WARGA SCP

Jumaat, Mei 11, 2012

BAPAK KENA HANTAM BELAKANG

ALHAMDULILLAH

Syukur ke hadrat Allah kerana semuanya selamat tanpa kecederaan serius akibat bapak dihantam dari belakang oleh Jack n Jill . Kemalangan ini berlaku sekitar mukim Tg Sedili . Lepas solat zohor bapak keluar kerana ada beberapa urusan yang perlu dilakukan di kawasan tersebut . Lepas selesai perjumpaan dengan sorang tok batin kat Kg Sayang, bapak menuju ke pekan HC.

Sebelum tu bapak dah ikut belakang Jack n Jill ni yang bergerak perlahan dalam 30-40 km sejam rasanya sambil lori ni dah nyalakan lampu kecemasan dia . Tapi bapak tak tahu pulak apa kerosakkannya.

Tiba di satu kawasan boleh memotong , bapak potong dia lalu meninggalkannya pergi . Bapak memandu pun tak laju kerana kawasan ni kawasan kampung hinggalah bertemu dengan satu selekoh berbentuk huruf L terbalik ni dan terpaksa memperlahankan motor roda tiga bapak bagi memberi laluan sebuah treler yang sangat panjang dari arah bertentangan kerana kalau tak, penyek bapak kena gelek dgn treler ni . Faham2 sajalah bila treler panjang yang 20 tayar tu membelok di selekoh sebegini , kepala treler korner manakala ekornya tak korner sama .

Tetiba dalam 5-10 saat lepas tu, berdentummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Terkedapan bapak tetiba dan kaca memenuhi dalam motor bapak . Bapak cuma takut pinggang bapak je terpeleot masa tu pasal terdorong ke hadapan secara tetiba atau pun sebaliknya terus baik sakit pinggang dan belakang bapak.

Alhamdulillah, selamat semuanya dan ketika itu bapak pakai topi keledar . Mujur airbag motor bapak tak terkeluar. Kalau tak mau bapak terperanjat kelemasan dalam airbag tu hehehe

Parking ke tepi lalu keluar menuju ke Jack n Jill tu yang towkeynya mengalami sedikit lebam yang besar penumbuk ditangan dan luka kecil akibat serpihan kaca.

Bapak tak marah pun kerana sapalah nak berlaku kemalangan lalu menyebabkan towkey tu kehairanan lalu berkata :

"saya heran, you tak marah2 pun"

bapak kata,

"nak buat apa marah2 pasal benda dah terjadi dan semua tu kehendak Allah"

Terus menalifon Balai Polis Trafik HC lalu seorang sarjan datang bersama anggotanya 30 minit kemudian. Sebelum tu ramai juga kenalan bapak dikalangan tok2 batin yang kebetulan lalu di situ berhenti dan bertanya khabar dan mahu menghulurkan bantuan.

Alhamdulillah, bapak ok .

Sebelum tu bapak tanya kat towkey tu , ni mesti kes brek lori tu tak berfungsi dan towkey tu tak menafikan kerana masa tu depa berdua dalam lori sama2 tarik hand brake lori dan ia tetap nak hantam belakang bapak.

Terima kasih pada anggota polis yang bertugas yang mengambil laporan dan merakamkan gambar2 bukti kes .

Alhamdulillah,
kerana bukan salah bapak , bapak tak dikenakan apa2 kompaun manakala lori tersebut telah dikompuan di situ jugak.

Kerana motor roda tiga bapak boleh jalan , bapak pun terus ke balai polis trafik HC untuk membuat laporan polis kerana insurance perlu ditanggung oleh lori Jack n Jill akibat kesalahan dan kecuaian mereka. Lori tu tak boleh jalan dah dan depa kena panggil tow truck pergi tarik .

Sebelum tu kekasih hati bapak yang kat rumah tepi hutan telah bapak maklumkan . Bapak kata tak payahlah pergi jenguk kerana sikit je dan semua selamat, tapi kekasih bapak tu kerana sayangkan bapak nak pergi jugak dari teratak kami tepi hutan bersama anak dara bapak yg tengah cuti semester ni nak tengok dengan mata kepala sendiri keadaan bapak.

Sementara bapak buat laporan polis kat balai, kekasih hati bapak dan anak dara kami dok keluarkan semua barang2 yang terdapat dalam motor roda tiga bapak kerana petang tu jugak, bapak nak hantar ke bengkel untuk tujuan pembaikkan yang rasanya sebulan jugaklah baru siap kerana perlu kelulusan pihak insuran .

Alhamdulillah ,
semuanya dalam perlindungan dan kerahmatan Allah dan bapak redha kerana pasti ada hikmah dan ganjaran yang tersembunyi atas setiap perkara yang Allah jadikan.

Moga segala urusan bapak dan kita semua sentiasa dipermudahkan.


Moga semua urusan tuntutan insuran dan pembaikkan dipermudahkan Allah

Semoga kita semua sentiasa dalam keampunan Allah S.W.T


dah tak boleh jalan langsung

nilah selekoh L terbalik tu

opsss lupa pulak bapak nak minta sikit jajan kat towkey tu
tegap dan kukuh jugak motor roda tiga bapak
sampai surrender jack n jill ni
tapi sebenarnya semua tu berbalik dengan kehendak dan kuasa Allah S.W.T


18 ulasan:

  1. Salam Jumaat, En Rezeki ,memang susah nak cari hamba Allah yang tak marah kalau kena langgar.. Alhamdulliah , memang benar ..semua tu kehendak Allah . :)


    ..lawa gambar HDR banner tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      benda nak terjadi, kalau saya marah pun takkan dapat selesaikan masalah , semua dah tertulis , mungkin peringatan dari Allah buat saya , kena redha

      alhamdulillah, saya selamat

      p/s : cantik foto kat kashmir tu masa dalam salji yg memutih

      Padam
  2. Salam bapak.

    Alhamdulillah bapak selamat & takda yg cedera dalam kemalangan ni. Betoi la, sapa yg mau berlaku kemalangan kan. Dulu pernah beskal saya dilanggar pemandu pondan di pekan Bukit Mertajam. Punya lemah lembut dia memandu pun boleh dia langgaq beskal saya. Saya mengaku memang saya marah tapi marah sangat sampai nanges tepi jalan tu. Maklumlah beskal saya bercalaq sakan. Baru beli seminggu plak tu beskal tu. Tapi itu la, sudah ditakdirkan.

    Amboih panjang pulak saya komen. Semoga motor roda tiga bapak cepat sembuh naa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      basikal roda tiga ya ciku hehehe

      motor tu dalam 2-3 minggu jugak siap krn pelbagai urusan birokrasi

      Padam
  3. salam

    alhamdulillah bapak selamat,,,,psssst patutnya mintak jajan tu sikit tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam cm

      alhamdulilah, tu lah pasal hehe
      lupa nak paw jajan dia hehehe

      Padam
  4. Salam bapak,
    Jadi segala-galanya dalam keadaan baik kan? Kalau ada ramai pemandu macam bapak di Malaysia ni...tentu aman kotaraya...ok bapak happy weekend ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam LW

      weekend bapak sibuk sekali pasal mengosok dan varnis beberapa pasang pintu yg nak pasang kat sebuah sekolah hehehe

      bapak mungkin marak jika kemalangan berlaku akibat sikap pemandu yang besar kepala dan kurang ajar atas jalan raya hingga menyebabkan kemalangan

      Padam
  5. Salam bapak. Terima kasih atas komen bapak di blog saya tadi. Gelak sakan saya pasal menteri pertanian tu, hilang sakit jiwa, kahkah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      hidup mesti ceria ciku hehe

      Padam
  6. MasyaAllah..
    Nasib baik bapak baik2 aja.. Cemane la ropa beemer bapak tuh yer? Dah tak comei dah FM rase.. Tpi benda nak jadi.. Cukop bersyukur tak ada kecederaan pd diri.. Alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah

      bimmer bapak ok hehe
      hari tu bapak guna kenderaan lain , kalau bimmer yg kena , mau termenung kejap hehehe

      Padam
  7. Salam.
    Ingatkan Jack N Jill tu cuma main2...rupa2nya betul! Hahahahaha...alhamdulillah semuanya selamat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam uncle

      alhamdulillah

      ni bukan cobaaannn , ini betul2 hehehehe

      Padam
  8. salam pak itam.
    dah lori tu pun silap bagi nama. Dah memang tahu pun jack memang fell down dan jill came tumbling down.. dia kasi nama jack and jill jugak hahaha.. Memang lah carik nahas.
    Yang tak best nya orang lain pun sama terpalit nahas. Nasib baik pak itam okay. Kok tak mahu girlfriend pak itam meraung melolong tepi hutan.

    err.. gambar motor roda tiga pak itam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam kak

      hehehe

      ada kak gambar motor tu , saya simpan sebagai kenangan

      Padam
  9. Salam Yob,
    Orang selalu sabor ni beruntung...dapat kawal kemarahan dan situasi pun tak tegang. Kalau naik hangin gaduh-gadh apa dapat? Alhamdulillah semua selamat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam kak yong

      insyallah

      sabar itu subur
      tak sabar masuk kubur hehehe

      Padam