WARGA SCP

Isnin, Mac 18, 2013

USA PART 59 : SERAM JUGAK DIBUATNYA

ALHAMDULILLAH

Selama aku berada di bumi Uncle Sam , aku rasa semua ok dan selamat sepanjang aku berada walau diceruk mana sekali pun. Cuma apabila aku berada di San Francisco sahaja ketika aku merayau di waktu malam, keadaan kotanya pada aku agak menakutkan sikit .

Kalau hantu kira tak takut jugak, 
ini orang yang jadi hantu apabilaakal pemikiran dikuasai arak.

Jika siangnya, kelihatan ramai anggota polisnya atau lebih dikenali oleh SFPD (San Francisco Police Department) banyak meronda hanya menggunakan basikal di sekitar The Piers menandakan kemungkinan kawasan tumpuan pelancong itu pasti kadar jenayahnya banyak juga pada telahan aku,  pada waktu malam pula kelihatan kereta peronda mereka sentiasa meronda di sepanjang jalan di kota ini.

Masa aku kat LA dan LV, susah nak nampak kereta perondo di atas jalan raya.

ini lah Castro District 
kawasan kejiranan golongan LGBT
lihat bendera besar pelangi tu

Ketika malamlah , aku dapat melihat kehidupan sebenar di kota ini yang banyak juga dihuni oleh golongan kulit hitam yang tidak berumah dan tidak mempunyai pekerjaan di sekitar jalan2 yang agak gelap dan suram yang aku lalui . Memang itu satu pengalaman yang sangat berharga bagi ku.

Nak jadi cerita , dari Hilton San Francisco lebih kurang pukul 7.00 malam yang dah gelap pekat kerana siangnya yang pendek, aku dan mak itam dok jalan menyusuri kaki lima untuk ke sebuah pusat membeli belah yang agak besar dan sibuk hanya beberapa blok dari hotel . Tapi jarak setiap blok dengan setiap blok agak jauh juga sebenarnya .

titik focus ialah rintik2 hujan
boleh adjust kat setting je

Alhamdulillah,
kami sampai ke sana setelah jalan ikut sesedap rasa je dan sempatlah tengok2 dan pusing2 sekejap lalu meninggalkan kompleks membeli belah tersebut kerana terlalu ramai dan sesak di sana.

Maka episod yang agak menyeramkan bermula selepas itu kerana keadaan jalan dan blok di sana hampir serupa je dan kerana hanya tersalah satu persimpangan, kami dah entah ke mana-mana malam tu .  

Ketika itulah kami melalui jalan yang kelihatan ramai golongan kaum kulit hitam kira jenis gelandangan dan kaki mabuk di kaki-kaki lima kedai . Ada yang terjerit2 , ada yang bergaduh sesama sendiri dan pelbagai2 lagi perangai . Rasanya di kota San Francisco ni ramai golongan yang merempat dan dari kalangan kaum kulit hitam.

Yang aku temui malam tu tengah lalok dan terhuyung-hayang bukan sahaja dari kalangan orang muda , tetapi termasuklah dari golongan yang aku boleh panggil nenek .

 out of focus
mmg saja setting begitu
tapi dalam kehidupan kita
kalau boleh jangan out of focus
kalau out of focus, alamak  "ke laut" lahhhhh

Sambil jalan ,mata aku dok melinggas macam polis sambil memerhati gelagat mereka agar aku bersedia jika sebarang kemungkinan berlaku. Aku suruh mak itam jalan tepi aku .

Lepas tu aku terus ajak mak itam agar jangan jalan kat kaki lima kedai dan jalan atas jalan raya kerana kalau apa2 hal berlaku senang sikit kerana faham2 jelah kalau mereka ni dah mabuk, mereka akan melakukan sesuatu yang kita tak duga.Aku ni pulak dulu belajar silat gayung tak habis hahaha

Baru masuk belajar "buah pukul" , tok guru aku dah meninggal hehehe

Ketawa2 jugak, tapi sepanjang hampir lebih 1/2 jam tu , kira kami dah sesat berpusing2 kat situ dan tak jumpa simpang jalan yang sepatutnya ke Hilton. Kaki dah mula penat dan rasanya dah makin jauh kami ni ke area belakang.

Aku ambik keputusan untuk bertanya dengan seorang wanita berkulit putih yang kebetulan sedang nak memasuki ke dalam sebuah teksi, tapi tak sempat kerana teksi tu terus berlalu pergi. Aku jalan lagi dan berserah pada Allah sahaja kerana kawasan sekitar tu agak gelap jugak dan kira macam tak selamat sikit kerana sepanjang aku melaluinya, kebanyakkan kedai2 di sepanjang jalannya dah tutup walaupun baru pukul 8 malam. 

Dan lagi pintu2 kedai semuanya jenis pakai rantai dan mangga besar tak macam di LA atau di Las Vegas yang aku rasa walaupun dah pukul 12.00 malam, masih lagi rasa selamat untuk berjalan kaki .

berselirat wayar letrik tram
di kota San Francisco

Aku serah je pada Allah kerana aku rasa dah hilang punca jugak.Nak patah balik menyusur jalan semula, takut tersesat makin jauh pulak pasal kiri-kanan rupa bangunannya sama je.

Mak itam ajak aku patah balik kira ikut jalan yang kami lalui tu tadi tapi aku kata takpa, nanti bila jumpa simpang besar , kita cam balik tengok mana mercu tanda atau bangunan yang menghala ke Hilton sepatutnya .

Alhamdulillah,
terserempak dengan seorang lelaki yang agak berumur berkulit putih lalu aku bertanya arah kepadanya untuk kembali ke Hilton. Dia kata terus je nanti hingga aku jumpa sebuah persimpangan besar dan belok kanan . 

Aku ikut seperti yang di sarankan walaupun sebenarnya kami dah lenguh jugak kerana situasi sepanjang jalan tadi yang agak tidak menyenangkan menyebabkan kami berjalan agak laju juga dan kerap menghindari sekiranya terserempak dengan kumpulan2 kecil warga kulit hitam yang dok melonggok kat kaki lima serta mabuk-mabuk  dan faham-faham jelah, ada yang terjerit2 dan memacam lagi .

 tarikan utama kota San Francisco adalah 
tram2 yang pelbagai bentuk

Rupa2nya , akibat tersalah satu simpang sahaja selepas kami keluar dari shopping kompleks tadi, arah perjalanan kaki kami telah tersimpang jauh ke arah belakang yang merupakan kawasan yang boleh kira agak tak selamat jugak .

Syukur alhamdulillah,
kami selamat sampai ke Hilton tanpa sebarang perkara yang tak diingini berlaku .

Jika semasa kami berada di LA dan jugak di LV, agak sukar ketemu dengan kereta peronda dan anggota polis mereka, tetapi sepanjang kami di San Francisco terutama sebelah malamnya, sana-sini kereta peronda polis mereka agak sibuk dan "havoc" sikit dengan kerlipan lampu dan laungan siren mereka memecah keheningan malam kota San Francisco menunjukkan bahawa kemungkinan besar kadar jenayah di sini pasti tinggi terutamanya di sebelah malam kerana di kota ini jugak ramai golongan gelandangan terdiri dari kulit hitam tinggal .

Apabila aku gogel di http://spotcrime.com/ca/san+francisco, baru aku tahu yang kadar jenayah di sana sangat tinggi yang sering terjadi terutamanya melibatkan  pergaduhan dan rompakan yang melibatkan senjata tajam .

Majoriti besar yang terlibat adalah dari golongan kulit hitam .Pasti  antara faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut kerana mereka mewarisi taraf hidup yang begitu rendah dan terjebak pula dan penagihan dadah dan alkohol menyebabkan mereka hilang pertimbangan akal.

kalau sampai San Francisco
jangan lupa naik tram

Memang agak menyeramkan jugak tapi itu satu pengalaman yang agak berharga buat ku kerana sebenarnya di mana2 bumi Allah ini pasti ada yang baik dan tidak , ada yang pahit dan manis dan begitulah sebaliknya. Sebab itulah , Allah jadikan syurga dan neraka.

Alhamdulillah,
Allah sentiasa memelihara kami ketika itu . 

(Surah al-Maidah 5:90-91)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَن يُوقِعَ بَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٲوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ فِى ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ وَيَصُدَّكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ‌ۖ فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَہُونَ 

Maksudnya: 
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)."

7 ulasan:

  1. Salam bapak. Takut jugak bila tersesat di kawasan yg macam tu. Alhamdulillah takdak apa2 yg buruk berlaku. Bapak sila pi cari tok guru silat baru belajaq bagi perabeh na. Tapi kalau pandai silat pun, ramai2 lawan sorang, susah jugak nak menang kan. Kalau dalam pelem, lain cerita la :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ciku

      bapak nak cari tok guru kuntau pulak hehehe

      hero tamil mana boleh mati hehe

      Padam
  2. Salam. Saya suka sangat dengan gambar dalam hujan tu. Sangat cantik. Banyakkan lagi! Perjalanan anda memang hebat. Elok dibukukan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam uncle

      kalau jadi mmg cantik psl susah nak shot dalam hujan tu

      Padam
  3. Salam pak
    Dok baca cerita ni terass mcm tgh berjalan dgn pak itam and mak itam. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ibu

      happy holiday dgn family

      enjoy your self

      Padam