WARGA SCP

Isnin, Disember 21, 2009

42 TAHUN BERLALU : PART 14

inilah matlamat ku


yang lain hanya keperluan


sebagai tanda kenangan yg masih tersimpan rapi


Sambutan hari raya tahun ini sangat bermakna bagi ku, aku segera mengkhabar berita gembira kepada ibu ku. Rasa tak sabar untuk menjadi tetamu Allah , bukan kerana gelaran "haji" atau "hajjah" yang kami kejar, tapi kerana insyallah, kami dapat menyempurnakan rukun Islam yang ke 5 yang menjadi idaman setiap umat islam. Itulah ketentuan Allah bagi kami, sehingga kursus haji perdana, kami tetap mengikutinya walaupun keputusan samada kami terpilih menjadi tetamu Allah masih samar lagi. Alhamdulillah.Itu yang membingungkan pegawai di LUTH, mengapa kami disenaraikan disaat-saat akhir , tapi jawapannya mudah saja " kuota Allah SWT"

Segala apa yang kami ikuti melalui kursus haji bersiri akan kami gunakan di sana disamping pengetahuan sedia ada yang ada pada kami. Yang pasti kami sentiasa memohon kepada Allah setiap malam agar perjalanan kami di sana nanti dipermudahkan, diberi kesihatan yang baik dan dapat menyempurnakan segala rukun dan wajib haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur.

Dalam masa sebulan lagi sebelum bertolak, segala urusan kerja dan perniagaan telah diatur. Kepada staff ku, segala amanah diberikan kerana bulan Disember merupakan "waktu puncak" untuk perniagaan ku .

Segala keperluan sekolah perlu dihantar untuk persediaan tahun baru yang akan menjelang. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Banyak keperluan dan buku akan tiba dari pembekal. Tapi fikiran dan jiwa ku tiada lagi di sini. Apa yang nampak di mata dan terbayang di hati ketika itu ialah kenikmatan beribadat di tanah suci Madinah dan Makkah saja.

Selain meninggalkan kedua anak kami dan perniagaan, kami juga akan meninggalkan 14 ekor anak angkat kami . Jadi makanan anak angkat kami iatu kucing juga tidak ketinggalan untuk stok 2 bulan kerana kami akan berpemergian hampir 45 hari.

Seminggu sebelum kami bertolak, segala alatan dan perabut ditingkat satu di rumah telah dikemas dan diletakkan di tingkat 2 , sebagai persediaan sekiranya berlaku banjir. Kejadian banjir hujung tahun 2006 dan awal tahun 2007 telah meninggalkan kesan "trauma" kepada kami.
Selebihnya kami berserah kepada Allah .

Segala bil-bil yang perlu dibayar juga kami bayar dan "advanced" sebulan lagi. Kami tidak mahu perkara-perkara sebegini menggangu konsentrasi kami di sana nanti.

Fail-fail penting berkaitan perniagaan dan apa jua yang berkaitan , aku letakkan ditempat yang senang ditemui. Itu semua sebagai persediaan kepada waris ku andai kata pergi ku tidak kembali lagi . Segala apa yg perlu telah kami maklumkan kepada waris kami .

Sebenarnya pak itam banyak pergi ke luar negara, tapi pemergian kali ini tak sama . Pemergian kali ini di isi dengan roh dan jiwa yang tidak dapat digambarkan.

Kalau nak pergi cuti keluar negara, rancang, beli tiket dan booking hotel, esok dah boleh terbang.
Tapi pemergian kali ini sememangnya sudah tertanam dalam hati dan jiwa bertahun-tahun sebelumnya sehingga ianya menjadi kenyataan. Pak itam bernazar, sekiranya dapat menunaikan fardhu haji tahun ini juga, pak itam akan melakukan tawaf sebagai nazarnya.

Alhamdulillah, rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kami membolehkan kami mengunakan pakej 2 orang sebilik sepanjang kami di sana. Tapi itu semua hanya "keperluan". apalah sangat keselesaan yang kami akan terima jika hendak dibandingkan dengan syurga Allah yang menjadi matlamat kami . Tujuan utama ialah untuk beribadah . Cuma kami diberikan rezeki untuk menikmati sekelumit kenikmatan dan meraikannya dengan tujuan utamanya ialah beribadat.

Rasulullah pernah bersabda :

"ORANG LELAKI DAN PEREMPUAN YANG ENGGAN MEMBELANJAKAN HARTA PADA PERKARA YANG DISUKAI ALLAH, MAKA MEREKA AKAN TERPAKSA MEMBELANJAKAN HARTA PADA PERKARA YANG DIBENCI ALLAH. BARANGSIAPA YANG MENANGGUHKAN PERGI HAJI KERANA INGIN MENYELESAIKAN PERKARA DUNIA, MAKA DIA TIDAK AKAN DAPAT MENYELESAIKAN PERKARA TERSEBUT SEHINGGA DIA SENDIRI MELIHAT ORANG PERGI HAJI KEMBALI DARI HAJI. BARANGSIAPA YANG ENGGAN MENOLONG SAUDARANYA YANG MUSLIM UNTUK PERKARA KEBAIKAN, MAKA DIA AKAN TERPAKSA MENOLONG ORANG LAIN UNTUK PERKARA KEJAHATAN YANG MANA DIA TIDAK AKAN DAPAT GANJARANNYA"

11 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,
    Perkara naik Haji, adalah satu urusan besar pada setiap yang muslim. Mungkin ada setengah orang melihatnya mudah, tapi hakikatnya sungguh besar. Ianya pekerjaan melibatkan kehidupan dunia & yang lebih penting di akhirat nanti.

    Sedangkan ujian-ujian didunia ini kita tidak boleh tanggung, apalagi diakhirat kelak. Amat besar ganjaran mengerjakan haji ni, kalau kita kupas betul-betul. Inilah salah satu bekalan besar, bila kita kembali ke kampung halaman kekal abadi kita nanti.

    Heh..heh..heh.. Saya pun masih simpan juga semua peralatan masa naik haji dulu.

    ..kesian CL,memang dia bermain dengan perasaan masa ni, rindu kat Kaabah..

    BalasPadam
  2. Salam AR.pengalaman di Mekah memang susah nak hilang.bilalah nak dapat kesana lagi...

    BalasPadam
  3. Salam CR..

    Yang dah pergi..rindu bagai tak sudah
    Yang belum pergi cam saya ni baik umrah atau haji....huhuhu
    Mengubat rindu saban malam bertahjuj kepadaMu ya Allah
    ..usha ...mohon mudah-mudahan ..ada rezeki dn ruang utk saya dan suami untuk kesana...
    Anak yg bongsu hari2 tanya saya hari apa kita nak p umrah...mama..huhuuhu ..
    nak legakan hati sendiri dn jawap soalan tu saya cakap jerlah dengan dia..adik doalah moga mama n baba ada rezeki bole bawa adik ngan abang2 p umrah..cepat,....heheheh

    BalasPadam
  4. salam abg sulong,

    mmg betul apa yg abg sulong katakan, krn kita tak tahu , bila kita akan dijemput menjadi tetamunya di sana, takut nanti kita dipanggil kembali ke negeri akhirat sebelum kita ke tanah suci. Jadi gunakankan kesempatan dan peluang yg sebaik mungkin bila dijemput menjadi tetamunya, yg lain serahkan pada Allah.

    BalasPadam
  5. salam mama ju

    memang kekal dibawa sehingga ke mati

    BalasPadam
  6. salam shami

    insyallah, jgn berputus asa
    berusaha, berdoa dan bertawakkal

    insyallah, satu hari nti Allah akan menjemput shami dan keluarga ke sana

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam,

    Bagus betul perancangan Pak Itam,
    Sediakan payung sebelum hujan..

    BalasPadam
  8. salam shima,

    kita hanya merancang je, Allah yg tentukan. Tapi sebagai manusia, kita kene rancang, tak boleh serah bulat2 kepada takdir, selebihnya biar Allah yg tentukan setelah merancang dan berusaha. Benda ni boleh diaplikasikan dlm kehidupan seharian kita.

    ok, kala bulan mengambang mlm ni, last episod 42 tahun berlalu

    BalasPadam
  9. Salam CR,

    az pergi haji ketika berumaur 30 tahun. kerana apa? sebab az dah kena diabetis. Oleh kerana itu, tidak tahu apa yang berlaku kerana konplikasi diabetis itu amat teruk, maka az memnpercepatnya. Masa tu cuma 5k sahaja. setahun kumpul duit dalam tabung haji udah boleh pergi dengan menabung RM500 sebulan. Alhamdulillah

    BalasPadam
  10. salam az,

    alhamdulillah , az menjadi tetamu Allah ketika masih muda belia lagi, masa tu kos rendah, sekarang saban tahun semakin naik, kesian kat org2 kampung yg keje siang malam membanting tulang mengumpul duit utk ke sana. Mungkin satu hari nti, harga muassasah akan sampai 15 - 20 ribu bila semua hotel dan kawasan berhampiran masjidil haram telah siap.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum,

    Pak Itam, saya amat tertarik dgn cerita pak itam,boleh tak kita berjumpa krna saya ingin belajar dgn pak itam berkenaan perniagaan ini. saya pun duduk di kota tinggi.itupun kalau pak itam tak keberatan.terima kasih.

    h/p 0197171780 man

    BalasPadam