WARGA SCP

Selasa, Mac 12, 2013

PART 57 USA : KUASA PENGGUNA TANAH MELAYU VS KUASA PENGGUNA USA

ALHAMDULILLAH

Kita sambung lagi kisah aku kat n3 sebelumnya tu.

Pertanyaan aku tu dijawab pegawai tu bahawa jika pakai prepaid, depa tak akan cekik credit jika penggunanya tak jawab panggilan semasa di luar Tanah Melayu .

Lalu aku kata,

" Jadi kalau begitu, kenapa pengguna postpaid macam aku kena pulak dan siapalah punya pandai sangat yang 
buat sistem macam ni "

Katanya lagi 

" ini berlaku kerana panggilan tu masuk dalam voice mail"

Aku "beta" dia balik ,

"Sebelum ni takda pulak sistem cekik darah ni dijalankan kerana aku sejak  dari dulu lagi selalu  keluar dari Tanah Melayu dan inilah juga nombor HP aku sejak bertahun-tahun-tahun lamanya yang aku gunakan tak tukar-tukar. 

Sebelum ni dah bertahun2 kalau panggilan tak dijawab dan masuk ke voice mail , takda pulak charge dikenakan dan laaa ni lepas masuk ke voice mail terus charge RM 4.00 utk satu panggilan dan diikuti pula terus masuk dalam sistem yang seolah aku yang dail pulak ke voice mail utk mendengar pesanan yang masuk dan dicharge RM 8.50 lagi utk satu panggilan.

Tu sebab berderet pulak  macam aku sendiri yang tel. no aku sendiri sedangkan aku tak buat demikian . Kan tak masuk akal"

Jika takda jalan penyelesaian dan aku tetap dikenakan untuk membayar sejumlah bil yang perkhidmatannya aku tak gunakan, aku akan buat satu laporan polis dulu sebelum aku buatkan satu aduan rasmi ke Tribunal Pengguna Malaysia untuk mencari jalan penyelesaian. 

Kalau aku tak buat begitu, pasti perkara ini takkan ada kesudahan dan berapa banyak rakyat Tanah Melayu yang menggunakan talian dengan telco ni akan menerima nasib yang sama.




depa ingat kita ni kuda kayu apa...

Aku bukan jenis buta undang2 dan aku tahu prosedur sebelum buat aduan ke Tribunal Pengguna di mana satu laporan polis perlu dilakukan dahulu. Jangan depa ingat penoreh getah macam aku pakai selekeh dgn singlet pagoda dan kain pelikat gombang je tak tahu  hak sebagai pengguna hehehe

Sebagai langkah jangka pendek , pegawai tu suruh aku hanya membayar bil yang aku gunakan sahaja dan abaikan dulu sejumlah bayaran yang depa kenakan yang aku tak gunakan perkhidmatannya. 

Aku cakap boleh, tapi itu cakap mulut je dan zaman sekarang mana boleh janji mulut kerana yang pasti sistem pembayaran dan pengiraan bil mereka menggunakan siatem pengkomputeran  dan yang pasti sejumlah bayaran akan tertunggak dalamsistem  dan ditakuti nanti HP aku akan disekat penggunaannya.Kerana janji mulutlah, dah berapa kali pihak aduan pelanggan depa kat KL tak call balik walaupun dah hampir 2 minggu hari bekerja. Rasanya depa tak buat kerja kot dan tu yang tak dikira hari bekerja hahaha

Di situ juga aku suruh depa batalkan terus perkhidmatan 'Voice Mail"  kerana aku tak mahu perkara yang sama berulang kerana bulan depan aku nak keluar lagi dari Tanah Melayu .

Tapi walau macam mana marah sekali pun aku ketika itu, aku cakap dengan pegawai tu bebaik dan aku cakap berdasarkan hujah yang bernas akan ketidakadilan pihak mereka yang cuba membuat keuntungan atas angin kerana aku ni bukan jenis suka suka "buran" tak tentu pasal .





Lepas hampir 45 minit aku berhujah gayanya macam seorang peguam bela pulak, depa pi photostate bil terperinci yg aku bawa  , pada hal mereka boleh sahaja bukak dan periksa sistem mereka dan lihat dari situ, aku dijanjikan satu siasatan akan dijalankan berdasarkan report aku tu dan aku akan dihubungi sendiri setelah 3 hari bekerja.

Lat 3 hari lepas tu, takda pun depa telefon aku seperti yang dijanjikan. Lat seminggu pun sama dan memang dasar mereka agaknya macam tu . Kalau nak kutip bayaran dan potong talian orang lain, tak payah tunggu 3 hari bekerja.

Aku call semula customer service centre dan terus bagi no. report aku . Semak punya semak depa kata kes aku dah ditutup namun pihak HQ pun tak tahu apa  kesudahannya samada aku kena bayar atau depa akan reverse semula jumlah bayaran tersebut. Tu yang buat aku heran bin ajaib . Mesti report aku tu tadi lagi sekali dah "hilang di angin lalu" hahaha

Macam biasa pegawai tu buat janji manis lagi yang dia sendiri yang akan selesaikan aduan aku tu dan dia sendiri juga akan menelefon aku selepas 3 hari bekerja. Aku cakap kat dia dah 3 kali pihak mereka berjanji yang sama dan mungkin bukan 3 hari bekerja kot. 

Aku sindir je yang mungkin 3 tahun hari bekerja . Malas nak cakap bebanyak lalu aku cakap beginilah. benda ni macam takda kesudahan , jadi untuk melindungi diri ku sebagai pengguna, aku akan bawa perkara ini ke Tribunal Pengguna untuk mencari jalan penyelesaiannya .Habis cerita .

Sebelum tu aku kata yang aku akan bayar semua bil seperti tertulis walaupun aku tak gunakan. Nanti tengok jelah apa keputusan Tribunal Pengguna kerana aku tak mahu lebih ramai yang teraniaya mcm aku .Duit nak bayar tak jadi masalah, tapi bukan begini sepatutnya pihak mereka buat untuk mengaut keuntungan .





Memang munafik betul kerana seperti yang dijanjikan jugak ,memang mereka takda call aku langsung lepas tu . Aku pun cukup masa sehari lagi nak due tarikh akhir bayaran lalu buat bayaran mcm biasa secara online dan lepas tu terus tel customer service centre sekali lagi dan suruh depa semak bayaran yang aku dah buat setakat ini. Semak punya semak , depa kata aku dah buat bayaran yang agak banyak jugak melebihi bil yang sepatutnya dan siap negative lagi bil aku. Maksudnya depa pulak dah terhutang dengan aku.

Depa pun laaa ni tak tahu mana peginya tetiba ghaib kes aku yang macam dah selesai je tapi takda hitam putih . Pasti ada tangan ghaib kat sana kot yang padam pakai pemadam stabilo deretan bil aku yang depa charge tu hahaha

Sebab itulah pada sistem mereka, didapati aku dah buat bayaran melebihi yang sepatutnya.

Jadi sebagai kesimpulannya jika nak keluar negara sekarang , pastikan perkhidmatan "voice mail" pada talian kita haruslah ditamatkan macam aku laaa ni, memang takda voice mail tu.Kalau sapa call aku dan aku tak angkat,  dia terus bunyi tut tut tut hehehe

Kita sebagai pengguna juga mesti mengetahui hak2 kita dan tak dianiaya dan dianggap bodoh oleh pihak telco yang sesenang je cipta satu sistem yang boleh buat keuntungan atas angin dengan menipu pelanggan.

Aku anggap semua dah selesai dan harap takda lagi perkara sebegini berulang lagi kerana 5 tahun yang sudah, aku jugak pernah buat satu laporan polis terhadap pihak telco ni jugak yang mana tetiba ada terselit pulak bil berjumlah ratusan ringgit untuk panggilan yang dibuat ke luar negara untuk satu panggilan je yang lebih dari sejam . Masih kuat dalam ingatan ku lagi bila aku buat report kat branch dia, dia kata mungkin ada orang lain pakai hp aku lah dan memacam lagi. 

Cerita banyak tak guna lalu aku terus start motor pegi balai polis terdekat dan buat laporan . Lepas tu aku bawak salinan laporan polis aku dan terus bagi balik kat pegawai khidmat pelanggan tu dan terus dia terdiam . Dia ingat aku memain .

Dari melayang kasi percuma ratusan ringgit tu pada depa yang buat keuntungan berbillion setahun,baik aku kasi  duit tu kat golongan anak yatim dan masuk tabung2 masjid , ada faedahnya.Lepas tu tak sampai seminggu, kira settel masalah tu .

Apa yang aku lihat,pengguna di negara kita sering tertindas  dengan kelicikan para peniaga yang sering cuba mengambil kesempatan terhadap golongan yang tak tahu.Aku pun meniaga juga, jual gotah ojol menimbun tetiap hari, tapi takdalah sampai dihatikan nak tipu pembeli aku.

Macam di US ni , cuba kita belek balik resit setiap pembelian barangan yang tertulis jika kita tidak berpuas hati dengan barangan tersebut, ia boleh dipulangkan dalam masa 30 hari tanpa sebarang charge tambahan  dan wang akan dikembalikan. 

Ni kat tempat kita terpampang besar punya tulisan, "SETIAP BARANGAN YANG TELAH DIBELI TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN" waima barang tu baru beli dan baru bukak kotak dan rosak pulak.

Itulah secebis kisah kuasa pengguna di US yang begitu kuat berbanding negara kita yang pengguna sering tertindas. Kalau tak percaya, lihatlah dalam surat khabar saban hari berapa banyak pembeli rumah yang teraniaya kerana bayaran perlu dijelaskan setiap bulan sedangkan rumah pun tak siap.

Cuba kita fikir2kan lah,dimana hak kita sebagai pengguna di Tanah Melayu ni. 

Adakah kita sebagai pengguna di Tanah Melayu dilindungi secukupnya dengan peraturan dan undang-undang ???????

Alhamdulillah

6 ulasan:

  1. Salam bapak. Lepas baca entri bapak pasai bil hp melampau sebab depa charge voice mail tu, saya pun check added services line saya. Saya sendiri pun dah lupa tapi rupanya saya memang dah lama kensel servis voice mail. Selamat cek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ciku

      voive mail laaa ni kalau pi obersi cekik duit woooo hahaha

      kalau kat tanah melayu tak pulak

      depa nak buat untung atas angin

      Padam
  2. Salam,
    Panas hati juga dengar cerita Rezeki kena aniaya ni? Langkah Rezeki yang buat aduan itu memang patut supaya jangan dia orang senang-senang nak memperlekeh-lekehkan 'penoreh getah bersinglet pagoda" kan?

    In USA, customer is always right. Apa sahaja aduan pengguna pasti diterima dan tak banyak soal. Semasa di sana, saya selalu beli barang, kemudian kalau barang itu saya tak suka, saya pulangkan balik dalam masa 30 hari. Mereka terima tanpa banyak soal dan saya dapat duit saya balik.

    Saya pernah beli jus Dole dalam tin, tetapi setelah habis diminum, saya dapati tin itu berkarat, lalu saya telefon cusotmer service Dole. Mereka lalu memberi ganti rugi kepada saya iaitu saya dapat bertin-tin jus Dole percuma he he he.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam kak

      kalau negara maju mcm US dan europe, mmg pengguna sentiasa dilindungi tak mcm kat tanah melayu

      sesuatu harus dilakukan oleh pihak berwajib di Tanah Melayu agar hak kita sebagai pengguna mesti dilindungi

      Padam
  3. salam bapak..

    bagus sangat bapak dah fail kan aduan kat tribunal..mudah2an tak ada lagi orang lain yang terkena macam ni. senang2 ja depa nak kaut untung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      namun kekadang apabila tribunal pengguna dah jatuh hukum, ramai juga peniaga yang berani engkar perintah dan tak bayar ganti rugi

      maksudnya penguatkuasaan undang2 kita masih ada lompong lagi

      Padam