WARGA SCP

Jumaat, Oktober 29, 2010

CERITA TENTANG TELUR

ALHAMDULILLAH

Dulu masa kecik2 kat kampung , masa tu kalau nak makan telur ayam, memang tak payah beli. Kutip jelah telur ayam kampung yang tetiap hari bertelur dalam reban . Tapi kalau nak buat kenduri kendara, terpaksalah juga beli kat kedai.

Masa tu telur ayam murah tak macam sekarang , 10 biji kalau tak salah aku dalam 70-80 sen je. Bermaksud sebiji 7-8 sen . Tapi sekarang telur ayam ni kalau tak salah lebih kurang RM3.00-3.50 untuk sepuluh biji ikut gred .


Masa kekecik dulu aku dan adik2 ku yang dua orang tu memang hantu telur. Manakan tidak, nasi lauk telur goreng tetap menjadi pujaan kami . Lepas tu letak kicap . Telur pulak yang kuningnya tak pecah. Separuh prg panggil mata lembu, separuh org panggil mata kerbau. Aku pun tak tahu mana datang nama tu.

Kita tinggalkan cerita telur ayam ni , pasal aku nak cerita pasal telur ikan. Sesiapa kalau pernah makan kat restoran Insaf kat jalan TAR, mesti mamak tu akan tanya,
"Telur ikan mau"
nanti masa bayar mmg insaf pasal harga telur ikan tu mau 5-10 ringgit.

Tapi aku kat sini selalu makan telur ikan ni , setiap hujung minggu ke pasar tani, penjual ikan tu akan berikan kepada aku secara percuma je , tak kira berapa banyak ikan bertelur hari tu.

Kalau banyak masak lemak telur ikan memang sedap ,
tapi kalau goreng pun sodap tau.
Tapi masa goreng berhati2 , takut telur tu meletup kena minyak panas pulak.

Ni telur ikan yang mereka kasi , boleh tahan besar dan banyak juga . Puas kami nak menghabiskan . Tapi kalian jangan tanya telur ikan apa, pasal aku memang tak tahu.

Yang tahu , aku makan je


24 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Alahai, ruper rupernya cita teloq ikan, ingat tadi sambungan pasal buah/teloq kambing bobok. Bila nak bagi resepi telog kambing bobok tuh.

    Teloq ikan memang sedap buat lagu mana pun, asal cukup bahan ramuannya.

    N3 yg mengiurkan.

    BalasPadam
  2. sedap telur ikan tu. terliur pulak.

    kalau makan kat restoren insaf tu, keluar memang insaf. Ada sekali kakpah makan udang, oder 2 ekor. Dah tu tak tanya harga dulu. Bila datang bil, h'a.. tengok2 udang 2 ekor tu harga 40 ringgit. Insaf betul!!!

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Alahai sedapnya telur ikan tue digrg garing2..yum yum
    Teringat plak cite batu belah batu bertangkup ahaks..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum CR...

    fulamak citer teloq ikan pulak dah...

    pagi2 buta lagi dah terlioq nampak makanan tu , tp kalau masak kari pekat lagi mengancam tuuuu, cicah dgn roti arab....

    BalasPadam
  5. Salam pak itam.....

    kalau pergi pasar nih sah dah beli buat lauk....nih....rasa teringin lakk...tgok menu telur ikan nih....hari2 asyik makan kmabing jer...hehehhe

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam .....

    Saya pun dah insaf ...masukk ke Restoran Insaf tu ......
    Tobat .... Insafffff sungguh .....

    BalasPadam
  7. sah bukan telur labi²? hehe

    BalasPadam
  8. Salam CR,

    Best telur ikan ni, citer pasal restoran insaf tu.....ramai yang insafkan...saya kenal dengan ownernya....tp harga tetap tak boleh kurang.......sewa mahal katanya....entahlah.....

    BalasPadam
  9. Salam Pak Itam,

    Nampak telur tu ibu dah tau....
    Itu telur ikan tebakul, hehehehe

    BalasPadam
  10. Salam Rezeki.
    Ingatkan apa tadi...telur ikan ni memang uncle suka tapi tak boleh makan selalu...kepala nyut2 nanti! Ada sekali masa kat jakarta uncle ingatkan telur ikan rupanya otak lembu....aduh...ngeri!

    BalasPadam
  11. rezeki: cite fasal restoren insaf dah lama dah....sejak sy kat KL 15 tahun lampau dah....sejak dari gaji kecik hingga gaji besar(?) - besar ke....bila keluar aje...memanglah insaf !!! sekali pergi aje le...agaknya restoren ni memang macam tu ke operasinya??? dah ramai sy dengar & baca ...bila keluar dr tempat ni...terus insaf...tp sampai sekarang nampaknya masih bertahan restorennya!!! agaknya pelangganya setiap hingga sekarang berbeza!!!

    BalasPadam
  12. kolestrol tinggi tak ni..? ;)

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam haji aki

    telog kambing bobok tak boleh cite kat sini , sensored hehehe

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam kak pah

    tu bukan insaf lagi , terus taubat hehehe

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam syima

    makan lah aku, telan lah aku
    aku kempunan telur tembakul hehehe

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam kak ummi

    heheheh betul jug tu kak

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam shami

    kat pasar ada rasanya org jual telur ikan ni kan

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam che att

    taubat nasuha terus hehehe

    BalasPadam
  19. KOG

    hehhehehe

    ni telur sepupunya lelabi lah hahaha

    BalasPadam
  20. waalaikumsalam rosli

    rasanya ramai customernya yang jenis jarang pi situ, kalau dia maintain harga tak berapa mahal, sure pelanggan lebih ramai

    BalasPadam
  21. waalaikumsalam ibu

    salah ek
    telur dinasour hehehe

    BalasPadam
  22. waalaikumsalam uncle

    heheheh sesekali takpa

    bedaql je uncle hehehe

    BalasPadam
  23. cikgu SAK

    heheheh mesti pernah pi dating kat situ hehehe

    tulah, saya rasa pelangganya berbeza setiap hari, habis pelanggan lain semua dan tobat dan insaf hehehe

    BalasPadam
  24. cikgu pinat

    jangan takut
    tak tinggi psl kalau kolestrol tinggi, tentu ikan2 tu gemok2 heheheh

    BalasPadam