ALHAMDULILLAH
Suasana Asar begitu mendamaikan sekali ketika di Makkah angin bertiup sepoi2 bahasa arab ketika di penghujung musim dingin .
Aku tak tahu, kenapa setiap kali solat , air mata ku bergenang apabila memikirkan akan limpah kurnia nikmat yg Allah kurniakan buat kami sekeluarga selama ini.
Aku takut ia merupakan satu ujian yg akan menyebabkan aku alpa dan terleka akan semua kenikmatan tersebut.
Semalam sedang duduk di tangga hotel penginapan , duduk di sebelah ku seorg pemuda dari KL yg akan berlepas pulang malam nanti lalu sempat berbual seketika. Sebahagian perbualan berkisar tentang pengisian roh dan jiwa nurani ketika berada di tanah suci Makkah.
Lantas beliau menyatakan bahawa sehingga saat terakhir ia berada di sini terutama di hadapan Baitullah, setitik pun air matanya tidak jatuh ke bumi. Aku katakan kpdnya bahawa ia bukan perkara yg dipaksa2 dan dibuat2 krn ia sebenarnya lahir dr hati dan nurani yg ikhlas dgn izin Allah jua dan mujur ia dpt memahaminya krn ia pertama kali ke tanah suci Makkah dan syukur kerana ia berhajat pula membawa isterinya ke sini nanti .
Bukan bermakna jika air mata kita tidak tumpah di sini, hati kita tidak ikhlas, tapi Allah belum kurniakan kita nikmat tersebut sebenarnya.
Sekian sedikit bingkisan cerita dr Tanah Suci Makkah buat renungan bersama.
SUASANA DR TINGKAT ATAS
LEPAS SOLAT ASAR TADI
Cantiknya baitullah.
BalasPadamSyukur pak dapat menjejakinya lagi.
Alhamdulillah
PadamPanorama terindah di dunia