WARGA SCP

Rabu, Oktober 20, 2010

PISANG GORENG ATAU GORENG PISANG

ALHAMADULILLAH

Kekadang kita keliru ,
Bola Sepak atau Sepak Bola
kerana "Bola Sepak " ialah sesuatu benda atau objek
manakala "Sepak Bola" ialah perbuatan

samalah juga dengan goreng pisang vs pisang goreng

"Goreng Pisang" ialah perbuatan
manakala
"Pisang Goreng" ialah sesuatu benda atau objek

Sukahati kau la labu , janji sedap di makan


Bapak pun sekarang jarang makan pisang goreng ni , tapi kalau dulu memang hantu goreng pisang , tak boleh jumpa.

Makan mee rebus pun bapak masukkan pisang goreng ,mee bandung sepinggan dengan 4 keping pisang goreng yang dipotong2 pun jadi , makan nasi pun kekadang ulam dengan pisang goreng , sekali ngap boleh tahan juga

Tapi badan pun naik sama mcm pisang goreng ni, rupa2nya pisang ni mengandungi kalori yang tinggi

Sekarang ni semenjak 3-4 tahun dah jarang makan, sekali sekala je.
Kebetulan semalam ada rakan sedekah pisang , lalu sebelum bapak bertugas di perbatasan menjaga sempadan negara dan menentang musuh negara, maka mak itam pun gorenglah pepagi buta sebagai bekalan nanti.Nak buat lada kicapnya tak sempat .

Setiba di perbatasan , pak itam berkongsi pula dengan sarjan jamal buat memanjangkan sedekah .


12 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Pisang kepok/nipah memang sedap kalau digoreng. Makan panas-panas. tak payah sambal kicap pun tak apa. tapi kalau cecah dengan sambal kicap...pergh.... lagi sedap.

    p/s: Pak Itam kena tag hahaha...

    BalasPadam
  2. Salam pak Itam,

    Kak Zakie tag pak itam suruh tuliskan resepi dlm n3 pasal masakan. Pak itam ada tak resepi pisang goreng??? Manalah tahu lain tempat lain cara gorengnya.Ha ha ha..

    BalasPadam
  3. bang, goreng pisang singgit, kerak 50 sen - cara order pemakanan yang sihat dan seimbang

    BalasPadam
  4. Salam pak Itam,

    Apa2 pun boleh... janji sedap dimakan... tambah panas2... :)

    BalasPadam
  5. tak kira le goreng pisang ke..pisang goreng ke..

    dah masuk mulut tu..semuanya sedap..! hahahah

    tapii kita lagi suka pisang nangka goreng daripada pisang2 yg lain

    BalasPadam
  6. Tak dapek lah nak menulun..segala makan minum pak itam/mak itam upload eeehh!kerak kasi banyak.Mak itam plese tulis resepi la...drp bergambor jer ok? paling sedap punye tepung...

    BalasPadam
  7. Waalaikumsalam kakzakie

    paling suka pisang nangka dgn tanduk

    ala kak, saya ni bab menjawab soalan failed la kak, BM dulu masa SPM dapat 8 je kak hehehe

    ni nak kena ambik tuisyen nak jawab tag akak hehehe

    BalasPadam
  8. KOG

    aaaa, kalau kecik2 dulu beli pisang mesti ngecek keraknya , sedap hehehe

    BalasPadam
  9. Waalaikumsalam kak ina

    heheheh

    rasanya lebih kurang je caranya

    tapi kalau gerai jual pisang gorenhg tu penuh memanjang, mesti sedap

    BalasPadam
  10. Waalaikumsalam tikah

    tu yg panas 2 sumbat siap tiup2 lagi pisang tu heheheh

    BalasPadam
  11. putubambu


    mmg pisang nangka buat goreng , mabeles

    kalau pisang tanduk puin sama

    kena pulak yg dah masak ranum

    BalasPadam
  12. lynn

    alaa, tepung beras juga , kalau sesekali pakai tepung segera adabi pun sedap juga , wangi

    kalau nak sedap , pakai tepung tawar atau tepung keromak heheheheheh

    apa khabar keluarga di sana ?

    BalasPadam