WARGA SCP

Khamis, Disember 17, 2009

42 TAHUN BERLALU : PART 10












lampu dalam pokok krismas




Alhamdulillah, berkat usaha gigih pak itam selama beberapa tahun, pelanggan pak itam bertambah hari ke sehari. Pelanggan pak itam hanyanya pihak sekolah, pejabat dan jabatan kerajaan . Pak itam tak buat untuk “walk in” customer. Kedai yang terletak di KT telah pak itam pindahkan ke tempat sekarang ni kerana risiko banjir dulu . Dalam pada tu , beberapa syarikat lain berjaya pak itam tubuhkan. Semuanya pangkal namanya bermula dengan R…….

Mengenang kisah lampau, perniagaan pak itam yang pada mulanya bermula dengan focus ke arah computer selain barangan lain hampir terlungkup gara-gara ditipu. Pak itam mendapat kontrak untuk membekal peralatan computer dan yang sewaktu dengannya untuk sebuah kolej swasta yang besar . Jadi banyak modal yang diperlukan sangat besar dan semuanya dalam bentuk tunai. Semua wang dalam account digunakan.

Setelah siap segala kerja yang dijalankan, tiba “part” pembayaran , mulalah syarikat tu liat sangat nak bayar. Pak itam dah tak sedap hati. Setelah didesak, sekeping cek telah dikeluarkan dengan tarikh dikehadapankan. "Bukan sikit anak jumlahnya". Sehari sebelum cek dibank in ke account, satu panggilan diterima meminta cek tersebut tidak ditunaikan atas beberapa sebab teknikal. Lagilah tak sedap hati “habis aku kali ni”, bisik pak itam.

Telahan pak itam betul, apabila diselidiki, kolej tersebut yang mempunyai cawangan di beberapa tempat di Malaysia menghadapi masalah besar. CEO nya telah disiasat oleh pihak yang berwajib kerana didapati membawa ramai pelajar dari Negara China dengan pas pelajar dan didaftarkan ke kolej mereka di cawangan ipoh , tetapi mereka sebenarnya “GRO” yang dibekalkan ke pusat-pusat hiburan diseluruh Malaysia. Jadi CEO dan anak2nya yang merupakan pengarah syarikat telah melarikan diri.

Masa tu terasa gelap pandangan pak itam , “habis segala yang ku usahakan selama ni punah”, detik hati pak itam. “Nasi dah menjadi bubur, cempedak dah menjadi nangka”

Pak itam dah tak berdaya lagi, nak buat report polis dan mengambil peguam untuk menyaman, tuannya pun dah takde, dan tentu memerlukan wang yang banyak dan masa yang panjang bertahun-tahun, itu pun kesudahannya entah ke mana.

Pak itam pasrah, usaha ku selama ni punah dalam sekelip mata. Mak itam kata “dahlah, dah takde rezeki nak buat mcm mana”

Dunia ku rasakan gelap. Hilang semangat pak itam seketika. Tapi pak itam tak boleh mengaku kalah. “koret-koret” wang simpanan sendiri pak itam keluarkan dan meningkat lagi usaha.

Setelah hampir 2 tahun bersusah payah kembali, akhirnya pak itam berjaya bangkit semula. Selepas itu tekad pak itam takkan berurusan lagi dengan pihak swasta. Sebelum ni pihak swasta yang lain pun , pak itam kene kapur. Sebuah bank di tempat pak itam tidak mahu menjelaskan bayaran bagi bekalan pejabat atas alasan pembelian tersebut tidak diluluskan oleh “big boss” sedangkan semua keperluan yang dihantar telah digunakan. Lagi besar “company” ,lagi besar penipu dan liat nak bayar” .

Selepas peristiwa itu, pak itam dapat banyak kontrak kerajaan untuk membaikpulih dan menyelenggara peralatan computer dan sewaktu dengannya bagi sekolah di seluruh daerah . Setahun ada 3 fasa selama 2-3 tahun juga.

Itu semua menjadi pengajaran kepada pak itam, dan sehingga hari ini, pak itam hanya berurusan dengan pihak kerajaan sahaja.

Setiap yang bermula pasti berakhir.

Akhirnya dengan perasaan “sedih dan gembira”, pak itam terpaksa meninggalkan perniagaan pertama pak itam di pusat peranginan itu .

Kenapa sedih

Sedih kerana itulah permulaan catatan perjalanan pak itam dalam dunia perniagaan. Tempat itu secara keseluruhannya telah dijual oleh tuan punyanya kepada sebuah consortium . Akibat ketamakkan consortium tersebut dan “salah urus”, pengunjung telah berkurangan dengan terlalu mendadak sehinggalah ke masa kini. Harga tiket telah naik dengan mendadak dan begitu juga dengan bayaran tempat letak kereta. Tempat itu pada mulanya tempat kunjugan golongan marhaen yang tiketnya hanya RM2.00 sahaja seorang telah naik sehingga RM10.00 seorang dan bayaran tempat letak kereta RM5.00 .

Feedback yang pak itam dapat , kalau sebuah kereta dengan anak-anak seramai 5 orang dah kena RM50.00 dan parking lagi, lebih baik pegi pantai. Free, tak bayar.

Jadi perniagaan semakin merosot, nak dapat Rm 100.00 seminggu pun payah, sewa lagi nak kena bayar, gaji budak lagi, duit minyak lagi. Kos melebihi pendapatan. Jadi tetiap bulan , pak itam nak kene cover dengan duit sendiri.

Sebagai langkah terakhir, dengan rasa berat hati, pak itam melangkah pergi dengan meninggalkan segala peralatan dikedai hingga ke hari ni . Dengar cerita sampai sekarang, deretan kedai tersebut tidak berpenghuni. Dan sampai sekarang, pak itam tak pernah menjejakkan kaki lagi ke sana. Tapi langkah pak itam itu tepat kerana tempat tersebut sekarang macam hidup segan mati tak mahu.

Hanya memandang dari tingkap belakang rumah pak itam kat KT ni, dari kejauhan dapat melihat gunung-ganang yang di sana terletaknya “bekas” kedai pak itam yang banyak mengajar erti kesusahan, kepayahan, kesabaran,
Tamat sudah riwayat “CATATAN PERJALANAN PAK ITAM SEBAGAI PENIAGA KECIL”

“Selamat tinggal bunga ku”

Kenapa gembira

Gembira kerana itulah jalan permulaan yang dirancang oleh Allah SWT ke atas hambanya yang kerdil ini untuk mengorak langkah agar terus maju.

Dari seorang yang tak tahu apa-apa tentang dunia perniagaan kepada apa yang ada sekarang ni. Dari seorang pembancuh teh dan pembuat ABC kepada apa yang pak itam ceburi sekarang. Dari "coffee & tea kepada pen & paper" . speaking london kejap he he he

Dari situ juga , pak itam mendapat modal untuk meneroka bidang lain sehingga sekarang. Gembira dan bersyukur kerana pintu rezeki pak itam dibuka selua-luasnya oleh Allah SWT .

Gembira kerana apa yang pak itam kecapi hari ini bermula dari hanya sebuah kedai kecil yang takde apa-apa.

Gembira kerana dari "zero" pak itam bermula hinggalah ke hari ini dan tidak pernah membuat pinjaman dari mana-mana bank untuk untuk suntikan modal.

Gembira dan bersyukur atas segala nikmat Allah SWT.

Gembira kerana pak itam selepas tu dah punya masa dengan keluarga di rumah pada hujung minggu yang kami tak pernah kecapi selama bertahun-tahun lama.

Gembira kerana kami sudah dapat mengecapi kemeriahan sambutan hari raya yang kami tak pernah kecapi selama bertahun-tahun juga lamanya.


Alhamdulillah.

18 ulasan:

  1. salam

    di sepertiga malam saat meghadap kertas bebudak serawak ni,sayu hati cm membaca coretan pak itam,saya katakan kedai minuman itu umpama cinta pertama,kekal melekat hingga mati..kedai tu mengajar pak itam sepak terajang dunia perniagaan...masuk ke dunia bisnes sepeti kata perumpamaan.."kalau takut dilambung ombak.jgn berumah ditepi pantai"...sorang kawan,dia peniaga yg hebat dia bgtau saya "kalau takut rugi jgn meniaga'..BETUL KER cr????

    cR TELAH JUMPA PUNYA REZEKI cr,NABI PUN PENIAGA KATANYA 9/10 REZEKI DTG DR PERNIAGAAN.MOGA MENJADI PENIAGA MUSLIM YG HEBAT,AMIIIN...

    TREVELOG HAJI CL DAH ABIS,42 THN BERLALU LUM HABIS YER??? AT LEAST 42 EPISOD...

    SAMPAI SEKARANG SAYA HERAN CAMNER LAH BAHASA MELAYU BOLEH DPT 7,MENULIS MACAM NI BAGUS,SAHHHHH CIKGU MENANDA TGH KONFLIK RUMAHTANGGA,HAHHAHA..NASIB CR LERRR..

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam & CM,

    Asalamualaikum & Selamat Pagi buat cheq berdua dan geng2 yang bakal bersiaran selepas ini.

    Semalam selepas isyak dah tido dah, sbb terlalu letih tolong pak pengetua menyelia kontraktor pembaikan disekolah. Maklumlah sekolah lama, rosak sana sini. Tulah terkejar sana, terkejar sini.

    Pak itam, banyak juga rintangan yang cheq tempuhi masa meniaga ni ye.. Tulah membuat pak itam menjadi lebih matang dan waspada dalam perniagaan ni. Benar kata pak itam, Lagi besar “company” ,lagi besar penipu dan liat nak bayar”. Kita dah penah rasa tu, masa deorang nak dapatkan khidmat kita janji bukan main manis, bila dah dapat batang hidung deorang pun tak nampak. Klu bukan islam takpa jugak, tapi yang islam pun sama jugak.

    Kat sini supplier stationery banyak orang cina. Pekerja je melayu. Semalam saya ada bersembang dgn seorang pekerja supplier stationery yang dtg hantar barang, Dia kata memang takde orang melayu buat keje ni.Timbul juga idea nak ikut mcam pak itam, psl saya ramai kawan kat sekolah-sekolah seluruh Kuching ni.

    Alamak..pengetua dah panggil tu.. Tak boleh hilang sekejap, mulalah dia terjenguk-jenguk mencari tu..!! Saya menulis dalam kawasan sekolah ni, bawa laptop anak tadi. OK lah pak itam nanti kita sambung lagi.

    Saya bab-bab meniaga ni minat sungguh. Itulah nak minta idea dari kawan-kawan gak ni.

    pss. CM, teruskan perjuanganmu untuk masa depan anak bangsa. Bertuah dpt jadi guru ni. Besar pahala, kerana memberi ilmu pada orang lain.

    BalasPadam
  3. Tentu banyak giler pak itam kena tipu tu, mujur pak itam tak giler. Akak dulupun pernah kena tipu tapi RM20,000 je. Lepas tu muhassabah diri, mungkin sebelum tu tak pernah bayar zakat pendapatan. Itulah cara Allah nak mengajar kita. Skrg nie kalau org pinjam duit tak bayar2 tu, akak halalkan saja, dah bukan rezeki kita. nak buat apa di kecoh2 harta dunia yg tak seberapa.

    Setakat nie akak belum pernah jumpa/terbaca org yang boleh jadi kaya raya tanpa usaha keras. Semuanya ada jatuh bangun. Tu yg pelik sesangat kalau org kata boleh jadi jutawan tanpa buat ape2, cuma keluar modal ciput, lepas tu tunggu duit turun dr langit. Mcm tu pun ramai dok percaya.

    p/s Sentiasa menunggu pak itam bercerita

    BalasPadam
  4. Salam Pak itam ...

    Ader sambungan lagik ke tidak...nih..???

    Itulah kejayaan kita walaupun nampak macam gagal..hikmah dari kejadiah Allah ingin berikan yang lebih baik untuk kita....gembira bersama keluarga dalam mencari rezeki....
    Siang adalah masa untuk cari rezeki, Malam untuk keluarga, 1.3 malam lagi untuk Allah Taala..patuhilah janji Allah ini pasti hidup kita berumahtangga didunia ini aman damai tenang...insyallah..satu lagi nikmatilah hidup kita dalam agama masyarakat dan negara pula....itulah yg dapat saya simpulkan kehendak hidup kita ni CR..huhuu..sambung citer lagik tau

    BalasPadam
  5. Salaam CR,

    Banyak pengajaran yang saya dapat drpd pengalaman Pak Itam ni. Betuila, bukan senang nak senang kan? Ada sorang pakcik speaking London pernah berkata kepada saya "In business, before you can make a million, you have to be ready to lose a million first"...hmmm (saya telan ayaq lioq aje la..heh)

    CR, perkakas buat ayaq kat kedai lama CR tinggalkan camtu jer? Termasuk mesin pengisar ais ABC tu? Sayangnya :(

    VpeaceV

    BalasPadam
  6. salam cm

    penat , baru balik jb uruskan bisness .

    mmg sejarah dan cite kat kedai minum tu satu pengalaman yg indah buat pek itam, satu titik permulaan dalam kelangsungan hidup .

    bisness ni byk risiko, mmg betul, kalau takut rugi dlm berniaga, pi main jauh-jauh he he he

    rezeki yg Allah berikan pada kami melimpah ruah hasil dr perniagaan dan saya sgt2 bersyukur, kalau dapat sikit pun saya tetap bersyukur

    rasanya panjang lagi cite ni he he he tapi penat pulak rasanya

    masa tu takde penulisan kreatif dalam soalan SPM , semua berformat, tu yang kantoi
    psl sekarang ni penulisan cerita ni ni lahir dari hati pak itam , tak payah ikut format, he he he

    BalasPadam
  7. salam abg sulong

    awai tido he he he

    apa yang saya tgk sekarang ramai peniaga islam dah terikut-ikut rentak bukan islam tanpa memikirkan halal haram, semua dia belasah asal dapat duit.
    tapi mrk perlu ingat, org islam ada soal jawabnya di dalam kubur dan akhirat kelak, org kafir takde soaljawab, terus je kene belasah esok di akhirat dan dicampakkan ke dalam neraka

    maukah kita begitu ????

    tepuk dada tanya selera

    tapi , alhamdulillah saya masih berpegang pada asas2 agama islam
    nti saya selitkan sikit benda2 mcm ni dalam n3 lain

    mmg jarang ada supplier melayu yg berani ceburi bidang ni, psl modalnya besar dan kene berani bersaing dgn bangsa lain

    kat tempat saya , yg tinggal dari dulu spi sekarang yg jadi supplier dari org melayu kat sek.2 ni hanya syarikat saya je, yg lain semua bangsa c...
    alhamdulillah , masih dapat mengharungi segala rintangan dgn izin Allah jua.

    BalasPadam
  8. salam kak ina,

    bolehlah tahan , tapi kita kene redha dgn ujian Allah

    nak kata saya tak bayar zakat, setiap tahun bayar bermula dari kedai minuman lagi pasal dah cukup haul , tapi itu kan semua ujian Allah kepada hambanya, saya terima dengan hati yg terbuka dan redha walaupun ia pahit utk ditelan

    cite psl pinjam duit ni he he he
    nti saya selitkan dalam n3 lain psl byk kali kene hi hi hi

    mmg nak berjaya dan mengecapi kesenangan , kita perlu usaha dan bersusah payah

    tu yang saya sedih tgk ramai org melayu yg terjerumus dlm perniagan MLM dan system piramid krn nak cepat kaya tanpa berusaha, mereka selalu digula-gulakan dengan statment bank "pelesu" dan kereta2 mewah , semua hasil penipuan dari sistem yg mereka rancang sendiri

    yg kaya ialah penganjurnya, psl dapat kebas semua duit org ramai,

    kalau tak penat, saya akan menulis .
    insyallah

    BalasPadam
  9. salam shami

    alhamdulillah, sejak dari tahun 2001, saya dah punya banyak masa lapang dgn keluarga ,

    kalau dulu work hard, tapi sekrang work smart

    kalau dulu Allah SWT mengisi masa saya sepadat-padatnya , tapi kini Allah memberikan saya pula masa selapang-lapangnya utk saya mensyukuri segala nikmatnya dgn melakukan perkara2 yg sunat yg sepatutnya. Itulah , Allah Maha Penyanyang lagi Maha Mengasihani

    Alhamdulillah

    BalasPadam
  10. salam umi,

    semoga cite dan pengalaman saya ni boleh dijadikan iktibar dan pengajaran agar kita sentiasa mempertingkat usaha kita di dunia dan akhirat. "Dunia kita kejar, Akhirat kita kelek", insyallah selamat dunia dan akhirat

    semua saya tinggalkan
    antaranya peti sejuk 3 buah. mesin buat juice, mesin ABC dan semua kelengkapan dapur spt gelas (mug) claytan yg banyak jumlahnya, gelas juice yg cantik , rak2 jajan, dapur, periuk , 2 set bangku tambahan yg saya punya mcm
    kat mc donald tudan mcm2 lagi lah

    BalasPadam
  11. Salam

    dalam meraih kesenangan yang diberikan pastinya ada kesusahan yang dilalui.. kuat dan tabah serta sentiasa berserah pada Yang Esa akan membuatkan kejayaan itu sentiasa menjadi milik kita..

    hasad dengki, kena tipu, orang tak bayar.. dah memang menjadi asam garam berniaga.. selalunyer, bangsa kita sendiri yang buat tu semua.. mengaku diri islam tapi perangai.. subhanallah.. bak kata mat2 rempit.. 'perangai macam setan'.. tak boleh tengok orang senang..

    lagi satu part pinjam meminjam nie.. alahai, bila nak pinjam.. seluruh anggota badan lemah gemalai, merayu-rayu.. part nak bayar balik.. terus buat2 tak kenal kita.. apalah.. tak takut balasan kat akhirat agak nya..

    heh heh.. kesimpulan nyer.. bukan senang mau senang arrr..

    pssttt.. before umiazuddin bertanya dengan lebih lanjut.. cheq nak mintak dulu.. barang2 kedai yang macam 'mek dunal' tu bagi kat cheq je lah.. cheq nak ajak cm bukak kedai ayaq.. lepas ngajar cm bleh p jual ayaq.. cheq p malam2.. kira duit.. heh heh

    opsss.. terus menulis arr

    BalasPadam
  12. salam maal hijrah CR...

    aduh ketinggalan keretapi lagi , seminggu tu x baca , last2 dah episod kejayaan dah ...tak per lah mula2 baca tang susah2 dulu , pastu dah senang ok la tu.

    barang2 kat gerai tu lelong kat geng minat barang2 antik , tentu ramai peminat tu.nanti depa spray cat n tampal bunga2 lagi , he he he

    BalasPadam
  13. Salaam...

    Amboih kak ngah ni...kita baru warm up lari setempat, dia dah teruih pecut dulu nohhh!! hehe..

    Takpalah kakngah nak bukak kedai minum ngan CM pun baguih jugak, boleh kami pi lepak kat sana nanti...bagi diskaun adik-badik arr? Masuk buku tiga lima pun orait gaks...heh
    Tapi cheq nak chop mesin ABC Pak Itam naa? Cheq nak bukak gerai juai ais kepai kat kampung. Boleh? ;)

    Vpeacev

    BalasPadam
  14. salam kak ngah

    itulah realiti dunia hari ini, manusia semakin terhakis sikap2 kemanusiaan

    semuanya "dingap" tanpa memikirkan hak org lain, ingat "tembolok" sendiri je
    hak org lain di"persetankan"

    oooo kak ngah bab kire duit je he he

    cm, ABC satu , air batu taknak
    ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  15. salam kak ummi

    tinggal ketapi yakpa psl saya ni ketapi barang , jalan slow ngeh,ngeh,ngeh

    kak ummi balik kg seminggu ya

    BalasPadam
  16. salam

    mesin tu dh jadi sejarah dan arwah he he he

    BalasPadam
  17. Salam CR,

    Alahai terlepas gerabak keretapi sy nmpknya..dalam CR penat2 haa ambik dah masuk Part 11 hehe..sy br kesempatan nak bc Part 10 hehe

    CR, apa2pun sy mmg kagum dengan kegigihan dan usaha penat lelah Pak Itam & Mak Itam..now u deserve the best Insya-Allah..

    BalasPadam
  18. salam shima

    takpe, pak itam bawak keretapi barang , lambat sikit he he

    alhamdulillah, semua datangnya dari Allah SWT dan syukur sangat.

    BalasPadam