WARGA SCP

Rabu, Oktober 27, 2010

SANTAPAN MINDA DAN ROHANI


ALHAMDULILLAH

Bukan saja perut je perlu menyantap
minda dan rohani juga perlu
jadi untuk bulan ni
inilah santapan minda dan rohani ku
semua baru ku perolehi sabtu lepas.

Yang menjadi pilihan ku ialah Travelog Syahadah yang menceritakan perjalanan hidup seorang muaalaf yang baru memeluk islam.


Aku juga memilih buku Baitulllah yang menceritakan pengalaman beberapa individu semasa mengunjunginya sebagai mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.

Tidak lupa juga dengan "Panduan Mengurus Jenazah" yang lengkap bermula dari A-Z sebagai pelengkap ilmu di dada .

"INSAF" sebuah buku yang mencerita pengalaman beberapa individu yang pernah hanyut tersesat di dunia yang kembali kepangkal jalan akhirnya.

Akhir sekali "MASTIKA" sebagai bacaan ringan

Dan semalam juga Travelog Syahadah telah ku habiskan.Sambil dok golek2 atas katil sebelum melelapkan mata , sempat juga .
Penceritaan yang ringkas dan mudah difahami kerana aku kurang minat baca kalau penulisan yang yang agak kompleks. Bahasa yg santai tapi mengandungi mesej , itu yang penting.


Namun dari pembacaan ku pengalamannya yang nak memeluk islam, ada segelintir pegawai yang nama je saja di Majlis Agama Islam Negeri , tapi mereka terlalu mengikut karenah birokrasi sehingga ada yang ingin menganut islam bertukar niatnya apabila dilayan sebegitu.
Jangan jadikan Islam itu sukar , Islam itu mudah sebenarnya.

20 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Satu pun tak ada lagi dalam koleksi kakak....

    Ada kisah di tempat kakak sepasang non-muslim yg terlanjur (mengandung) mahu memelok Islam. Birokrasi menjadi penyebab mereka tidak dilayan pegawai yang bertanggung-jawab. Atas inisiatif Pak Imam mereka dibawa ke Masjid dan atas bantuannya mereka akhirnya mengucap syahadah. Kini sementara mereka tinggal di Masjid atas bantuan AJK. Belajar agama.

    BalasPadam
  2. Salam pak itam..

    Saya juga minat membaca...membaca juga dapat a membersihkan hati kita...ada satu ungkapan dari seorang ilmuan..membaca seumpama penyucian hati seperti malaikat membersihkan hati nabi muhammad semasa baginda kecil..waktu dalam jagaan halimatul saadiah...
    itulah hebatnya kesan dari sifat rajin membaca....lebih2 lagi artikel bersifat ilmu yang boleh dijadikan panduan...Al quran lebih lagi ianya adalah mukjizat ...

    membaca pengalaman hidup seseorang juga...boleh kita jadikan panduan...dan teladan...contohnya n3 yang selalu dipaparkan oleh pak itam..hehehe terima kasih berkongsi pengalaman hidup seharian dengan kami kawan2 maya...
    pengetahuan yang berguna dari pak itam untuk kami..walau dalam bentuk gurauan tentunya ilmu yang bermanafaat..besar pahalanya...
    tahniah....sama2 pula kita memupuk minat rajin membaca terutama Al quran & hadis dan juga kitab2 pilihan karangan ilmuan..islam

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam..

    Nampak menarik buku Baitullah itu..Nanti nak pi carik ler..sy pun minat membaca cuma kkdg kena carik masa untuk hobi itu..:)

    BalasPadam
  4. Salaam Pak Itam,

    Kakchiq suka membaca tapi tak rajin membaca...
    sama seperti kakchiq suka makan tapi tak rajin makan...hmmm cemana tu...hehe
    apa2 pun, semua jenis santapan itu penting dalam hidup, maka kena rajin-rajinkanlah diri...heh


    tapi kalau ada nak belanja makan, rajin pulak layan ... haha

    BalasPadam
  5. Memangnya mudah tapi sayang....orang sekeliling yang menyukarkannya!

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam,

    Menambah ilmu dari buku yg dibaca. Ibu suka Solusi.

    BalasPadam
  7. dulu sy rjn beli mastika, tp sejak ekonomi peribadi gawat, mmg payah. setuju ngan buku pengurusan jenazah, elok ada di rumah dan distudy juga hadiri kursusnya

    BalasPadam
  8. Assalammulaikom wtb pak itam, apa kbr? MI doakan semoga sihat selalu ya. InsyaAllah.
    MI minat juga membaca, diBlog tak post buku-buku yang telah dibaca. Hanya berkongsi cerita sahaja.
    Tanamkan dan semaikan minat membaca, kerana ilmu itu lebih ditakuti syaitan dari 1000 org abib.
    Semoga pak itam dirahmati Allah dengan ilmu dan anugerah yang telah diberikan Allah.

    Wasalam.

    BalasPadam
  9. salam pak itam, tak pergi umrah lepas musim haji ni?...

    BalasPadam
  10. Salam CR,

    Saya pun dah beli buku Baitullah dan Insaf tu, mmg best semua kandungan dan cerita tu. TK for sharing

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam kakzakie

    para cerdik pandai agama harus memikirkan cara utk menyelesaikan agar perpektif pertama muaalaf yg nak menganut islam mudah prosesnya

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam shami

    saya ni kalau membaca lambat habis sikit pasal kat mak itam saya ni mengeja hehehe

    dari dulu suka membaca slow-slow hehe

    jadikan amalan membaca al quran amalan seharian,insyallah

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam syima

    buku baitullah tu mmg menarik krn banyak sgt iktibar yang kita boleh ambil melalui pengalaman ramai individu yg pernah ke sana

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam kak chik

    pak itam suka tidur tapi selalu dapat tidur sekejap je hehehehehe

    BalasPadam
  15. uncle

    betul tu , byk sangat birokrasi
    akhirnya mereka tawar hati

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam ibu

    ilmu penyuluh hidup

    BalasPadam
  17. mak su

    buku tu bagus, disusun dari A spi Z cara pengurusan jenazah

    bagus buat simpanan dan membacanya

    4.90 rasanya harganya

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam MI

    alhamdulillah, sihat sejahtera
    cuma agak sibuk sikit dah nak hujung tahun ni

    semoga kehidupan kita semua terus diberkati Allah

    BalasPadam
  19. waalaikumsalam kak pah

    mmg rindu sgt nak ke sana
    akan diusahakan dalam masa terdekat ni

    insyallah

    BalasPadam
  20. waalaikumsalam rosli

    kalau u dah baca, bykkan iktibar dan pengajaran dari kedua2 buku tu

    boleh jadikan pedoman kita

    BalasPadam