WARGA SCP

Jumaat, Oktober 22, 2010

BEKALAN DUNIA DAN BEKALAN AKHIRAT

ALHAMDULILLAH

Dulu2 masa kecik, kalau sebelum pi sekolah, tentu mak dah siapkan bekal untuk dibawa.
Kekadang nasi goreng , kekadang roti sapu merjerin

Bila dah besar sikit, baru aku dibekalkan dengan duit belanja , dulu 20-30 sen pun dan mencukupi.

10 sen beli air, 20 beli mee atau nasi lemak.
Sekarang kalau 30 sen, jangan kata taik gigi, nak buat taik mata pun tak dapat

Cuma satu je yang aku paling risau sekarang
Adakah bekalan yang akan ku bawa nanti
ketika menghadap ilahi sudah mencukupi
hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal salih sebelum menghadapi kematian. Orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah (mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha).”
(Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Tiga amalan utama yang perlu dilakukan oleh setiap Muslim semasa hidupnya di dunia, sebagai bekalan menuju ke alam akhirat.

Amalan pertama ialah sedekah jariah atau membelanjakan harta pada jalan Allah. Perlu difahami bahawa menafkahkan harta pada jalan Allah bukan terhad kepada membelanjakan harta di jalan jihad fisabilillah, malah ia turut mencakupi amalan berzakat, bersedekah, menderma, mewakaf, perbelanjaan kepada ahli keluarga dan kaum kerabat, serta sumbangan kebajikan untuk masyarakat umum.

Amalan kedua ialah menimba ilmu sama ada ilmu duniawi mahupun uhkrawi kerana Islam adalah agama yang mengimbangi antara keperluan dunia dan akhirat. Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu sebanyak mungkin dan Allah mengangkat darjat orang berilmu berbanding dengan orang tidak berilmu.

Amalan ketiga yang pahalanya berterusan sehingga ke alam akhirat ialah doa kebaikan seorang anak yang salih selepas ibu atau bapanya meninggal dunia. Alangkah beruntungnya ibu bapa, yang mampu mendidik anaknya sehingga menjadi anak yang salih dan taat kepada Allah.

Sekali lagi aku berasa amat takut yang bekalan ku masih belum mencukupi .


mak itam buatkan aku sarapan sebagai bekalan

semua sekali 4 set
tinggal 2 je
pasal 2 set lagi dah masuk dalam perut

sandwich telur dengan roti wholemeal
sebagai penganti quaker oat ku

29 ulasan:

  1. zaman kita duit jajan dah naik 60 sen sehari, hehe

    "buat kawan ketawa di blog" boleh tak jadi bekalan tambahan ke akhirat nanti ye?

    BalasPadam
  2. salam pak itam,

    memang...sekarang ini waktu memikirkan bekalan akhirat..

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Bekalan untuk masuk perut sekarang memang mudah dengan adanya duit. Tapi bekalan akhirat duit bukan segala-galanya macam Pak Itam kata kalau tidak tahu mengagih hak sepatutnya....

    p/s: Moga kita diberi anak-anak soleh/solehah...

    BalasPadam
  4. kakpah dulu masa darjah satu duit satu sen guna lagi..
    haha.. antik kan kakpah ni.

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam...

    bekalanku masih belum mencukupi...
    Moga Allah panjangkn usiaku...

    BalasPadam
  6. sedapnya tgk sandwich tu..
    alhamdulillahhhhh je lah kan pak itam..

    *pun sering tertanya tentang 'bekalan' yg satu lagi tu..huhu

    BalasPadam
  7. Salam pak itam,

    Macam mana nk tahu bekalan tu cukup ke tidak ye? Ikut rasa mcm tak cukup2 & takkan pernah cukup. Hanya rahmatNya yang dipohon.

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam..

    Huhu taik mata nak buat apa susah hehe..tido je la hehe

    BalasPadam
  9. Salam pak itam...

    Alhamdulillah pada rezeki yang ada... tinggal kat kg atau pinggir hutan...masih lagi terasa indah dah bahagia..
    Dibandar hidup penuh dengan desakan materialistik..dan duniawi... elok..hidup dibandar terasa cukup agresif dalam pencarian ilmu dunia & akhirat sekali...jatuh rugi pulak kalau duduk dibandar kalau buat hal sendiri2...kan Pak itam

    pssssst ermm gambo yg besor tu bukan ker gambo terung bakar heheheh..

    BalasPadam
  10. salam.
    saya pun dah lama tak bawak bekal....

    BalasPadam
  11. salam pak Itam
    saya ni hari-hari buat bekal utk anak-anak pergi sekolah..maklumlah anak ramai berderet...sehari bawak dua ringgit seorang dia kata tak kenyang..nak bagi lima linggit seorang karang makin gugur pulak rambut bapaknya nanti..ekeke..

    BalasPadam
  12. Salam,

    Pelan-pelan saya buka pada bahagian terakhir. Nasib baik takde Asam Pedas, kalau tak confirm berteriak..HAAAAAA

    Betul apa yg Pak Itam kata tu. Kena selalu ingat, adakah bekal kita balik nanti mencukupi..

    BalasPadam
  13. Salam Pak Itam,pelbagai rasa membaur sewaktu Ummu membaca entry Pak Itam ni.
    tersingkap memori silam, tercerna keyataan hidup hari ini dan terfikir hari esok.
    Kala menatap photo terakhir, roti, terkenangkan itulah yang sering sempat ibu bekalkan untuk saya waktu sekolah rendah dulu sebab ibu selepas itu terkejar2 ke tempat kerja pula. Sayu pula terkenang ibu di tanah suci kini.
    Dan benarlah...
    "Dunia adalah ladang akhirat,"

    BalasPadam
  14. Assallamualaikum Pak Itam,

    Mama sentiasa memikirkan bekalan yang akan dibawa
    ...yang penting bekalan ke alam lain.
    ..bekalan yang nak ditinggalkan kepada anak-anak..

    BalasPadam
  15. kog

    kalau buat kawan2 ketawa dan gumbira dapat pahala tau

    hehehe

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam kak nab

    betul tu kak , akhirat yug kekal abadi

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam kak zakie

    moga2 anak2 kita menjadi anak yg soleh

    BalasPadam
  18. kak pah

    barang antik mahal tau kak hehehe

    lagi2 dan berkulat hehehe

    BalasPadam
  19. waalaikumsalam tikah

    carilah bekalan akhirat selagi hayat dikandung badan

    BalasPadam
  20. putubambu

    insyallah, disamping dunia, akhirat kita tingkatkan

    BalasPadam
  21. waalaikumsalam kak ina

    kita mmg tak pernah tau cukup atau tidak

    itulah rahsia Allah dlm mentadbir sekalian alam

    BalasPadam
  22. waalaikumsalam shima

    buat taik mata pun tak lepaih heheh

    BalasPadam
  23. waalaikumsalam shami

    betulllll


    terung bakar hehehe

    BalasPadam
  24. waalaikumsalam uncle

    uncle order je kat kitchen hehehe

    BalasPadam
  25. waalaikumsalam cikgu pinat

    bekalan dari rumah lagi berkhasiatkan
    bekalan yg penuh kasih sayang seorg ibu

    BalasPadam
  26. waalaikumsalam abg sulong

    hehehe

    esok lusa keluarlah aam pedas tu hahaha

    BalasPadam
  27. waalaikumsalam ummu

    betul tu kak

    hidup hanya sementara
    akhirat yg kekal abadi
    namun hidup perlu diteruskan berlandaskan agama

    BalasPadam
  28. waalalaikumsalam mama nadz

    insyallah, jika kita dah berikan sebaik mungkin utk anak2 sebagai bekalan

    BalasPadam