WARGA SCP

Khamis, Jun 23, 2011

ISTANBUL : RUSTEMPASA CAMII ATAU MASJID RUSTEM (EXTERIOR part 1)


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Pagi ini , kami juga mengunjungi sebuah lagi masjid yang terkenal kerana senirekabentuk dalamannya yang begitu unik dan usia masjid ini hampir 500 tahun juga tapi masih kekal hingga kini yang mengambarkan corak kesenian senibina Islam pada suatu masa dulu sungguh hebat .

kompleks Masjid Rustem Pasa kelihatan dari jauh


Masjid Rustem Pasa dalam bahasa Turkish dipanggil Rüstempaşa Camii merupakan sebuah masjid yang dibina semasa zaman kerajaan Ottoman terletak di Eminönü , Istanbul

Masjid ini telah direkabentuk oleh seorang arkitek semasa zaman Ottoman bernama Minar Sinan untuk Puteri Mihrimah yang merupakan salah seorang anak Sultan yang terkenal semasa zaman itu.


Vildan Celik
Pemandu Pelancong kami yang sentiasa memberikan penerangan yang terperinci
di setiap lokasi perhentian dan persinggahan

depa dok khusyuk dengar penerangan



seorang professional tour guide yang bergerak secara "free lance"

Pembinaannya bermula pada tahun 1561 dan siap sepenuhnya pada tahun 1563.

Masjid ini terkenal kerana senireka bentuk dalamannya yang sungguh unik kerana menggunakan Marmar İznik yang direkabentuk menjadi corak geomatrik dan bunga-bungaan yang menghiasi mihrab, mimbar serta dinding bahagian dalaman masjid ini.


4 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    1. Banyaknya bendera apa tu Pak Itam. Ada majlis atau scenario biasa mereka?
    2. Cornice dlm masjid dia amat memikat. Teringat kat Masjid Nabawi pulak

    BalasPadam
  2. ibundo

    dalamnya lagi cantik dengan marmar

    BalasPadam
  3. waalaikumsalam kakzakie

    mmg mcm tu kak, yg best kat mana senang nak jumpa bendera besar turkeye dikibar kat tiang2 besar di atas bukit

    BalasPadam