WARGA SCP

Sabtu, Disember 19, 2009

42 TAHUN BERLALU : PART 13


Untuk menenangkan perasaan yang tidak keruan pada masa tu, pak itam dan mak itam bercuti ke Perth untuk beberapa hari . Pada masa tu , kami rasa tiada rezeki buat kami . Namun doa dan solat hajat tetap dilakukan kerana Allah maha mengetahui dan merencanakan segala perjalanan kami.


pak itam dgn mak itam tgh berendut sambil menenangkan fikiran

Sekembali kami dari Perth, kami menerima sepucuk surat dari THTS untuk tujuan pemotongan bayaran, tapi masa tu masih belum confirm lagi dapat pegi tapi rasa hati dah seronok sangat dan terus berdoa dan mengharap.
Sambil menunggu surat pengesahan rasmi , hanya Allah yang tahu bagaimana gelodak jiwa dan hati kami. Kalau nak pegi cuti tempat lain ke luar negeri, perasaanya dan jiwanya tak akan sama dengan nak pergi ke tanah suci.


Alhamdulillah,
Surat yang dinanti-nantikan "bagai menunggu bulan jatuh ke riba" diterima dua hari sebelum hari raya puasa bagaikan satu keajaiban buat kami. Apabila melihat saja surat yang berlogo LUTH, hati pak itam dah melonjakkan kegembiraan walaupun surat tersebut belum dibuka

Bisik pak itam dalam hati “Alhamdulillah, Allah maha mendengar dan memakbulkan permintaan kami” panggilan telefon menyatakan kegembiraan segera dikhabarkan pada mak itam.

Alamak, kami masa tu kelam-kabut kerana 2 hari lagi sudah nak bercuti raya. Kami segera terus ke pejabat LUTH daerah untuk segala urusan termasuk urusan passport. Pegawai disitu terperanjat kerana kami disenaraikan mendapat jemputan dari Allah pada masa semua nama jemaah telah disenaraikan pada tahun itu, “big boss” kat cawangan tu meminta pegawainya untuk menyelesaikan segala urusan secepat mungkin, Cuma satu je yang pak itam terkilan dengan sikapnya kerana memandang sesuatu kejadian itu dengan sebelah mata tanpa menggunakan ketiga-tiga matanya iaitu 2 biji mata dengan mata hati

Katanya kepada pegawainya “ awak uruskan semuanya dan bagi segala buku panduan haji , nanti takut pergi sana tak tahu buat apa-apa, terkebil saja di bilik hotel”

Sepatutnya sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan agama, kita tidak boleh memperlekeh dan memandang orang lain sebagai orang yang jahil . Itu riak namanya.
Pak itam biarkan saja perkara tersebut , detik hati pak itam” biarlah aku dipandang jahil di mata manusia , jangan aku dipandang jahil di sisi Allah , sudahlah”

Pagi tu juga kami pergi ambil gambar untuk urusan passport haji , dan esoknya kami perlu melakukan ujian perubatan di hospital daerah. Kerana terlalu gembira dan “excited”, pak itam malam tu tak boleh tidur, kalau dapat untung sejuta ringgit pun pak itam tak segembira macam pak itam tahu pak itam dijemput menjadi tetamu Allah. Sukar untuk digambarkan.

Akibat tak cukup tidur, pemeriksaan pak itam untuk tekanan darah “kantoi” 180/120. Mak itam semua ok. Akibatnya ditandakan merah dalam buku kesihatan tu. Pak itam dikehendaki memakan ubat darah tinggi dan perlu melakukan pemeriksaan setiap hari .
Risau masa tu tak terhingga, masa sambutan hari raya , pak itam tak berani makan daging banyak. Nanti “kantoi” pulak bila diperiksa.

Alhamdulillah, tekanan darah kembali normal dan akhirnya pak itam disahkan sihat untuk mengerjakan haji . Namun kecederaan lutut pak itam kembali seminggu sebelum kami pergi. Masih boleh berjalan seperti biasa, tapi agak tidak selesa apabila duduk antara dua sujud di dalam solat. Terkenang kembali kecederaan yang menimpa pak itam tahun 1997 di mana pak itam dikejarkan ke hospital akibat “koyakan ligament lutut” semasa dalam pertandingan yang akhirnya pak itam terpaksa mengucapkan “selamat tinggal” dan “sayonara” pada sukan sepak takraw.

15 ulasan:

  1. Salam CR,

    Perth? best kan peri perth. az menyambut ulang tahun perkahwinan pertama kali kat perth dengan memberi bunga kepada mrszain buat pertama kalinya juga hehehehh. otu semuanya disebakan tarikh 9 ids berada di sana.

    betul tu biar Allah yang menentukan keimanan kita, Sesungguhnya bukan mata yang buta tetapi hati di dalam dada

    BalasPadam
  2. salam az,

    perth tenang dan mendamaikan . tapi tetap tak boleh lawan kehebatan 2 tanah suci seperti yg dijanjikan oleh Allah.

    tentu byk kenangan kat perth pada AZ he he he

    itu lumrah dunia az , kesimpulannya jangan pandang org lain sebelah mata

    BalasPadam
  3. Salam.Lama mamaju tak masuk,i kena cover baca dari 15hb punya,banyak pengajaran yg dpt difikirkan. Selamat semuanya dan muga bertambah r
    ezeki!

    BalasPadam
  4. salam CR

    antara ujian pada yg berlatarbelakang pendidikan agama ialah seringkali memandang orang biasa dengan pandangan sebelah mata,lebih byk mengkritik dari membimbing,adakah tanpa kopiah atau berjubah seperti mereka kita semua jahil dan dunggu,?benar kata CR biar kita kita berilmu disisi Allah,kerana Allah penilai terhebat .tidak perlu penilaian dr manusia,dakwah perlu hikmah,jaga mulut dan tutur bicara,barulah pendakwah dirapati..

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam,

    Perth, jauh tu.. best lah dapat jalan-jalan negara orang. Jauh perjalanan - luas pemandangan - banyak pengalaman - meningkat pengetahuan.

    Geli hati bila baca "tak boleh tido". Mana tak seronok pak itam, kalau dapat jemputan jadi tetamu Allah.

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam,
    Allah mak, nama anak pulak keluar.Tadi anak selepas guna komputer tak log out , itulah keluar nama dia. Minta maap pak itam, komen yang atas nama mohd.aliff tu komen abangsulung le.

    BalasPadam
  7. salam mama ju

    enjoy reading
    alhamdulillah

    BalasPadam
  8. salam cm

    kekadang org yg berilmu memandang org lain sebegitu, semoga kita tidak tergolong dlm golongan tersebut

    moralnya jika kita ada kelebihan tak kira dr segi apa sekali pun, jgn memandang rendah pada org lain

    BalasPadam
  9. salam abg sulong

    ngeh,ngeh,ngeh

    nasib baik mohd aliff, kalau timah ke, joyah ke keh keh keh

    hobi saya mmg suka melihat dunia dalam presfektif pandangan saya , melihat ciptaan Allah SWT

    BalasPadam
  10. salam CR...
    tiada bahasa seindah segala2nya , nk digambarkan bagaimana persaan hati bila dpt anugerah dr Ilahi sebagai tetamuNya...akak pun dpt menyelami hati dan persaan CR n isteri pd saat2 menerima berita tu.

    setuju sangat pendapat AZ n CM ,tentang pandangan rendah seseorg pd mata kasar aje..
    belum tentu yg berpakaian #&*()*& arif semua dlm bidang keagamaan...

    BalasPadam
  11. CR...seronok baca catatan2 CR ptg2 hari Ahad dlm kedinginan salji lebat di Paris ni. Byk iktibar yg dipelajari, alhamdulillah.

    Pelik ye, kenapa boss TH berkata begitu...mungkin bergurau, tp takkanlah bergurau dgn pelanggan yg bakal jd tetamu Allah kita bergurau sebegitu pedas sekali...ntahlah, common sense is not common noawadays kot :((

    BalasPadam
  12. Salam CR,

    Entah kenapa baca Part 13 nie rasa sedih plak tetiba..Mcm dengar cerita dari seorang ayah pulak tp rasanya CR muda lagi nak dipanggil ayah.tersentuh pulak hati..

    Betul kata2 rakan2 yg lain..jangan menilai orang hanya dari luaran dan jgn sesekali memperlekehkan keupayaan orang lain..Insya-Allah semoga sy dan yang lainnya tidak tergolong dlm insan2 sedemikian..

    Perth? Sy mmg ada cita2 nak jejakkan kaki ke sana..tp blum ada rezeki laa CR huhu

    BalasPadam
  13. salam kak ummi,

    mmg tidak dapat digambarkan hati dan jiwa masa tu, Allah je yang tahu

    BalasPadam
  14. salam im,

    salji he he he
    cuma letak sirap dgn kacang dan cendol , boleh buat ABC

    biarkanlah im, memang begitu sikapnya rasanya kerana semasa kursus haji bersiri pun , dia mmg suka menyindir terutama pada bakal jemaah yg tua2 . Semoga Allah memberi pentunjuk agar "cara penyampaian" nya lebih diplomasi dan berhemah.

    BalasPadam
  15. salam shima

    muda lagi , baru masuk 24 kalau diterbalikkan 42 ngeh,ngeh,ngeh

    setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan

    perth very nice city, tak sibuk dan mendamaikan , insyallah
    1 hari nti sampailah shima nti ke sana.

    BalasPadam