ALHAMDULILLAH
Ku sangka panas sampai ke petang
Rupanya hujan di waktu asar
Kota Makkah tiba2 agak kelam kabut
terutama di Haram kerana hujan turun tiba2 yg merupakan sesuatu yg agak ganjil di sini .
Itulah juga ibarat kehidupan kita yg kita tak tahu adakah "panas" dlm kehidupan kita akan berpanjangan krn "hujan" boleh turun tanpa diduga krn apa jua yg terdapat di muka bumi dan langit adalah di bawah urusan Allah jua.
Hujan rahmat di kota Makkah menyebabkan tadi aku ambil penyodok air yg biasa digunakan oleh pekerja pembersihan di Haram dan aku sendiri sodok krn kalau tak aku solat dlm genangan air.
Solat tetap solat krn air hujan itu nikmat Allah yg tidak boleh kita nafikan.
Lintas langsung dari Kota Suci Makkah
Jumaat
4.41 ptg
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamsaya pernah kena hujan waktu Magrib, masa tu solat kat bunbung....kuyub..(basah)
Assalamualaikum,
BalasPadamKetika musim haji 2012, saya berada di tanah suci Mekah. Ketika itu saya sedang tawaf dan waktu itu waktu dhuha. Tiba-tiba ketika tawaf, kami terdengar azan dilaungkan. Lalu imam pun menyuruh jemaah membetulkan saf. Kami yang sedang tawaf tiba-tiba berhenti lalu ikut solat sunat. Kemudian itu baru saya tahu yang itu adalah solat meminta hujan. Di sana menghadapi masalah kekurangan hujan. Jadi bertuahlah kalau dapat mandi hujan di sana :)