WARGA SCP

Selasa, April 17, 2012

ISLAND HOPPING PART 13 : DIALAH TUHAN PENTADBIR SELURUH SEKALIAN ALAM

ALHAMDULILLAH

Selesai juga aktiviti Hopping Island kami yang mengambil masa hampir 4-5 jam jugak . Satu pengalaman yang indah dan menarik kerana peluang nak menaiki bot dan melompat dari satu pulau ke satu pulau yang lain memang jarang aku dapat rasakan.

Dengan panorama alam yang seungguh indah serta landscape yang menarik membuatkan diri terasa sungguh tenang dan damai .

Kami sebenarnya memang lagi dulu meminati suasana begini , tu sebab jika berkesempatan dan dizinkan Allah serta diberikan rezeki olehNYA, kami memang suka sangat untuk mengembara di bumi Allah bagi melihat sendiri ciptaanNYA tak kiralah sama ada kat tanah air sendiri atau kat negara orang.




Pakaian yang aku pakai dan basah masa bercebor dah kering dengan sendirinya, perut dah mula keroncong dah . Bekalan makanan ringan yang dibawa semua dah yelekkk.

Tunggu bot pulak tak sampai-sampai. Rupa-rupanya tekong bot kami dok pi tolong bot kawannya yang rosak , tu sebab 1/2 jam jugak kami tunggu

Kalau tak, mau aku balik berenang kuak lentang dan gaya beruang berenang balik nanti.


Kalau dulu minat ku hanya pada menyaksikan keindahan alam atau senibina atau apa sahaja, sekarang minat itu ditambah pula dengan menterjemahkan pula segala pandangan mata ku ke dalam lensa .

Dulu2 mana ada semua dslr ni. Tu yang aku dah bercadang2 kalau Allah bagi kesempatan dan rezeki, aku nak pergi beberapa negara eropah nanti dikala musim bunga atau musim panas kerana aku rakamkan ke lensa ku nanti sebagai koleksi kerana masa kami pergi dulu , takda satu keping pun foto dalam kamera pasal tertinggal masa tu kamera cap ayam aku , yang ada hanya dalam bentuk pita dv camcorder.

Tu semua angan2 je , tapi kita tak tahu apa perancangan Allah pada setiap insan ciptaanNYA. Macam dulu , aku tak pernah terfikir langsung yang aku dapat menunaikan rukun Islam yang ke lima dalam usia ku sebelum mencecah 40 tahun. Nak simpan duit lebih dalam tabung haji pun tak berkemampuan dan takdak lebih setiap bulan . Semua cukup2 je masa tu .

Kemudian Allah bagi aku rezeki dari hari ke hari dan bulan ke bulan dan tahun ke tahun tanpa aku sedari menyebabkan terus aku daftar kat Tabung Haji tahun 2007 dan Allah bagi aku peluang pergi tahun tu jugak . Sebahagian rezeki Allah tahun tu aku gunakan untuk kami berdua . Aku bersyukur kerana masa tahun 2007 , untuk berdua sebilik harganya tidaklah mahal berbanding sekarang yang berlipat kali ganda. Tu semua rezeki Allah.

Namun sebelum tu Allah uji aku dulu dengan banjir besar yang melanda HC tahun 2006 dan awal 2007 menyebabkan teratak ku di pekan HC yang baru je siap kerja2 rekaan dalaman sehari sebelum banjir besar tu melanda musnah .

Namun dengan izin Allah juga, pihak kontraktor tersebut membaik pulih segala kerosakkan dengan percuma tanpa bayaran sesen pun dan pihak insuran Takaful pula membayar ganti rugi kerosakkan pula dalam jumlah yang agak besar juga.



Apa yang aku dapat simpulkan, kita sebenarnya tak tahu apa perancangan Allah . Macam aku ni hanyalah pembancuh simen dan pemotong getah yang pastinya takkan ada peluang nak pergi menjalankan tugas di luar negara atas arahan majikan, tapi Allah bagi aku dalam bentuk lain iaitu kemakmuran hasil rezeki duit getah tu untuk aku dapat jugak melihat kehebatan ciptaan alamnya di negara orang menggunakan hasil titik peluh aku yang sebelum ni mana aku pernah sangkakan.

Dalam hati aku dulu pernah terbayang yang kalau aku kumpul sikit2 duit, insyallah umur aku dah meningkat 60 tahun nanti baru kami dapat mengerjakan rukun islam yang ke lima , tapi umur aku nak masuk 40 , Allah dah panggil aku menjadi tetamuNYA. Tu yang aku menyambut ulangtahun kelahiran ku masa tu bersaksikan Baitullah dengan penuh rasa kesyukuran .

Tapi sebelum2 ni pun sampai sekarang pun, aku memang tak pernah adakan apa2 majlis pun setiap kali usia ku bertambah . Cuma setiap kali usia ku menginjak, aku risau yang bekalan yang aku nak bawa nanti dah cukup ke atau sebaliknya .

Aku sebagai seorang insan yang kerdil di sisi Allah kena selalu ingat dan sentiasa berpijak di bumi nyata yang semua itu hanyalah pinjaman semata2 dari Allah.

Kenikmatan hidup, kemanisan berkeluarga , kemakmuran pendapatan , kenikmatan kesihatan dan apa jua sekali pun hak mutlak Allah yang boleh diberi atau ditarik bila2 masa sahaja Dia Mengkehendaki kerana DIALAH TUHAN PENTADBIR SELURUH SEKALIAN ALAM.

Alhamdulillah







10 ulasan:

  1. sukaaa sangat tengok gambar2 yang En Rezeki ambil, guna dslr dah 2 tahun, tapi bil time ambil gambar, amik auto je...ishh tak de masa nak belajar w0pun minat sangat2

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks, saya pun tak khatam lagi hehehe

      Wa try godek je dslr tu hehehe

      Padam
  2. Hj Cr,

    Cantik gambar2 , angle dan overall semua cantik.

    Saya setuju dengan tuan, semua perancangan dan rezki Allah yg tentukan. Hj CR banyak berjalan dengan rezki dan titik peluh sendiri.

    Saya pulak banyak kali dapat peluang ke luar negara atas arahan tugasan rasmi dan majikan.....kalau nk kumpul duit sendiri memang berat bagi orang yg makan gaji macam saya.

    Sedang kumpul duit nak pergi haji pulak....Insyallah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya baca setiap n3 kat blog en rosli berkaitan pengalaman tu, tapi saya tak tinggal jejak pun hehehe


      moga Allah permudahkan niat tuan nanti nak ke sana

      Padam
  3. Assalamualaikum Bapak,
    Sangat setuju dengan kenyataan Bapak bahawa kita tidak pernah tahu apa perancangan Allah untuk kita walaupun seminit ke depan. Saya juga merancang untuk meneruskan kembara kerana bumi Allah ini luas dan melihat setiap kejadiannya buat diri berasa sangat kerdil. Semoga tahun ini rezeki saya murah untuk mengembara ke beberapa destinasi yang sudah saya susun...tahun ini saya anggap sebagai tahun mengembara saya dan akan bermula pada penghujung jun ini dengan mengerjakan umrah. InsyaAllah, doakan saya sihat walafiat ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      bapak doakan moga peerjalanan LW menunaikan umrah dipermudahkan sebelum, semasa dan sesudah pulang nanti

      insyallah

      Padam
  4. Tanpa NamaApril 18, 2012

    Salam Rezeki.
    Anytime bila datang KL kindly let me know!

    uncle815

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam uncle

      insyallah

      ada dtg kl 1-2 kali , tapi takut uncle sibuk kerja, tu yang tak bagitahu uncle hehehe

      next time , insyallah
      kita lepak2 pekena tt

      Padam
  5. Salam bapak.

    Alhamdulillah! Tiada siapa yg dapat menduga rezeki dariNya & apa perancangan yg ada untuk hambaNya..

    Sakit belakang dah lega gamaknya naa, harapnya bapak akan terus dikurniakan kesihatan yg baik olehNya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      Allah Maha Berkuasa

      sakit org badan dah season hahaha

      tak cover 100% lagi

      Padam