WARGA SCP

Jumaat, Oktober 29, 2010

CERITA TENTANG TELUR

ALHAMDULILLAH

Dulu masa kecik2 kat kampung , masa tu kalau nak makan telur ayam, memang tak payah beli. Kutip jelah telur ayam kampung yang tetiap hari bertelur dalam reban . Tapi kalau nak buat kenduri kendara, terpaksalah juga beli kat kedai.

Masa tu telur ayam murah tak macam sekarang , 10 biji kalau tak salah aku dalam 70-80 sen je. Bermaksud sebiji 7-8 sen . Tapi sekarang telur ayam ni kalau tak salah lebih kurang RM3.00-3.50 untuk sepuluh biji ikut gred .


Masa kekecik dulu aku dan adik2 ku yang dua orang tu memang hantu telur. Manakan tidak, nasi lauk telur goreng tetap menjadi pujaan kami . Lepas tu letak kicap . Telur pulak yang kuningnya tak pecah. Separuh prg panggil mata lembu, separuh org panggil mata kerbau. Aku pun tak tahu mana datang nama tu.

Kita tinggalkan cerita telur ayam ni , pasal aku nak cerita pasal telur ikan. Sesiapa kalau pernah makan kat restoran Insaf kat jalan TAR, mesti mamak tu akan tanya,
"Telur ikan mau"
nanti masa bayar mmg insaf pasal harga telur ikan tu mau 5-10 ringgit.

Tapi aku kat sini selalu makan telur ikan ni , setiap hujung minggu ke pasar tani, penjual ikan tu akan berikan kepada aku secara percuma je , tak kira berapa banyak ikan bertelur hari tu.

Kalau banyak masak lemak telur ikan memang sedap ,
tapi kalau goreng pun sodap tau.
Tapi masa goreng berhati2 , takut telur tu meletup kena minyak panas pulak.

Ni telur ikan yang mereka kasi , boleh tahan besar dan banyak juga . Puas kami nak menghabiskan . Tapi kalian jangan tanya telur ikan apa, pasal aku memang tak tahu.

Yang tahu , aku makan je


Khamis, Oktober 28, 2010

HAMMER SR , here i come

ALHAMDULILLAH

If i dont see his face for a week,
i feel like crazy (the omputeh song that i dont know the singer)

if i dont see this old man for a week
i feel like mandi not wet
sleeping not lena

that way, by hook or crook
i must meet this old man
not because i love him
but
i love his satay

Hammer Sr,
here i come
ciken 10, lembu only 5 , 1 piece of ketupat
all together 7.90 sen

5 pieces for a mak itam and 10 pieces for bapak itam
why bapak itam 10 pieces,
because bapak itam want to grow faster
besar like a champion macam iklan susu tepung tu

lama tak kecek omputeh ni, takut lupa hehehehehe




kuah dia pekat sangat tidak
cair sangat tidak
kekadang bapak hirup begitu je



Rabu, Oktober 27, 2010

SANTAPAN MINDA DAN ROHANI


ALHAMDULILLAH

Bukan saja perut je perlu menyantap
minda dan rohani juga perlu
jadi untuk bulan ni
inilah santapan minda dan rohani ku
semua baru ku perolehi sabtu lepas.

Yang menjadi pilihan ku ialah Travelog Syahadah yang menceritakan perjalanan hidup seorang muaalaf yang baru memeluk islam.


Aku juga memilih buku Baitulllah yang menceritakan pengalaman beberapa individu semasa mengunjunginya sebagai mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.

Tidak lupa juga dengan "Panduan Mengurus Jenazah" yang lengkap bermula dari A-Z sebagai pelengkap ilmu di dada .

"INSAF" sebuah buku yang mencerita pengalaman beberapa individu yang pernah hanyut tersesat di dunia yang kembali kepangkal jalan akhirnya.

Akhir sekali "MASTIKA" sebagai bacaan ringan

Dan semalam juga Travelog Syahadah telah ku habiskan.Sambil dok golek2 atas katil sebelum melelapkan mata , sempat juga .
Penceritaan yang ringkas dan mudah difahami kerana aku kurang minat baca kalau penulisan yang yang agak kompleks. Bahasa yg santai tapi mengandungi mesej , itu yang penting.


Namun dari pembacaan ku pengalamannya yang nak memeluk islam, ada segelintir pegawai yang nama je saja di Majlis Agama Islam Negeri , tapi mereka terlalu mengikut karenah birokrasi sehingga ada yang ingin menganut islam bertukar niatnya apabila dilayan sebegitu.
Jangan jadikan Islam itu sukar , Islam itu mudah sebenarnya.

Selasa, Oktober 26, 2010

SAMBAL FRIES ala MAK ITAM

ALHAMDULILLAH

Restoran makanan segera dah jadi sebahagian dari kehidupan kita tanpa kita sedari.
Kalau kita makan kat restoran makanan segera KFC atau McD,
salah satu menunya ialah fries.
Kalau makan tengah panas memang sedap ,
tapi kalau dah sejuk dan lemau
tak sedap

Tapi Fries Sambal ala Mak Itam ni panas pun sedap , sejuk pun sedap
Mana dia dapat resepi,
jangan tanya bapak
pasal bapak tahu makan aje hehehe

Selalunya bila menu ni
kira gantikan sayurlah pasal fries ni kan dari kentang
buat sajian bersama nasi dan lauk lain.


Tapi kalau nak sedap dan puas makan
kena beli brand simplot ni yang dipotong secara "crinckle"
jangan risau kerana di sahkan halal pada peknya.
makan begitu saja pun sedap tau dan mengenyangkan
bila dah jadi Sambal Fries Ala Mak Itam



Isnin, Oktober 25, 2010

MEE REBUS TULANG SELANGKA

baru mula nak memasak kuahnya
dengan tulang2 tadi dan air rebusannya serta rempah ratusnya
dah mendidih nanti baru masukkan keledek yg dah siap blend tu

keledek yg dah diblend
mcm jus manggo pulak

ALHAMDULILLAH

Rutin hari minggu ke pasar tani. Semalam mak itam tanya nak makan apa,
"Mee Rebus Tulang"
jawab ku ringkas

Jadi ketika ke pasar tani, tulang selangka dibeli berserta bahan2nya dan juga keledek.
Pulang dari pasar tani, mak itam terus beroperasi di dapur.
Merebus tulang selangka yang telah siap dipotong kecil sehingga benar2 empok,
belender keledek dan siapkan bahan2 lain seperti tauhu yang dipotong dadu dan digoreng hingga kering sikit serta beberapa biji telur "dinasour" direbus.

Masa tu aku tak kacau lagi dia di dapur,
sempat jugalah aku merayau-rayau pi rumah kak nab dan beberapa rakan lain
Setelah separuh proses berjalan dan kuahnya baru dimasak,
aku pun mulalah menyibuk sama di dapur.

antara bahan sayurannya

dah sejuk nanti
kuahnya jadi pekat

Bila kuah dah mendidih , baru campurkan dengan keledek yg telah diblend dan biarkan lagi sehingga kuah pekat sedikit. Hasilnya seperiuk juga dengan mee kuning lebih kurang se kg.

Aku biarkan sejuk sikit lebih kurang 1/2 jam
lps tu barulah aku siapkan untuk hidangan tengahari .
Campurkan semua bahan2 nya dan
inilah hasilnya
MEE REBUS TULANG SELANGKA

Sebenarnya pelbagai versi mee rebus ada di negeri Johor ni
Kalau di JB, lain resepi dan rasanya, di Muar pula lain juga resepi dan rasanya
Untuk resepi kali ni, mak itam gunakan sedikit rempah kari untuk memberi kelainan .

Pak itam tahu ngap je,
berpeluh jugalah pasal 2 pinggan juga pak itam melayan mee rebus tulang selangka ni

Jom kekawan
kita layannnnnnnnnnn



Sabtu, Oktober 23, 2010

DI MANA BUMI KU PIJAK, DI SITU LANGIT KU JUNJUNG

ALHAMDULILLAH

30/11/1989
6.00 ptg

aku menjejakkan kaki di bumi bertuah ni , dengan menaiki motosikal beroda dua, bukan roda tiga yg buat angkat barang tu.

Masa tu aku pemegang lesen agong "L" motosikal , jadi kenalah gantung "L" didepan dan belakang motor tu. Tapi aku sembunyi2kan sikit "L" tu heheheheh, malu

Setiba aku di pekan HC yang boleh diibaratkan mcm pekan koboi masa tu, aku meneruskan perjalanan ku ke hujung Malaya ke tempat yang aku sendiri tak pasti wujud atau tidak kerana kiri kanan suasananya sama je dengan hutan dan pokok yang menghijau.

Minyak motor terus ku pulas tanpa menghiraukan adakah aku akan sampai ke destinasi yang tak kujung2 menjelma . Aku hanya berpandukan pada "signboard" jalan je


cantik dan mendamaikan
persekitaran sekolah ni

22/10/2010
4.00 ptg

Suasana persekitaran 21 tahun lepas di kawasan ini masih sama dengan rimbunan hutan dan pokok yang tidak berubah . Namun yang berubah adalah takdir ku yang ditentukan oleh Allah . Allah yang merubah dan membuka pintu rezeki ku dari tidak punya apa2 sehinggalah sekarang , berubah segala-galanya.

Aku cukup sinonim dengan persekitaran sekolah2 di sini kerana aku banyak berurusan dengan mereka . Sehinggakan aku cukup mahir dengan selok belok pentadbiraan sekolah . Akibatnya, ada di antara kalian yang selalu berteka-teki yang aku seorang guru besar . Tekaan kalian meleset sama sekali hehehehehe
Aku cuma berbadan besar je, heheheheh

Guru Besar dan Pengetua sering bertukar, namun aku tetap setia di sini mencari rezeki selagi diizinkan Allah.


aku dah tak larat angkat kertas ni
sakit pinggang wooooo

Semalam aku berkunjung ke sebuah sekolah menengah untuk menyelesaikan satu urusniaga yang jaraknya boleh tahan juga bersama staff ku . Jarak 40 km dari premis perniagaan ku yang memakan masa hampir 40 minit juga tidak ku rasakan. Sebenarnya lama juga aku tak ikut pekerja ku .

Perjalanan semalam mengimbau kenangan ku semasa aku mula2 menceburkan diri dalam arena ini. Masa tu aku masih kuat lagi. Setakat kertas ni 40-50 kotak, selamba je . Hanya peluh menjurai-jurai je menemani ku ketika itu kerana aku masih baru memulakan menceburi bidang perniagaan ni dan tidak mampu menggajikan pekerja. Demi "survivor" ku ketika tu , aku lakukan semuanya seorang diri.

saujana mata memandang

kiri ke hutan, kanan ke bandar

Jatuh bangun dalam perniagaan adat biasa. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut perut buncit, jangan minum air banyak2.(untuk org lelaki) kalau org pompuan pula kalau takut perut buncit, jangan gatal nak berlaki dan lagi satu kalau takut terkencit-kencit , jangan makan julab.

Persimpangan ini mengembalikan semula ingatan ku bahawa ke kiri penuh ranjau, ke kanan penuh duri . Takkan aku nak terus kedepan pasal takde jalan , bukit dan hutan kat depan tu .

Namun untuk berjaya, ranjau dan duri harus ku hadapi. Baru terasa pahit dan manisnya sebuah kehidupan dan perjuangan harus diteruskan .

Akhirnya persimpangan yang ku pilih ternyata tepat dengan izin Allah jua . Namun sebagai manusia dan insan yang kerdil , aku berpegang kepada semua ketentuan Allah . Semuanya hanya pinjaman , tiada yang kekal melainkan Allah jua.

Selagi hayat dikandung badan, aku akan terus berusaha , berdoa dan bertawakkal agar kehidupan ku dan keluarga sentiasa disinari kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Di Mana Bumi Ku Pijak,
Di Situ Langit Ku Junjang
Namun aku takkan sekali-kali makan julab
pasal aku tak mahu terkencit-kencit macam 40 tahun dulu

pengerang lagi 46 km
sg rengit32 km
belunkor 31 km
pilihlah mana yg berkenan

persimpangan ke kawasan pantai Desaru dan Tanjung Balau

nak pi Singapore naik feri boleh dari Belungkor ni

Jumaat, Oktober 22, 2010

BEKALAN DUNIA DAN BEKALAN AKHIRAT

ALHAMDULILLAH

Dulu2 masa kecik, kalau sebelum pi sekolah, tentu mak dah siapkan bekal untuk dibawa.
Kekadang nasi goreng , kekadang roti sapu merjerin

Bila dah besar sikit, baru aku dibekalkan dengan duit belanja , dulu 20-30 sen pun dan mencukupi.

10 sen beli air, 20 beli mee atau nasi lemak.
Sekarang kalau 30 sen, jangan kata taik gigi, nak buat taik mata pun tak dapat

Cuma satu je yang aku paling risau sekarang
Adakah bekalan yang akan ku bawa nanti
ketika menghadap ilahi sudah mencukupi
hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal salih sebelum menghadapi kematian. Orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah (mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha).”
(Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Tiga amalan utama yang perlu dilakukan oleh setiap Muslim semasa hidupnya di dunia, sebagai bekalan menuju ke alam akhirat.

Amalan pertama ialah sedekah jariah atau membelanjakan harta pada jalan Allah. Perlu difahami bahawa menafkahkan harta pada jalan Allah bukan terhad kepada membelanjakan harta di jalan jihad fisabilillah, malah ia turut mencakupi amalan berzakat, bersedekah, menderma, mewakaf, perbelanjaan kepada ahli keluarga dan kaum kerabat, serta sumbangan kebajikan untuk masyarakat umum.

Amalan kedua ialah menimba ilmu sama ada ilmu duniawi mahupun uhkrawi kerana Islam adalah agama yang mengimbangi antara keperluan dunia dan akhirat. Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu sebanyak mungkin dan Allah mengangkat darjat orang berilmu berbanding dengan orang tidak berilmu.

Amalan ketiga yang pahalanya berterusan sehingga ke alam akhirat ialah doa kebaikan seorang anak yang salih selepas ibu atau bapanya meninggal dunia. Alangkah beruntungnya ibu bapa, yang mampu mendidik anaknya sehingga menjadi anak yang salih dan taat kepada Allah.

Sekali lagi aku berasa amat takut yang bekalan ku masih belum mencukupi .


mak itam buatkan aku sarapan sebagai bekalan

semua sekali 4 set
tinggal 2 je
pasal 2 set lagi dah masuk dalam perut

sandwich telur dengan roti wholemeal
sebagai penganti quaker oat ku

Khamis, Oktober 21, 2010

MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR

ALHAMDULILLAH

TARIKH : 20102010
MASA : 8.00 PAGI - 9.00PAGI
LOKASI : TEPI HUTAN
SITUASI : KEADAAN BERJEREBU YG TEBAL
PELAKON TAMBAHAN : POKOK PINANG

MATAHARI KELIHATAN SURAM DAN BERSEDIH,
SEOLAH-OLEH MERATAPI SEBUAH PEMERGIAN
PEMERGIAN YANG TAK DIDUGA SAMA SEKALI

TAPI PADA HAKIKATNYA
JEREBU TEBAL YANG MENYEBABKANNYA
TANGAN-TANGAN MANUSIALAH JUGA
YANG MENYEBABKAN KEMUSNAHAN DI MUKABUMI INI

"JEREBU" DI DUNIA TAK SEHEBAT "JEREBU" DIAKHIRAT KELAK
JANGAN LUPA KEKAWAN SEKALIAN,
MARI KITA TAMBAH SEDIKIT AMALAN KITA DENGAN SOLAT SUNAT ISRAK DAN SELEPAS WAKTUNYA PULA DENGAN SOLAT SUNAT DHUHA.
AGAR HATI TENANG DAN TIDAK BERJEREBU


LIHATLAH KEKUASAAN ALLAH YANG MENTADBIR SELURUH SEKALIAN ALAM
ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR










NI PUN JEREBU JUGA
TAHAP TAK SIHAT
INDEKSNYA CECAH 850
KALAU TAK JEREBU
TERANG NAMPAK IKAN TU



Rabu, Oktober 20, 2010

PISANG GORENG ATAU GORENG PISANG

ALHAMADULILLAH

Kekadang kita keliru ,
Bola Sepak atau Sepak Bola
kerana "Bola Sepak " ialah sesuatu benda atau objek
manakala "Sepak Bola" ialah perbuatan

samalah juga dengan goreng pisang vs pisang goreng

"Goreng Pisang" ialah perbuatan
manakala
"Pisang Goreng" ialah sesuatu benda atau objek

Sukahati kau la labu , janji sedap di makan


Bapak pun sekarang jarang makan pisang goreng ni , tapi kalau dulu memang hantu goreng pisang , tak boleh jumpa.

Makan mee rebus pun bapak masukkan pisang goreng ,mee bandung sepinggan dengan 4 keping pisang goreng yang dipotong2 pun jadi , makan nasi pun kekadang ulam dengan pisang goreng , sekali ngap boleh tahan juga

Tapi badan pun naik sama mcm pisang goreng ni, rupa2nya pisang ni mengandungi kalori yang tinggi

Sekarang ni semenjak 3-4 tahun dah jarang makan, sekali sekala je.
Kebetulan semalam ada rakan sedekah pisang , lalu sebelum bapak bertugas di perbatasan menjaga sempadan negara dan menentang musuh negara, maka mak itam pun gorenglah pepagi buta sebagai bekalan nanti.Nak buat lada kicapnya tak sempat .

Setiba di perbatasan , pak itam berkongsi pula dengan sarjan jamal buat memanjangkan sedekah .


Selasa, Oktober 19, 2010

THE RETURNS OF GODAKMAN

lebih kurang 19 sen je sekilo

ALHAMDULILLAH

Kalau cite Batman pun ada Batman Returns, begitu juga dengan pembancuh air a.k.a tukang godak air.
Kekadang rasa gian juga nak bancuh air , dulukan lama juga bertahun kerjanya bancuh air
dari tak tahu bancuh air sampai mahir , jangan ingat kerja bancuh air ni senang tau,pasal kita bukan buat air ikut rasa tekak kita, tapi tekak orang ramai.

Tengahari ahad lepas, aku lepaskan gian ku dengan menyediakan 2 jug watermelon juice . Kebetulan beli 1/4 biji tembikai yang boleh tahan jugalah besarnya , baru lebih kurang rm4.20 je .

semua ni 4.20 sen

Potong siap2, dan bancuh air gula. Dah siap semua baru aku beraksi didapur dengan mesin air buah ku , dalam 5-6 minit semua dah siap , tapi nak basuh dan cuci mesin tu yang lama sikit.
Nak kena beruskan penapis kelulinya dengan berus gigi khasnya. Selalu 10 minit baru siap cuci mesin tu.Beza gunakan mesin juicer ni ialah hampasnya tak ikut sekali dengan pati air tu, kalau guna blender , semua sekali dia mesin . Lagi satu kalau guna blender , mau pedas sekali juice tu .

Nak dapatkan juice yang sedap juga mestilah dari buah yang segar . Baru hasilnya "superb" . Kalau buah dah tak segar , rasanya pun kita boleh tahu, kekadang masam .

Teringat aku dedulu masa meniaga , lebih kurang pukul 6.15 petang kami dah mula bersihkan segala peralatan , antaranya mesin air buah ni . Buang segala hampas , gosok penapis kelulinya sampai berkilat , lap mesin , kemudian tuskan sampai kering.

"Tup,tup"
tetiba datang pulak hamba Allah sambil tersenyum riang seraya berkata,

"Bang , air tembikai bungkus satu"

dengan muka 10 sen dan nada memujuk aku berkata ,

"Alamak dik, mesin dah basuhlah, boleh tukar air lain tak?"

Tapi kalau dia kata,

"Bang, Air Tembikai 10 , Fresh Oren 18, Belimbing 35 , Keduaq 88, semua bungkus bang"

mau jawapan ku ketika itu

"Siaaaaaap"

baru berbaloi kotorkan balik mesin air buah tu

Sekarang ni rata2 kebanyakkan gerai jual segelas RM 2-2.50 untuk segelas juice buahan ni. Bayangkan hanya bermodalkan RM 4.20 dan sedikit gula serta air batu , rasanya hasil semalam boleh dimuatkan dalam 15-20 buah gelas . Tentu untungnya sungguh lumayan .
Tu belum lagi kat hotel yang rata2 lebih kurang RM10 segelas .


inilah hasilnya
watermelon "piaw" punya
satu jug tiada ais

ni bapak itam yang punya
menyelerakan