WARGA SCP

Jumaat, Mei 04, 2012

CUB CAI DAN PEKAN CENANG

ALHAMDULILLAH

Antara pekan2 kecil yang sering menjadi tumpuan adalah pekan Cenang kerana ia terletak selari dengan pantai Cenang dan jugak terdapat banyak rumah2 tumpangan, hotel2 kecil serta challet . Aku pun tak pasti asal usul nama Cenang ni.

Itulah sebabnya ia menjadi tumpuan ramai kerana kiri kanannya jugak terdapat deretan kedai2 kecil serta restoran disamping kedai2 menjual cenderamata . Di sini jugak bersepah kedai2 yang menawarkan perkhidmatan dan produk pelancongan yang terdapat di Langkawi.

pagi takda kereta
boleh aku dok tetengah jalan
rakamkan foto ni


Keadaan waktu pagi di Cenang agak lenggang berbanding waktu petang yang sungguh "happening". Mungkin ramai masih dok diulit minpi indah atas katil lagi . Pastinya keadaan lalulintas di pekan kecil ini menjadi sibuk menjelang petang dengan aktiviti perniagaan berjalan dengan rancak.

Melihat deretan motorsikal yang disewakan di sini, pasti sesiapa yang pernah ke phuket atau krabi bertemu suasana yang serupa. Tapi kebanyakkan motorsikal ini rasanya di sewa oleh pelancong2 asing atau backpackers yang datang berkunjung ke Langkawi .Sewanya jugak berpatutan dan boleh ronda2 satu pulau .




antara deretan hotel2 kecil di pekan Cenang



bar & breakfast
tempat pelancong asing dok melepak

Melihat deretan motorsikal ni, terkenang aku dulu masa arwah ayah aku dah mula sakit dan tak boleh lagi dia menunggang motor cub cai dia. Aku lah yang gasak motor dia sana sini . Agaknya kasihan dia melihat aku dengan motor lama tu, dia ajak aku pegi pekan pada suatu hari dan jualkan motor tu . Dia belikan aku motor Yamaha 100 Sport baru warna hitam . Sebelum tu dia dah berkira2 nak carikan aku sebuah kereta buruk dalam 2-3 ribu je, katanya nanti senang nanti aku nak bawa dia nanti ke sana-sini .

Tapi aku masa tu dah tetapkan hati nak berhijrah ke selatan tanah air tepi hutan ni nak cari rezeki dan mengubah nasib . Nanti kalau aku dah senang sikit dan dah boleh "hidup" , aku ingat nak balas jasa arwah bapa aku , tapi Allah lebih sayangkan dia .

Sebagai membalas jasa arwah ayah aku , tu sebab dah 21 tahun semenjak arwah ayah meninggal, aku tak pernah lupa sedekah fatehah dan doa buat dia selepas setiap kali solat . Sekarang ni pulak termasuk bonda aku pulak.

Aku dengan arwah ayah boleh kata "kamcing" walaupun dia sorang yang garang terutama dengan aku yang agak terejal jugak masa kecik2 . Tapi aku tak pernah ambik hati dengannya. Habis kuat kalau arwah ayah perambat aku, aku cabut pi rumah atuk ke atau pi kat kebun koko cina Ah Kaw berdekatan rumah . Senja nak magrib nanti , terendap2 aku balik pelan2 .

Ada satu hari tu entah apa yang aku dah buat hingga arwah ayah naik angin perambat aku keliling meja , dah macam main acah belon pulak , dia ke kiri aku ke kanan, dia ke kanan aku ke kiri , hingga aku sempat masuk bawah meja dan berdesup keluar dan terus hilang. Kalau aku kenang2 kembali, aku ketawa sendirian .

Tapi nakal2 aku dulu tak pernah kacau orang dan harta benda orang. Nakal2 mcm tu je . Tak macam bebudak sekarang yang nakal mereka boleh dikategorikan sebagai jenayah pulak , habis segala orang dan harta benda orang depa rembat. Nakal2 dulu , aku masih tahu hormat orang tua . Sekarang cuba kita tegur, mau kita depa perambat dan maki .

Deretan cub cai di sini membuatkan aku termenung sejenak dan terkenang kisah lama aku bersama arwah ayah , semuanya dalam kenangan.

Al Fatehah buat mereka.


8 ulasan:

  1. Assalam bapak,

    tgk barisan motor tuh dah mcm kat indon/thai plak ye? huhuhuhu.. nk kne pegi n tgk sendiri nih..

    Alfatihah buat arwah bapa dan ibu bapak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waaalaikumsalam FM

      nanti sampailah tu, bukan jauh sangat. Pasti seronok di sana nanti

      Padam
    2. NP

      entah, tapi saya rasa seronok pulak kat sana psl banyak benda yang boleh diterokai

      Padam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    Al Fatihah

    saya beli cub cai sendiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam atuk

      saya masa tu takde hasil nak beli, hanya mampu pakai basikal buruk je hehe

      Padam
  3. Salam bapak. Bapak ada joget2 tak kat tengah jalan lengang tu? Hehehe..

    Tengok deretan motor tu, rasa rugi jugak sikit saya takda lesen motor & tak reti bawak motor. Tapi arwah bapak saya tak galakkan saya belajar bawak motor dulu jadi saya akur. Mesti ada hikmahnya kan.

    Al-Fatihah buat mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      bapak dok mencangkung tgh jalan tu hehe

      arwah ayah ciku takut dan risau anak pompuannya naik motor , anak2 bapak jugak saya begitu

      Padam