allah dan apa yang Allah pinjamkan kepadanya selama hampir 80 tahun .

Lantas bonda ada menyatakan hasrat dan niat agar aku dapat berdoa di hadapan Baitullah nanti menitipkan hasrat dan keredhaannya itu yang ia telah bersedia untuk kembali jika sudah tiba masanya .

Katanya kalau "Allah nak ambil, ambillah . Mak dah bersedia dan redha"

Bonda ku sebenarnya telah terlantar agak lama juga di atas katil kerana masalah ospotoresis dan setahun dua kebelakangan ini terpaksa menggunakan lampin pakai buang yang menyebabkan dia berasa kurang selesa kerana rutin selama ini yang tidak pernah meninggalkan solat apabila masuk waktunya agak terganggu kerana dia merasakan anggota badannya tidak bersih dari najis. Dia jugak tidak dapat berwuduk seperti kebiasaannya dan perlu menggunakan spray.

Akibatnya keadaan yang "darurat" , waktu zohor terpaksa dilambatkan hingga penghujung waktu lalu selepas itu terus pula menunaikan solat asar bila masuk waktu. Magrib dan isyak juga begitu. Setiap kali itu juga, penjaganya yang setia perlu membersihkan dan mengantikan lampin pakai buangnya.

Berbalik pada permintaan bonda tadi, aku dan mak itam hanya diam sahaja . Rasanya tidak sanggup sebagai seorang anak untuk aku berdoa sedemikian buat bonda lalu kami berdoa agar jika ada dengan keizinan Allah, maka sembuhkan lah penyakitnya dan permudahkanlah bonda diakhir2 usianya sebegini.

Alhamdulillah,
sekembali dari kami dari Makkah, ibu mula boleh bergerak dan boleh diturunkan dari katil menggunakan kerusi roda dan boleh dimandikan seminggu sekali di bilik air . Bukan kepalang sukanya dia kerana jika sebelum ini hanya dilapkan badannya di atas katil, dapat pula kini Allah pinjamkan sekali lagi nikmat mandi di bilik air walaupun hanya atas kerusi roda.

JUTAAN TERIMAKASIH PADA RAKAN2 SEKALIAN
SAMADA YANG MENITIPKAN KATA DI SCP DAN JUGAK MELALUI EMAIL & FB
DAN SESIAPA JUA
YANG MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN SEDEKAH FATEHAH
KEPADA ALLAHYARHAMAH BONDA KU

MOGA KEHIDUPAN KALIAN SENTIASA DIRAHMATI ALLAH

AL FATEHAH

Ahad, April 22, 2012

BONDA KU TERCINTA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

ASSALAMUALAIKUM

BONDA TERCINTA HAJJAH AWA BT HJ MD YASSIN TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH JAM 12.00 MALAM TADI

JENAZAH AKAN DISEMPURNAKAN LEBIH KURANG JAM 10.00 PAGI AHAD INI
DAN AKAN DIKEBUMIKAN SEBELUM ZOHOR

MOGA RAKAN2 DAPAT MENDOAKAN AGAR ROHNYA DI TEMPATKAN DIKALANGAN PARA AMBIA DAN AULIA SERTA DIAMPUNKAN SEGALA DOSA2NYA

AL FATEHAH

Sabtu, April 21, 2012

KERETA KABEL NOT KERETA KEBAL

beli tiket kat bawah kaunter tu
lepas tu naik tangga beratur kat atas

ALHAMDULILLAH

Punyalah ramai umat manusia yg sedang beratur kat atas tu nak naik kereta kabel, aku pulak baru nak beli tiket. Untuk pelancong domestik, harga dia murah berbanding pelancong asing . Tapi depa minta tunjuk IC . Aku kan warga Mexico, pasti depa tak kasi. Aku unjuk je IC Mexico aku , kira halal je pasal M for Malaysia, M also for Malaysia hehehe

Lepas tu mulalah nak kena beratur yang panjang sungguh lengkok2nya .

tu dia sikit punya panjang

stesyen no 1 yang fotonya aku ambil dari puncak Machincang

Nak buat macam manakan. Beratur jelah yg aku rasa hampir 45 minit jugak dan rasa rugi pulak masa terbuang begitu sahaja.

Kita cerita pasal masa, aku ni jenis berkira pasal masa time aku kerja pi noreh, malamnya sebelum esok masa aku keluar nak jumpa dan hantar barang client aku, aku dah rancang dan set dalam kepala sekali 3-4 buah kebun getah yang aku nak pegi.
Mana yang dulu, mana yg kedua dan seterusnya kerana jarak antara satu2 kebun getah kat sini bukan dekat2 . Tapi aku dah setkan kira 4-5 kebun getah dalam satu area tu yang aku pegi dan aku tak pegi ke kebun getah area lain melainkan towkey kebun tu minta tolong sesangat pasal ada keperluannya yang mendesak .Tapi jadinya kacau bilaulah jadual yang aku dah susun tu. Semua tu keja Allah, aku boleh rancang je, Allah yang tentukan hala tuju perjalanannya.

Ok kita sambung cita nak kereta kabel.

Masa tu angin dah bertiup agak kencang jugak dan aku dengar sepa kata atas gunung dah hujan.Kalau angin kuat lagi , mau depa batalkan semua perkhidmatan kereta kabel tu

Aku tawakkal je kerana kalau jatuh pun habis2 ke bawah, mana ada jatuh ke atas hehehe

Tiba akhirnya giliran kami, anak beranak naik satu kereta kabel. Ruang dalam kereta kabel ni kecik je dan boleh muat dalam 4-5 orang je. Kalau kat HK , besar jugak kereta kabel mereka



Hujan dan angin makin kuat menyebabkan niat aku nak ambik gambar view dari dalam kereta kabel tu terbantut. Tak nampak apa pun dari dalam pasal air dok menitis kat luar tingkap tu. Nak buat mcm mana kerana semua tu kerja Allah.

Ada dua stesyen sebenarnya sebelum sampai ke puncak tu . Kira stesyen pertama kat satu puncak gunung sebelum sampai ke stesyen terakhir .

Makin lama makin lebat dan terdengar bunyi angin yang masuk celah2 tingkap kereta kabel tu bersiul macam bunyi pontianak pulak atau bunyi enjin kereta yang ada 6 piston tu . Terasa bergoyang pulak kereta kabel tu .

Tiba-tiba ..........

nanti jelah aku aku sambung hehehe






skydeck merentangi gunung

Jumaat, April 20, 2012

ORIENTAL VILLAGE

ALHAMDULILLAH

Kalau ke Langkawi, tak sah kalau tak naik kereta kabel kat Gunung Machincang. Jadi untuk ke sana , kena pergi menghala ke Oriental Village yang merupakan pintu masuk utama ke Stesyen Kereta Kabel.

Bagus jugak depa buat satu pekan kecik macam tu , jadi banyaklah peluang2 pekerjaan dan aktiviti perniagaan diwujudkan supaya nampak meriah sikit .


Macam2 ada kat situ dari pelbagai deretan kedai termasuk kedai bebas cukai The Zone. Oriental Village terletak di kawasan Burau Bay di kaki Gunung Machincang merupakan salah satu komponen utama dalam Langkawi Geopark.

Ia dibawah LADA (Langkawi Development Authority) yang menjaga dan menyelenggara keseluruhan tempat tersebut. Di situ juga terdapat butik hotel bagi sesiapa yang terasa nak menginap di situ, tapi agak jauhlah sikit dari pekan lain.

Ok, aku dah nampak kabel yang merentangi dari kaki gunung ke atas , tapi nak kena beli tiket dulu yang pasti barisannya panjang entah sampai ke mana hehehe












Rabu, April 18, 2012

BEACH BOY AT CENANG BEACH

ALHAMDULILLAH

Sempat juga pagi tu aku meronda2 kat Pantai Cenang kala belum ada pengunjung lagi masa tu. Sebelum tu sarapan dulu kat kedai mamak kat situ. Boleh tahan jugak mamak ni punya harga berbanding semalam aku makan seafood dengan siakap 3 rasa yang besar dan fresh , sotong goreng tepung, udang goreng butter, tomyam campur yang banyaknya isinya serta sayur tak sampai 100 ringgit.

Terperanjat jugak aku pasal kalau kat Senibung tu, mau dalam 150 ringgit jugak.

Betullah rata2 pengunjung yang pernah menjamu selera makanan laut mengatakan harga di sini agak murah berbanding di tempat lain di negara kita. Jangan pulak kita bandingkan dengan kat UK atau Dallas pula hehehe




Lepas tu aku dok merayap cari subjek untuk ditembak lalu aku sempat jugak berkenalan dan sikit interview dengan seorang beach boy kat sini . Perbualan kami berkisar tentang pengalamannya menjadi beach boy dan mcm mana dia boleh tercampak di sini . Menarik jugak perbualan kami hinggalah kepada gelagat pengunjung . Kalau mat salleh katanya nak pakai apa, lantaklah tapi katanya ni anak2 gadis kita ada yang jugak berbikini mengalah mat salleh di sini yang menyebabkan kekadang beach boy yang terdapat di sini rasa semacam je .

Cerita pasal beach boy, ada yang bagus dan ada jugak yang hanyut dengan tipu daya dunia dengan hidup secara bebas tanpa ikatan sah dengan minah2 salleh yang datang secara solo . Tapi ada jugak beach boy ni yang akhirnya kawin dgn minah2 salleh ni dan mereka membuka perniagaan berasaskan kepada produk pelancongan.

Kemudian mcm biasa secara sopan, aku minta dia pose untuk aku sebagai koleksi.

sambil pose dia kata, "bapak nak buat apa fotonya nanti"

Aku kata nak masuk dalam majalah kembang sekuncup sambil kami gelak sama2 lepas tu.

Aku tinggalkan Pantai Cenang kala "mat lampir dan minah lampir " telah mula kelihatan hehehe






Selasa, April 17, 2012

ISLAND HOPPING PART 13 : DIALAH TUHAN PENTADBIR SELURUH SEKALIAN ALAM

ALHAMDULILLAH

Selesai juga aktiviti Hopping Island kami yang mengambil masa hampir 4-5 jam jugak . Satu pengalaman yang indah dan menarik kerana peluang nak menaiki bot dan melompat dari satu pulau ke satu pulau yang lain memang jarang aku dapat rasakan.

Dengan panorama alam yang seungguh indah serta landscape yang menarik membuatkan diri terasa sungguh tenang dan damai .

Kami sebenarnya memang lagi dulu meminati suasana begini , tu sebab jika berkesempatan dan dizinkan Allah serta diberikan rezeki olehNYA, kami memang suka sangat untuk mengembara di bumi Allah bagi melihat sendiri ciptaanNYA tak kiralah sama ada kat tanah air sendiri atau kat negara orang.




Pakaian yang aku pakai dan basah masa bercebor dah kering dengan sendirinya, perut dah mula keroncong dah . Bekalan makanan ringan yang dibawa semua dah yelekkk.

Tunggu bot pulak tak sampai-sampai. Rupa-rupanya tekong bot kami dok pi tolong bot kawannya yang rosak , tu sebab 1/2 jam jugak kami tunggu

Kalau tak, mau aku balik berenang kuak lentang dan gaya beruang berenang balik nanti.


Kalau dulu minat ku hanya pada menyaksikan keindahan alam atau senibina atau apa sahaja, sekarang minat itu ditambah pula dengan menterjemahkan pula segala pandangan mata ku ke dalam lensa .

Dulu2 mana ada semua dslr ni. Tu yang aku dah bercadang2 kalau Allah bagi kesempatan dan rezeki, aku nak pergi beberapa negara eropah nanti dikala musim bunga atau musim panas kerana aku rakamkan ke lensa ku nanti sebagai koleksi kerana masa kami pergi dulu , takda satu keping pun foto dalam kamera pasal tertinggal masa tu kamera cap ayam aku , yang ada hanya dalam bentuk pita dv camcorder.

Tu semua angan2 je , tapi kita tak tahu apa perancangan Allah pada setiap insan ciptaanNYA. Macam dulu , aku tak pernah terfikir langsung yang aku dapat menunaikan rukun Islam yang ke lima dalam usia ku sebelum mencecah 40 tahun. Nak simpan duit lebih dalam tabung haji pun tak berkemampuan dan takdak lebih setiap bulan . Semua cukup2 je masa tu .

Kemudian Allah bagi aku rezeki dari hari ke hari dan bulan ke bulan dan tahun ke tahun tanpa aku sedari menyebabkan terus aku daftar kat Tabung Haji tahun 2007 dan Allah bagi aku peluang pergi tahun tu jugak . Sebahagian rezeki Allah tahun tu aku gunakan untuk kami berdua . Aku bersyukur kerana masa tahun 2007 , untuk berdua sebilik harganya tidaklah mahal berbanding sekarang yang berlipat kali ganda. Tu semua rezeki Allah.

Namun sebelum tu Allah uji aku dulu dengan banjir besar yang melanda HC tahun 2006 dan awal 2007 menyebabkan teratak ku di pekan HC yang baru je siap kerja2 rekaan dalaman sehari sebelum banjir besar tu melanda musnah .

Namun dengan izin Allah juga, pihak kontraktor tersebut membaik pulih segala kerosakkan dengan percuma tanpa bayaran sesen pun dan pihak insuran Takaful pula membayar ganti rugi kerosakkan pula dalam jumlah yang agak besar juga.



Apa yang aku dapat simpulkan, kita sebenarnya tak tahu apa perancangan Allah . Macam aku ni hanyalah pembancuh simen dan pemotong getah yang pastinya takkan ada peluang nak pergi menjalankan tugas di luar negara atas arahan majikan, tapi Allah bagi aku dalam bentuk lain iaitu kemakmuran hasil rezeki duit getah tu untuk aku dapat jugak melihat kehebatan ciptaan alamnya di negara orang menggunakan hasil titik peluh aku yang sebelum ni mana aku pernah sangkakan.

Dalam hati aku dulu pernah terbayang yang kalau aku kumpul sikit2 duit, insyallah umur aku dah meningkat 60 tahun nanti baru kami dapat mengerjakan rukun islam yang ke lima , tapi umur aku nak masuk 40 , Allah dah panggil aku menjadi tetamuNYA. Tu yang aku menyambut ulangtahun kelahiran ku masa tu bersaksikan Baitullah dengan penuh rasa kesyukuran .

Tapi sebelum2 ni pun sampai sekarang pun, aku memang tak pernah adakan apa2 majlis pun setiap kali usia ku bertambah . Cuma setiap kali usia ku menginjak, aku risau yang bekalan yang aku nak bawa nanti dah cukup ke atau sebaliknya .

Aku sebagai seorang insan yang kerdil di sisi Allah kena selalu ingat dan sentiasa berpijak di bumi nyata yang semua itu hanyalah pinjaman semata2 dari Allah.

Kenikmatan hidup, kemanisan berkeluarga , kemakmuran pendapatan , kenikmatan kesihatan dan apa jua sekali pun hak mutlak Allah yang boleh diberi atau ditarik bila2 masa sahaja Dia Mengkehendaki kerana DIALAH TUHAN PENTADBIR SELURUH SEKALIAN ALAM.

Alhamdulillah