WARGA SCP

Rabu, Ogos 25, 2010

ROAD TO AFRICA : JOM RONDA2 BERSAMA PAK ITAM


ALHAMDULILLAH

Hari ni pak itam nak ajak kalian semua meronda dalam bandar Durban, bukan baju atau seluar chop durban tau.

Durban dalam bahasa zulu dipanggil eThekwini bermaksud teluk . Durban ni kalau tak salah pak itam telah wujud sejak tahun 1835 lagi dan merupakan bandar yang terbesar dalam negeri Kwazulu Natal . Apa yang menarik tentang Durban ialah suhu subtropikanya dan pantai2nya .



Tapi jangan kita samakan dengan bandar2 lain terutama KL kerana di sini tiada bangunan pencakar langit seperti KLCC , yang ada cuma bangunan2 lama menghiasi deretan jalan di sekitar Durban.

Keadaan lalu lintasnya di tengah2 bandar Durban juga tidak sesibuk pada waktu bekerja kerana kawasan2 perumahan atau di sini di panggil estate (bukan estet tempat kak ngah noreh) kebanyakkannya terletak di sub urban atau pinggir bandar . Cakap pasal estate ni, banyak aku temui, tapi tak nampak pulak pokok getah dan org gi noreh hehehe

Pasal kalau kat tempat kita estate je, terbayang kok getah hehehe



polis trafiknya

Seperti biasa, di tengah2 bandar kelihatan pak itam dgn mak itam je manakala pak uteh dan mak uteh yang dulu menjadi tuan kepada mereka tidak akan berada di tengah kawasan sebegini.

Mereka hanya berada di dalam kawasan pusat membeli belah yang besar dan moden di luar Durban.


Dulu mereka lah raja di bumi afrika, tapi sekarang sebaliknya. Cuba kalian amati papan tanda di atas semasa era apertheid dulu, ingat ada akta nya bermaksud ada undang2 dan hukuman yang sedia menunggu jika diingkari .



kaum lelaki kulit hitan sinonim dgn kepala botak dan licin


Masjid Besar di tengah bandar Durban

jual roti main longgok je tepi simpang

Ramai kelihatan yang lalu lalang dengan berjalan kaki di kawasan bandar kerana sistem pengangkutan di Durban masih di bawah tahap yang memuaskan dan di sini jangan haraplah nak cari teksi , yang ada cuma van atau combi . Nanti kalau ada masa,aku ceritakan pasal combi ni di lain rancangan .

Aku sendiri tak berkesempatan meronda dgn berjalan kaki di tengah bandar Durban kerana tidak digalakkan sebegitu , lagi pun aku kan kategori putih pasal kehitaman kulit ku masih tidak boleh menyamai mereka hehehe

Tapi bandar Durban sebenarnya lebih selamat jika berbanding dengan Johannesburgh kerana ekonomi mereka dipegang oleh kaum india yang datang ke Durban sejak beratus tahun dahulu. Jadi jangan terperanjat jika rata2 semua towkey kedai kat sini keturunan india afrika selatan.

berniaga buah tepi jalan besar tgh bandar
takde siapa nak halang dan marah
sekarang kat Malaysia banyak buah-buahan di bawa masuk dari SA



jual buah tepi jalan

pembangunan masih berterusan di sini
lebuhraya sedang terus dibina

kawasan perumahan di pinggir bandar

lihat 5 lapisan lebuhraya
menghubungi ke seluruh SA
rasanya kat Malaysia pun takde

8 ulasan:

  1. tak sangka, combi ada sampai ke africa selatan, ingat ada kat penang je...!

    BalasPadam
  2. mana team rugby ni? dah 2 bulan dok tunggu!!!!

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Durban pesat membangun!

    BalasPadam
  4. salam CR..

    bangga bila nampak masjid tersergam indah di situ...

    BalasPadam
  5. salam KOG

    ini bukan sebarang combi tau heheh

    BalasPadam
  6. salam uncle

    team rugby off season hehe

    BalasPadam
  7. salam kak ummi

    alhamdulillah, masjid ada kat tgh bandar

    BalasPadam