WARGA SCP

Sabtu, Mac 30, 2013

PART 12 TANAH SUCI MAKKAH : AIR MATA KU GUGUR DI JENANG MULTAZAM

ALHAMDULILLAH

7 lebih waktu pg di sini, aku melangkah ke Haram memasuki Pintu Utama King Abd Aziz terus menuju ke lantai kaabah utk solat Dhuha menghadap Baitullah Al Haram.

Aku lanjutkan lagi dgn solat Taubat serta solat Hajat merintih dan memohon kpd Allah mempermudahkan aku untuk berdoa dan berpaut di jenang Multazam krn itu adalah salah satu tempat mustajab berdoa.

Kerana Multazam sentiasa menjadi tumpuan selain Hajarul Aswad dan Hijir Ismail, maka aku hanya pendamkan hasrat aku sejak beberapa hari lalu.

Namun pg ni aku nekad dan kebergantungan ku hanya pd mu Ya Allah agar dapat aku ke situ.

Jam tgn aku bukak dan simpan dlm poket  . Kalau tak ramai , boleh gulung kat kain pelikat je. Tapi aku pakai tracksuit saja.

Bingkas bangun dan mencelah terus ke dalam dan mmg Allah bukakan lorong jalan ke Multazam begitu mudah dan tup2 dah sampai ke situ. Tunggu tak sampai seminit sambil bibir mengucap kalimah ALLAH, ALLLAH,ALLAH dan berdesup mencelah dan terus melekapkan dada sambil berpaut di jenang Multazam berdoa, berdoa,berdoa dan terus berdoa hampir 20-30 minit juga sambil aku tak hiraukan asakan dr belakang , ada yg kepalanya menyondol2 nak masuk bawah ketiak aku yg wangi krn tak pernah lupa sapu deoderent.

Air mata ku mula gugur membasahi ke bawah krn Allah kabulkan dgn pantas hajat ku tadi krn sepanjang hidup aku di dunia yg fana' ni, byk sungguh Allah dah makbulkan permintaan ku namun adakah amalan ku kpd Allah dah cukup dan setimpal dgn apa yg Allah kurniakan selama ini.

Air mata keinsafan dan kesyukuran terus mengalir dan mengalir hinggalah datang sekumpulan perkerja pembersihan Masjidil Haram mula masuk merempuh untuk melakukan tugas rutin pembersihan lalu melepaskan lekapan dakapan dada ku di jenang dan dinding Multazam .

Alhamdulillah

Pelbagai kenikmatan yg telah kau berikan pada ku dan tiada yg dapat aku lakukan selain mengabdikan diri kpd Mu dgn sebaik-baiknya seperti dituntut .

ALHAMDULILLAH

ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR


8.26 pagi
Misi ku terlaksana
Dengan Izin Mu Jua
Ya Allah

Melangkah keluar melalui pintu utama King Abd Aziz tadi terlihat kelibat Dr Ridzwan Bakar http://ridzwan-bakar.blogspot.com/ lalu aku sempat menemuinya walaupun ia tak mengenali aku kerana biasalah , aku kan penulis blog halimunan. Alhamdulillah, sempat berbual berkisar beberapa isu islam sejagat lalu aku melangkah pergi meninggalkan Masjidil Haram sementara Dr Ridzwan pula ke dalam untuk tawaf sunat.
ALHAMDULILLAH











8 ulasan:

  1. Alhamdulillah dapat menekap multazam, tempat mustajab doa. Bagi wanita susah untuk mendapatkannya. Biasanya saya lihat hanya orang lelaki yang menguasainya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah

      Mmg kaum wanita tak digalakkan
      Tapi ada juga yg degil hingga mendtgkn keburukkan dr kebaikkan

      Padam
  2. Alhamdulillah.....rezeki seseorang yang telah ditentukan Allah. Semuga Pak Itam selamat sejahtera di mana saja. Kakak juga sangat merindui masa2 di hadapan Kaabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah

      Semuanya yg dtg dlm kehidupan kita dari Allah semata2 tapi Allah suruh kita usaha, doa , tawakkal

      Insyallah

      Padam
  3. salam bapak,,

    Alhamdulillahh,,semoga segala doa bapak dimakbulkan Allah,,bertuah sungguh bapak dapat berada disitu,,,doakan kami semua yarr dapat berkunjung lg ke tanah suci,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waaalikumsalam cikgu

      Alhamdulillah

      Doa buat kekawan bpk tak lupakan

      Padam
  4. Assalamualaikum - semoga Pak Itam beroleh umrah mabrur. InsyaAllah saya akan ke sana bulan Mei nanti. Semalam baru saya baru sampai dari Chennai, India.Dik kesibukan saya tak sempat2 nak update blog yang dah nak berkubur !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam cikgu

      Alhamdulillah

      Moga urusan cikgu ke sana nti dipermudahkan Allah

      Insyaallah

      Padam