WARGA SCP

Khamis, Disember 17, 2009

42 TAHUN BERLALU : PART 11







Alhamdulillah, di hari yang mulia ini sempena sambutan tahun baru hijrah bagi umat islam, pak itam ingin memanjatkan rasa syukur yang tak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana sebenarnya pak itam telah dapat dan berjaya melakukan satu proses penghijrahan dalam diri pak itam . Walaupun tidak sebesar zarah sekalipun jika hendak dibandingkan dengan sejarah dan pengorbanan penghijrahan junjungan besar kita nabi Muhammad SAW, namun itulah yg telah tertulis buat pak itam sekeluarga.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi hijrah yang tetap ada adalah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa); dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.”

Dari insan yang tidak punya apa-apa , dengan izin Allah SWT dikurniakan sedikit kemewahan dan kesenangan. Penghijrahan kami mengikut lunas-lunas islam pada masa itu ternyata diredhai Allah SWT dan diberikan ganjaran yang tidak diduga..

Dalam konteks lebih luas, hijrah pada pak itam boleh diibaratkan sebagai perpindahan dari suatu keadaan kurang baik kepada keadaan lebih baik, daripada keadaan negatif kepada yang lebih positif.

Jika diteliti dan dihayati, konsep hijrah pada era dunia moden sekarang mengajak umat Islam untuk memanfaatkan pelbagai aspek kemajuan masa kini bagi mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Tetapi, tanpa sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil.
Itulah yang pak itam lakukan dahulu.
Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Allah memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha.

Firman Allah SWT:
“Bagi setiap seorang ada malaikat penjaganya dari hadapan dan belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya.”
(Surah ar-Ra’d, ayat 11 )

Justeru, umat Islam hari ini mestilah berusaha mempersiapkan diri untuk melakukan hijrah menuju kebaikkan. Dunia tidak akan menunggu suatu umat untuk sama-sama mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Golongan mundur biasanya sengaja mewujudkan halangan untuk cemerlang dalam hidupnya
Bagi golongan yang ingin maju, mereka sentiasa bersedia berhadapan dan berusaha untuk mengatasi segala hambatan dan rintangan seperti perasaan takut gagal untuk bersaing, sikap suka bertangguh, malas, banyak dalih dan banyak angan-angan.Oleh itu, beberapa aspek persiapan diri perlu dilakukan oleh umat Islam bagi mencapai kemajuan dan kejayaan iaitu,Kemantapan individu Islam yang beriman.

Sudah lumrah dunia, kita “dipandang sepi” apabila kita susah dan merempat, tapi apabila kita berjaya dan meraih sekelumit kesenangan “yang dipinjamkan “ oleh Allah SWT , lain pula pandangan mereka.

Hasil dari penghijrahan pak itam suatu ketika dulu sesungguhnya sungguh menginsafkan diri ini. Pak itam hanya insan kerdil di sisi Allah.

Namun , pak itam tetap pak itam yang dulu, pernah merasa susah payah, penat jerih melakukan pelbagai pekerjaan demi “satu penghijrahan” dalam menaikkan ekonomi umat islam amnya dan diri pak itam khususnya. Apabila kita berkemampuan, tentunya sebagai memenuhi rukun islam yang ke 4, menunaikan zakat. Alhamdulillah, pak itam dapat menunaikannya . Itulah salah satu dari niat yg tertanam dalam diri pak itam masa mula-mula berniaga.

Namun walaupun diberikan kemewahan , pak itam tidak segan silu dan sering membawa mobil buruk pak itam yg usianya hampir 19 tahun , tak segan dengan hanya bersinglet pagoda dan berselipar kerana itu semua “perhiasan dunia”

Anak-anak pak itam kami didik dengan tidak memanjakan mereka dengan kemewahan. Bukan pak itam lokek, tapi sebagai mengajar mereka cara hidup bersederhana dan tidak merosakkan minda mereka dengan kemewahan dan wang ringgit. Apa yang pasti, pak itam ingin mereka belajar dan berusaha bersungguh-sungguh . Semoga berjaya dalam pelajaran nanti.

Seringkali pak itam mengingatkan mereka, betapa diri mereka sungguh beruntung , hanya yang pak itam minta agar mereka menjadi anak yang soleh, taat akan perintah Allah dan berjaya dalam pelajaran mereka.

Dan sudah semestinya sedikit kesenangan ini bukan milik pak itam seorang. Ada bahagiannya untuk orang lain . Dan dalam memenuhi tuntutan itu, ramai juga rakan-rakan pak itam yang dibantu, tapi apakah balasannya , “diberi susu dibalas tuba” Pak itam tak minta apa-apa, sekadar memulangkan semula apa yang dipinjamkan sudah memadai.

Seorang cina yang "menjalani penghijrahan " dari agamanya kepada islam atau dengan ertikata lain “muallaf” pernah dibantu oleh pak itam untuk memulakan perniagaan atas rasa tanggungjawab membimbingnya . Dia tiada modal permulaan . Pak itam membantunya dari awal lagi . Pak itam bawa ke SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) untuk mendaftarkan perniagaanya, kemudian ke bank sebagai “sponser” untuk membuka account syarikat dan akhir sekali membekalkan segala keperluan yang diperlukan utuk diniagakan. Tapi apakah kesudahannya ,

Selepas itu dia mula melarikan diri dari pak itam,
Pak itam yang terpaksa melunaskan keseluruhan harga barang yang diambil ribuan ringgit kepada pembekal dan pak itam dianggap musuh kerana menagih hak pak itam. Itukah harga “sebuah pertolongan” yang pak itam dapat. Kita mesti ingat, setiap perbuatan keji kita di dunia pasti mendapat balasan setimpal dari Allah dan setiap perbuatan baik kita akan mendapat balasan yng setimpal juga. Itulah manusia yang tidak menjadikan islam sebagai perjalanan hidup. Mcm kata bidalan , “lembut gigi dari lidah” tapi akhirnya kita “digigitnya oleh gigi yang lembut itu ” aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, sakitnya

rupa-rupanya penghijrahan nya hanya untuk mengahwini seorang wanita islam.
hanya berhijrah pada jasad tapi bukan pada hati

Seorang lagi yang pernah dibantu juga oleh pak itam , sehingga sekarang masih tidak menjelaskan hutangnya . Barang yang dibekalkan untuk perniagaannya habis dijual, tapi liatnya untuk menjelaskan. Pak itam terserempak dengannya di Madinah pada tahun 2007 semasa ia mengerjakan haji. Terdetik dalam hati pak itam, bagaimana ia mengerjakan haji sedangkan hutangnya pada pak itam yang sepatutnya dijelaskan tidak dijelaskan. Bila ternampak kelibat pak itam, ia seperti teperanjat dan cuba melarikan diri. Masjid Nabawi menjadi saksi.
Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepadanya.

Sebenarnya kalau mahu dikira, ramai juga yang pak itam bantu untuk memajukan perniagaan mereka, tapi inilah balasan yang pak itam terima .
Mungkin bukan rezeki pak itam, tapi ingatlah bahawa “amalan kita tergantung” dan akan dipersoalkan diakhirat kelak . Mereka semacam tidak takut mati

Apakah kaitan peristiwa itu semua dengan pak itam .

Hijrah turut mengajak bagaimana memuhasabah dan menilai diri, hati dan jiwa serta usaha untuk memiliki sifat mahmudah (terpuji) seperti ikhlas, reda, sabar, amanah dan berperibadi mulia.

Pada masa sama menghindari sifat mazmumah (keji) seperti sombong, riak, dengki dan kikir untuk tidak diamalkan dalam kehidupan.

Selain itu, usaha mewujudkan perpaduan dan persaudaraan dalam hidup bermasyarakat, berbangsa dan bernegara perlu menjadi agenda, peranan dan tanggungjawab bersama untuk dilaksanakan dalam konteks kepentingan umat Islam sejagat.

Tapi umat islam yang sebegitulah yang merosakkan “keindahan islam sebagai jalan hidup” .

Semoga pak itam dan kita semua terus diberikan petunjuk dan hidayah .
Semoga pak itam dan kita semua sentiasa melakukan penghijrahan dalam hati dan diri kita semua kearah kebaikkan.

Berusahalah dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadat bersungguh-sungguh seolah-olah kita akan mati pada hari esok.

Jadi, lakukan sebaik mungkin di dunia dan di akhirat sebelum kita berhijrah ke alam akhirat yang kekal abadi.

Insyallah.

15 ulasan:

  1. Salam Maal Hijrah kepada Pak Itam sekeluarga.

    Betul tu Pak Itam, walau banyak mana pun amalan, tapi kalau tak selesai hutang kat dlm nanti tergantung. Akak jadikan kematian sebagai matlamat hidup akak. Maknanya, apa2 yg dibuatpun,ingat pasal mati sebab itulah permulaan kehidupan kita sebenarnya.

    Ganjaran Allah pastinya bersama-sama dgn org yang sabar & teranayia.

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,

    Sungguhpun banyak ingatan Allah kepada kita supaya meninggalkan segala yang dilarangnya, sungguhpun telah dinyatakan azab yang amat berat & menyiksakan andai kita tidak mematuhi perintahnya. Masih ramai juga hambanya yang berbuat zalim pada diri mereka sendiri.

    Sama-samalah kita berdoa semuga kita semua dijauhkan dari perbuatan yang boleh merosakkan diri kita sendiri,keluarga & seluruh umah. Amin.

    Wasalam.

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,
    Nak tambah sikit lagi ni..

    Bisnes memang sudah terserlah...

    Pak Itam ni bukan saja pandai menulis.. tapi pandai juga ambik gambar. Biew yang pak itam ambik tu, cantik-cantik belaka.

    Gambar yang cantik datang dari hati yang seni, manakala hati yang seni datang dari jiwa yang riang.

    Jiwa yang riang datangnya dari insan yang selalu dibelai dengan kasih sayang.

    Aaaa..yang part beri kasih sayang pada pak itam semestinya mak itam. ngeh..ngeh..ngeh..(pak itam ajar ni)
    Salam Bahagia "Happy Couple". Ceewah..macam orang bersajak pulak..

    BalasPadam
  4. salam maal hijrah CR..
    yer betul , walau segunung amal dilakukan tp pasti tersangkut kat tol mahsyar nanti hanya kerana hutang sesama insan , lum dikira hutang dgn Allah lagi ..
    mudah2 kita semua terlepas disana drpd penghisaban yg dahsyat ..
    اللهم حَاسِبْنِى حِسَابًا يَسِيرًا

    BalasPadam
  5. Salam CR,

    Semoga dengan kedatangan Tahun Hijrah yang baru ini kita sama2 berhijrah ke arah yang lebih baik I/Allah..

    Simpati dengan nasib yang CR lalui..memang sahih bukan senang nak senang..

    Sy puji cara CR mendidik anak2..terima kasih bbyk CR kerana sy byk belajar dari pengalaman CR utk mjadi hambaNya yang baik Insya-Allah..

    ops ini last episode ke? lain macam je hikhikhik

    BalasPadam
  6. Salam maal hijrah...CR..

    Semoga hijrah kita membawa kebahgiaan buat kita dunia dn
    akhirat

    BalasPadam
  7. salam maal hijrah buat kak ina sekeluarga juga,

    itu yg paling saya risau, takut berhutang dgn org tanpa disedari

    BalasPadam
  8. salam abg sulong

    amin, semoga doa kita diterima Allah

    BalasPadam
  9. salam abg sulong

    alhamdulilah, biasalah hidup berumah tangga, sebagai manusia , kita semua tidak sempurna. perkara2 kecil2 dlm rumahtangga jangan diperbesarkan, insyallah bahagia

    BalasPadam
  10. salam kak ummi,

    semoga hidup kita semua sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dari Allah

    BalasPadam
  11. salam shima

    semoga kita boleh ambil ikhtibar dan pengajaran darinya dlm memperbaiki diri dan kehidupan kita

    alhamdulillah, shima masih muda dan sentiasalah berusaha demi kebaikan

    ada 2-3 lagi n3 sebelum part 42 ni habis sebagai perkongsian

    BalasPadam
  12. salam shami,

    amin, semoga doa kita dimakbulkan

    BalasPadam
  13. Salam CR,

    semoga Allah membalasnya dengan keberkataan yang tidak terhingga.

    BalasPadam
  14. salam
    terlambat memberi komen tapi tak pe... tak de orang marah kan kan kan? hehehe

    anyway, hutang yang orang tak bayar tu kira saham kat sana nanti. Tinggal collect jer nanti hehehehe.

    BalasPadam