WARGA SCP

Selasa, Disember 15, 2009

42 TAHUN BERLALU : PART 8

Sorry , hari ni n3 seperti dijanjikan kala bulan mengambang lambat sikit he he he
Bukan apa , pak itam tadi bawak mak itam dgn anak2 tengok lampu kat Temasik a.k.a Singapore. Lama dah kami tak tengok lampu , ia lah, kat umah kami pakai lampu pelita je
he he he
Lepas asar, set navigator jom pi tgk lampu. Tadi kul 12.00 malam juga kami baru sampai ke rumah.

Tapi nak kena sambung part 8 ka ngeh,ngeh,ngeh . Penat menulis ni he hi hi










Masjid yg berdekatan orchad road, kami solat kat sini tadi , jenuh juga cari.penat jalan
tapi masjid dia dalam bangunan, bukan macam tempat kita



Banyak lagi gambar kami ambik kat sana, tapi esok2 lah pak itam upload psl esok sebelum subuh nak kena bangkit, nak masuk hutan. Kesian tapir dan badak serta ayam hutam tu hi hi hi


2-3 tahun berlalu tanpa pak itam sedari . Setelah habis pak itam ranjau dan redah sekolah-sekolah di daerah pak itam, pelanggan pak itam semakin bertambah sedikit demi sedikit.

Pak itam menawarkan harga yang sama dengan “pesaing” walaupun kemungkinan barang yang pak itam dapati dari kilang pembekal agak tinggi sedikit, namun pada masa itu, bukan keuntungan dan pulangan yang besar yang pak itam cari, tapi lebih kepada “marketing”. Pak itam cuba menghantar barang yang dipesan secepat mungkin. Hari ni mereka order , esok dah “deliver” walaupun setiap hari pak itam sangat keletihan.

Jarak pergi balik ke JB termasuk menyinggah ke sekolah-sekolah. Lebih kurang 200 km sehari perjalanan pak itam. Pejabat pak itam dalam kereta ,“mobile” mcm hand phone. Masa pak itam bersama keluarga pada masa itu sangat terhad. Hampir jam 9-10 malam baru pak itam berada di rumah.Sampai rumah anak-anak dengan mak anak dah tidur. Makan dan rehat pak itam tidak menentu. Solat pak itam di masjid dan surau di tepi jalan. Pukul 10.00 malam, baru pak itam jumpa nasi kat rumah.

Pak itam terfikir, “takkan kesudahannya begini”. Lalu pak itam pun mula melakukan pembelian barangan dalam kuantiti yang sederhana, dan rumah pak itam menjadi stor barangan tersebut di tempatkan.

Strategi pemasaran semakin giat pak itam jalankan. Kalau mula-mula , hanya alatan keperluan pejabat, tapi apa keperluan sekolah, semua akan pak itam usahakan. Dari penyapu, tong sampah, ABM , hingga ke benda yang pelik-pelik yang mereka pesan.Sampai ikan emas untuk akuarium pun pak itam jual. Nasib baik tapir dengan ayam hutan mereka tak order.

Jika mereka bertanya “ada tak barang ni " , pantas pak itam jawab “insyallah ada , semua ada” , dah mcm berniaga “barangan serbaneka” bak kata orang”mak bapak je tak jual”

Tapi masa tu dan sekarang ni pun, pembelian pihak sekolah dalam bentuk L.O(local order) dan tidak dibayar secara tunai. Ikut suka merekalah bila nak bayar dan dibayar dalam bentuk cek.Hanya pembekal barangan sekolah yang berani je , boleh berniaga di sekolah kerana pihak sekolah “berhutang” mcm masuk buku tiga lima tu

Dalam pada tu, pak itam dah mula mencari kedai di bandar untuk disewa. Untuk menyewa di tgh bandar agak mahal sewanya, jadi pinggir bandar menjadi pilihan . Kedai 2 tingkat dan menjadi pejabat . Dengan bermodalkan hampir RM 30,000 utk permulaan, segala barangan pak itam pesan secara tunai dan dijadikan stok. Dalam pada tu , pak itam mula memohon lesen Kementerian Keewangan dan Taraf Bumiputera sebagai persediaan akan datang. Dari situlah sejarah nama REZEKI ……. bermula

Kedai inilah menjadi rumah kedua Pak itam. Pak itam sekarang tidak perlu terlalu kerap berulang alik ke kilang pembekal. Namun seperti yang pak itam katakan dulu , perniagaan pak itam masa ni D.I.Y tapi istilah pak itam S.A.B (semua aku buat , one man show) , setiap lepas waktu isyak, baru pak itam bertolak balik ke rumah yang jaraknya 65 km .

Memang kepenatan sangat terasa , namun Allah je yang tahu. Dalam pada tu , buat permulaan ni, dah hampir 10 sekolah menjadi pelanggan pak itam, walaupun pesanan mereka hanya 10 % dari peruntukan yang mereka terima.

Itu lebih baik dari tiada langsung. Yang penting, kepercayaan mereka menjadikan pak itam salah seorang pembekal kepada mereka, itu yang penting.
Bukan senang dapat kepercayaan orang, tapi kalau dah dapat , jangan "dinodai" kepercayaan tersebut. Buruk padahnya . Begitu juga dalam hidup berumah tangga.

Sekali orang tak percaya, sampai mati pun mereka takkan percaya.

Alhamdulillah, mak itam tak pernah tanya pun, mana pak itam pegi, siapa pak hitam jumpa, apa pak itam buat. Itulah sifat isteri ku. Jalan mesti betul, jangan nak menyimpang ke arah lain.

Dalam pada tu , pak itam dah mula melakukan pemasaran di pejabat pelajaran daerah dan jabatan pelajaran setelah lesen kewangan pak itam dengan taraf bumiputera lulus. Masa tu nak mohon lesen sangat sukar. Mesti mempunyai premis perniagaan tetap dan sekurang-kurangnya RM 10,000 – RM 15,000 dalam "account" dan "account" bank mesti aktif. Ada urusniaga “keluar dan masuk” Kontrak pertama yang pak itam dapat ialah “stok dan tagging” peralatan computer dan yang sewaktu dengannya untuk semua sekolah seluruh daerah . “Alamak , aku takde pekerja, macam mana nak buat, takkan sorang-sorang larat ni”

Setelah berbincang dengan rakan pak itam yang mengendalikan projek yang sama di sebuah daerah lain, dan atas pertolongannya, 7 orang pekerja sambilan pak itam ambil untuk melaksanakan kontrak tersebut mengikut tarikh yang ditetapkan dengan pemantauan pak itam. Alhamdulillah, semua dapat dibereskan dengan sempurna.

Kontrak tersebut secara tak langsung memberikan pak itam peluang untuk membuat pemasaran ke sekolah-sekolah seluruh daerah bagi barangan lain yang pak itam jual. Dengan bermodalkan kepakaran pak itam, sebuah “profile” syarikat yang lengkap di buat untuk diedarkan ke sekolah-sekolah semasa kami melakukan proses “tagging” tersebut.

Aktiviti perniagaan di kedai minuman masih berterusan . Segala kepenatan mental dan fizikal , pak itam pendamkan dalam hati.Dalam hati dan kepala pak itam, hanya Allah sahaja yang tahu. Senyuman dilempar dalam seribu satu kepayahan, keperitan dan kepenatan di dalam hati dan naluri yang hanya Allah saja yang tahu. Namun untuk pak itam berundur dan menyerah kalah, tidak sesekali…
sekali melangkah, pak itam akan terus melangkah dengan izin Allah.

“kalau nak maju, kena jalan ke hadapan, jangan jalan ke belakang “
dan pak itam bukan saja jalan ke depan, pak hitam siap jalan ke kiri, ke kanan dan ke atas juga dan ada kali jalan macam “orang mabuk” kerana kepenatan ngeh,ngeh,ngeh
ke bawah je pak itam tak jalan, kalau jalan ke bawah , hi hi hi “lu fikirlah sendiri”


Langkah perjalanan perniagaan pak itam bertatih setapak lagi ………..

ALLAHUAKBAR
ALHAMDULILLAH

24 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Pak Itam, Navigator tu dalam JLL kan. Maknanya JLL tu keta pak itam lah ye. Meriah sungguh Temasik malam ni ya pak itam. Macam-macam style perhiasan lampu dinegeri Hang Nadim tu.. Byk ke beli lampu pak itam..?

    Kalaulah pak itam di Kuching ni,misti banyak barang yang saya order dari Pak Itam sebab saya jaga keperluan & stok sekolah.
    Barang kali Tapir & Ayam Hutan (klu di Kuching Ayam tu Manok) saya order sekali.

    Apa-apa pun, teruskan perjuanganmu wahai sahabat. Setiap perjuangan mesti ada pengorbanan. Dan setiap pergorbanan mesti ada ganjarannya.

    Kami semua mendoakan kejayaanmu.

    ..aku masih berfikir ni, siapakah puteri bulu lemang tu..kot-kot orang bunian tak..Mak datuk..anak cucu tumpang menulis ni..

    saya ada hantar email tadi, yg muka putih tu pak putih & mak putih. heh..heh..heh..

    BalasPadam
  2. Salam CR

    Terasa penat membaca coretan CR kali ni,penat sungguh,terkejar2 ke sana-sini,waktu mcm ni urusan rumahtangga diuruskan sepenuhnya oleh mak itam,tanpa tolak ansur,kepercayaan,persefahaman boleh gaduh u,bertuah memiliki isteri yg menjadi pendorong terbaik dalam mendaki puncak kejayaan.Tak senang nak senangkan,...

    saya doakan CR lebih berjaya dihari depan dan menjadi muslim businesman yang berjasa pada agamanya...Insyaallah

    BalasPadam
  3. salam CR

    alahai terlupa,masa mula2 meniaga dulu,mesti tak sempat nk bawak anak isteri tengok lampu kan.Ayah asyik tengok lampu jalan jer...hehehe

    BalasPadam
  4. Salam,

    cantiknya lampu2 tu, subhanaAllah, yer ler kat tempat az pun pakai pelita ngeh ngeh ngeh.

    Alhirnya abangsulobng tahu juga JLL tu apa yer.

    CR, ari ni az ke mersing nak cari jering kot

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam...

    Alhamdulillah dah masuk part 8..siri nur itam...keh..keh..keh

    Satu penceritaan dan motivasi yang baik untuk kami semua peminat siri nur itam...

    Penat kat dunia tak apr..asal senang kat akhirat..kan...
    Mak itam ada disisi yg penat ada yang mengisi hati sanubari kan...
    Teruskan usha pak itam...kami semua sokong usha pak itam..tuh...hehheh

    BalasPadam
  6. Bukan senang nak senang. Berbaloi-baloi pengorbanan Pak Itam & mak Itam. Dr pemerhatian, byk org Melayu bila baru nak naik dlm perniagan dah mula tukar kereta (selalunya Merc) dan hias pejabat cantik2. Lepas tu kantoi.

    Akak pernah nasihatkan seseorg yg dekat dgn akak supaya menyimpan hasil berniaga. Tapi dia pi beli Merc dan katanya bila lagi nak merasa. Dia mmg pandai cari duit tapi tak pandai simpan. Lepas tu Merc dah tak nampak lagi dah.

    BalasPadam
  7. Salaam CR,

    Susah nak bayangkan Pak Itam buat semua kerja tu sorang-sorang, one man show gitu. Ahli silap mata kat magic show pun ada pembantu..heh

    Berat mata membaca, berat lagi bahu memikul. Aduyai, penatnya Pak Itam & Mak Itam.

    Alhamdulillah, sekarang dah boleh relax sikit dan enjoy lampu liplap-liplap bersama keluarga. :)

    Semoga CR terus berjaya dalam bisnes dan memperoleh rezeki yang berkat. Amin.

    VpeaceV

    BalasPadam
  8. Dear Rezeki.
    Teringin jugak nak pergi Singapore bawak budak2 jalan tapi jauh pulak rasanya. Last sekali Uncle pergi rasanya dah 35 tahun sudah dan masih beli lychee kat sana...pergi dengan rombongan W.I. mama!

    BalasPadam
  9. Salam CR,

    Tunggu Part 9 plak hikhik

    BalasPadam
  10. salam,
    seronok baca kisah CR.
    wah meriah ye lampu kat s;pore..
    teringat last year kat sana 2-3 hari before krismas...meriah sgtt dgn christmas sale..orchard road pack gila...dan cantik hiasan2 nya.

    BalasPadam
  11. salam abg sulong,

    JLL tu "jgn lupa limah" limah mana lah pulak tu keh keh keh

    tk atas doa mu, semoga kita semua dibawah kerahmatanNYA jua

    puteri buluh lemang tu hi hi hi
    biarlah rahsia, tapi berombak pantai bila dia terjun tiruk ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  12. salam cm

    kalau cm terasa penat membaca, saya ni pun penat juga, penat nak bercerita ngeh,ngeh,ngeh

    tapi itulah hakikat keperitan dan kepenatan yg saya tanggung dulu

    mmg semua urusan rumah dan anak2 , mak itam yg uruskan, tapi almahdulillah , semua dpt uruskan dengan baik

    tk kasih atas doa mu, saya juga mendoakan cm berjaya dlm bidang perguruan, mana tahu boleh jadi pengetua suatu hari nti

    BalasPadam
  13. cm

    ia tak ia, dulu asyik tgk lampu jalan je , takde masa nk bersenang lenang dgn anak2

    BalasPadam
  14. salam az,

    manjat kok jering bebaik, dapat sepundi dua, turunlah he he he

    BalasPadam
  15. salam shami,

    terima kasih atas sokongan moral
    semoga dunia dan akhirat , dua-dua kita dapat , insyallah

    BalasPadam
  16. salam kak ina,

    itulah sikap sesetengah usahawan dan peniaga melayu, baru nak naik semua nak ditukar dan yg baru, sampai bini pun nak yg baru

    sepatutnya duit keuntungan digunakan utk membesarkan lagi modal ,

    spi sekarang saya masih pakai kete proton tu dan masih ada dlm simpanan

    nti saya buat n3 khas buat proton kesayangan saya tu

    BalasPadam
  17. salam umi,

    kalau cite kat org, prg pun sukar nk percaya

    dulu kalau angkat kertas yang warna kuning tu, 1 ktk 10 rim , sesaje je ,

    namun 1001 kepenatan semakin menaikkan semangat utk lebih maju

    tapi sekarang dh boleh relax dan banyak masa dengan mak itam, pasal anak2 semua duk belejar kat luar

    tk atas doa mu, doa juga buat saya utk umi

    BalasPadam
  18. salam uncle

    waduh-waduh, lama sgt tu dong, 35 tahun

    mmg masa dulu kalau org masuk singapore, mesti beli lyche dlm tin

    dulu masa duduk kat tg puteri, arwah ayah selalu pegi naik motor ke woodlands, hanya nak beli lyche

    kalau ada masa uncle boleh bawak anak2 ke sana, tapi tulah, kalau dr kl jauh sangat

    BalasPadam
  19. salam shima

    part 9 dh siap , bukan susah sgt nk mengarang pasal semua cite itu ada dalam hati dan kepala pak hitam

    ia akan kekal selamanya dlm sanubari hingga ke akhir hayat

    mcm biasa, bulan mengambang, menjelmalah ia, he he he

    BalasPadam
  20. salam catz,

    alhamdulillah, tk

    mmg meriah semalam, tapi tulah, kami spi kat kul 7.30 mlm, cari masjid je hampir 30 minit dgn berjalan kaki, psl dia tersorok sikit, akhirnya sekejap je dapat melilau . last , dpt jenguk kat esprit je, belikan mak itam
    dgn anak2 baju

    nanti sabtu ni , nk pegi lagi , kami nak bercanda berdua je, anak2 duk umah hi hi hi

    BalasPadam
  21. Salam CR..

    Alhamdulillah.. semangat melayu yang macam nie lah yang bagus sekali.. tak mudah mengalah.. sentiasa berfikiran positif dan melangkah kehadapan.. berkat usaha tanpa keluh kesah.. Allah sentiasa merahmati apa yang dilakukan..

    hidup berumahtangga nie.. (ceewah, anak menakan nak bagi nasihat!!) perlu ada sikap saling mempercayai pada pasangan dan sentiasa berdoa agar Allah jauhkan dari segala ujian yang berat2.. InsyAllah, cheq tau.. pak itam cheq org baik2..

    pssstt.. pinjam navigator sat.. cheq nak lekat kat kapcai.. nak p tengok lampu liplap kat "Star Hill".. opsss, org kampung sebut bukit bintang..

    BalasPadam
  22. salam kak ngah

    alhamdulillah, semoga semangat ini menjadi pemangkin kpd org melayu yang lain agar jangan berputus asa dalam apa bidang yg mereka ceburi

    tapi pak itam asal aprika he he he

    alhamdulillah, kami bahagia

    hak tu dia melekat kat keta , kalau nk pinjam kene ngan keta2 sekali ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  23. Salam,
    Aik..Lum kuar lagi N3 baru ni. Pak Itam, sekali-sekali nak tengok juga gambar kedai minuman pak itam tu terutama gambar ABC special & minuman lain yang ada kat kedai pak itam tu.

    Manalah tau besok, kalau singgah minum kita senang nak cari mana satu kedai pak itam.
    Boleh kan..boleh la.. wa..wa..wa..

    BalasPadam
  24. salam abg sulong
    n3 keluar kala bulan mengambang he he he

    BalasPadam