WARGA SCP

Khamis, Mac 28, 2013

PART 7 TANAH SUCI MAKKAH : TERIKNYA MENTARI ZOHOR TERIK LAGI DI MASYAR NANTI

ALHAMDULILLAH

Mentari zohor begitu terik sekali tidak mematahkan semangat ku utk meredah lautan manusia yg telah memenuhi segala ruang bahagian dlm Masjidil Haram utk berlindung krn di kawasan laman Kaabah atau lebih dikenali sebagai Mataf masih punya ruang kosong.

Aku pasti betapa teriknya mentari di atas ubun2 ku, pasti lebih terik tak tergambar bahawa hanya sejengkal nanti mentari di atas ubun2 bila di Padang Masyar kelak menyebabkan air mata ku gugur krn aku sedar yg aku hanya insan biasa yg punya byk kesilapan dan dosa-dosa sepanjang masa tanpa aku sedari.

Air mata yg gugur bukan satu lakonan sandiwara dunia, tapi ia gugur ke laman kaabah tanpa dipinta.

Ya Allah,
Kau ampunkan dosa2 ku
Kau ampunkan dosa2 ahli keluarga ku
Kau ampunkan dosa2 kedua ibu bapa ku
Kau ampunkan dosa2 para sahabat dan taulan ku
Kau ampunkan dosa2 seluruh kaum muslimin dan muslimat

Moga kami semua terhindar dari kepanasan di Padang Masyar kelak.

Amin , Amin, Ya Rabbal Alamin.

Kota Suci Makkah
1.50 tgh tadi

SUASANA LPS SOLAT ZOHOR TADI























7 ulasan:

  1. Assalamualaikum Bapak,
    Subhanallah.. menitik air mata saya tengok gambar2 ni.
    Dan tak sabar rasanya nak merasa sendiri terik matahari di sini. Insya'Allah semoga urusan saya dipermudahkan.

    P/s;
    Menangis lagi bila mengenangkan "teriknya" matahari ketika di Padang Mahsyar kelak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bapak, Cik Asben saya bertanya.. guna kamra cap ape ni?
      Gambar suma cantik2.
      Sempat pulak menembak kat sini?

      Padam
    2. Waalaikumsalam ibu

      Moga urusan ibuk sekeluarga ke sini dipermudahkan

      Bapak pakai ipong 5 je buat ambik gambar tapi terus setting ke HDR dlm Ipong tu
      Menembak 3-4 kpg foto sebelum dan selepas solat senang je pakai ipong ni

      Semua tak edit langsung dan takda watermark, harap tak kena cilok tanpa kebenaran mcm dulu oleh satu penerbitan tersohor lalu mengaku hak milik nya pula, satu etika kewartawanan yg tak bermaruah

      Padam
  2. Assalamualaikum Pak Itam,

    Amiin...Alhamdulillah...umrah mabrur In Shaa Allah...

    Rindunyer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam kak nab

      Lama tak dgr berita, harap kak nab sekeluarga sihat sejahtera

      Jom kak nab , ada saf kosong lai ni kat masjidil haram

      Padam
  3. Salam pak
    Semoga kita sentiasa memohon keampunan dari ALLAH .
    Semoga kepanasan di masyar nanti kita tak rasa panas kan pak.
    Ya Allah takutnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      Takut mengenangkan hari pembalasan krn amalan masih tak mencukupi lagi

      Padam