ALHAMDULILLAH
7 lebih waktu pg di sini, aku melangkah ke Haram memasuki Pintu Utama King Abd Aziz terus menuju ke lantai kaabah utk solat Dhuha menghadap Baitullah Al Haram.
Aku lanjutkan lagi dgn solat Taubat serta solat Hajat merintih dan memohon kpd Allah mempermudahkan aku untuk berdoa dan berpaut di jenang Multazam krn itu adalah salah satu tempat mustajab berdoa.
Kerana Multazam sentiasa menjadi tumpuan selain Hajarul Aswad dan Hijir Ismail, maka aku hanya pendamkan hasrat aku sejak beberapa hari lalu.
Namun pg ni aku nekad dan kebergantungan ku hanya pd mu Ya Allah agar dapat aku ke situ.
Jam tgn aku bukak dan simpan dlm poket . Kalau tak ramai , boleh gulung kat kain pelikat je. Tapi aku pakai tracksuit saja.
Bingkas bangun dan mencelah terus ke dalam dan mmg Allah bukakan lorong jalan ke Multazam begitu mudah dan tup2 dah sampai ke situ. Tunggu tak sampai seminit sambil bibir mengucap kalimah ALLAH, ALLLAH,ALLAH dan berdesup mencelah dan terus melekapkan dada sambil berpaut di jenang Multazam berdoa, berdoa,berdoa dan terus berdoa hampir 20-30 minit juga sambil aku tak hiraukan asakan dr belakang , ada yg kepalanya menyondol2 nak masuk bawah ketiak aku yg wangi krn tak pernah lupa sapu deoderent.
Air mata ku mula gugur membasahi ke bawah krn Allah kabulkan dgn pantas hajat ku tadi krn sepanjang hidup aku di dunia yg fana' ni, byk sungguh Allah dah makbulkan permintaan ku namun adakah amalan ku kpd Allah dah cukup dan setimpal dgn apa yg Allah kurniakan selama ini.
Air mata keinsafan dan kesyukuran terus mengalir dan mengalir hinggalah datang sekumpulan perkerja pembersihan Masjidil Haram mula masuk merempuh untuk melakukan tugas rutin pembersihan lalu melepaskan lekapan dakapan dada ku di jenang dan dinding Multazam .
Alhamdulillah
Pelbagai kenikmatan yg telah kau berikan pada ku dan tiada yg dapat aku lakukan selain mengabdikan diri kpd Mu dgn sebaik-baiknya seperti dituntut .
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
8.26 pagi
Misi ku terlaksana
Dengan Izin Mu Jua
Ya Allah
Melangkah keluar melalui pintu utama King Abd Aziz tadi terlihat kelibat Dr Ridzwan Bakar http://ridzwan-bakar.blogspot.com/ lalu aku sempat menemuinya walaupun ia tak mengenali aku kerana biasalah , aku kan penulis blog halimunan. Alhamdulillah, sempat berbual berkisar beberapa isu islam sejagat lalu aku melangkah pergi meninggalkan Masjidil Haram sementara Dr Ridzwan pula ke dalam untuk tawaf sunat.
ALHAMDULILLAH