WARGA SCP

Sabtu, Jun 18, 2011

ISTANBUL : MERPATI TERBANG BEBAS


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Aku tinggalkan seketika Egyptian Bazaar yang begitu mengasyikkan lalu bergegas semula mengayuh basikal cabuk ku ke Masjid Ayyub Al Ansari.

Suasana dingin pagi yang nyaman membuatkan jiwa ku tenang di sini, terlupa seketika segala masalah dunia, ayam itik di kampung serta pokok getah yang perlu ditoreh apabila melihat sekawanan burung merpati di persekitaran luar Masjid Ayyub Al Ansari ini terbang bebas . Terasa aku ingin juga terbang bebas sepertinya, tapi apakan daya , aku tidak punya sayap .

Sebenarnya kepenatan menempuh penerbangan yang agak panjang selama hampir 11 jam semalam terubat dengan gelagat burung2 merpati ini. Turkeye ni kira separuh dalam benua Eropah dan separuh lagi dalam Benua Asia. Kalau terbang lagi 2 jam dah boleh sampai ke Kota London .

Penerbangan semalam agak lancar tanpa banyak "air pocket" dan aku pun sebenarnya banyak menghabiskan masa ku dengan tidur je sebenarnya dan tadi masa dihidangkan makan , aku rasa aku makan dengan mata yang layu dan kuyu dan sambung tidur semula.

Hanya 2 jam sebelum mendarat aku mula resah dan aku hidupkan paparan LCD dihadapan ku lalu memilih "Flight info " kerana aku tak tahu kedudukan sebenarnya kapal terbang yang aku naiki ini samada dah sampai Parit Jawa atau Bukit Mor .

Lantas bangun dan meluruskan segala urat2 kaki, urat kentut dan segala jenis urat serta sendi ku dengan "berjogging" dari tempat duduk ku ke tandas di ekor kapal terbang.Nasib baik tak terjonggket kapal terbang.Kalau tak, ke bulan la alamatnya hehehe

ni kalau kak nab mesti suka


Sebenarnya hajat nak ke Istanbul ni dah lama terpendam dalam hati ku dan isteri ku kerana nak melihat dan menikmati sendiri tinggalan zaman kegemilangan empayar islam namun masih belum tertunai. Aku sering menikmati keindahan kota Istanbul melalui rancangan TLC di Asteruk dan menyimpan hajat agar suatu , Allah memperkenankan kaki ku yang comel saiz
7 1/2 ni menjejakkan kaki ke bumi turkeye ini . (pembetulan : saiz 7 1/2 negro tau hehehe)

Akhirnya apabila aku merancang utk menunaikan umrah sejak dari tahun lepas lagi , apa salahnya aku rancang utk pakej umrah dan ziarah Istanbul kerana semua sekali aku dapat , akhirat dapat dan dunia pun dapat lalu hari ini dengan izin Allah jua , aku Itam bin Utih menjejakkan kaki ku di bumi Turkeye ini .

Orang sering mengaitkan Turkeye ni dengan sebuah negara sekular tapi selama hampir 4 hari aku di sini, agak sukar aku temui pasangan muda mudi mereka yang jalan berpegangan tangan sambil memeluk erat pinggang pasangan masing2 seperti yang lazimnya kita temui di kota2 besar negara kita seperti Kuala Lumpur .



Bangku kayu ni benar2 menarik perhatian ku kerana cantik dan belum ada cacat celanya kerana aku sering bertemu dengan bangku yang seperti ini di tanah air yang pasti penuh dengan kata cumbu rayu seperti "I LOVE .....", "I HATE YOU..." dan tentu sekali ada no. hp tertera di situ . Yang pasti bandaraya Istanbul mmg bersih pada pandangan ku walaupun penduduknya hampir 20 juta orang dan jawapannya ialah sikap rakyatnya yang menjaga kebersihan dan juga pihak majlis tempatan mereka sentiasa memastikan semua dalam keadaan bersih dan kerana itulah juga mereka akan mencuci jalanraya sebnyak 2 kali sehari agar bebas dari debu kotoran.

Menghirup udara segar pagi yang nyaman di sini yang semuanya dipinjamkan oleh Allah kepada kita semua menjadikan aku sungguh bersyukur kerana atas kurnian Allah ini , aku dapat terus hidup dan dapat terus menikmati keindahan alam di sini . DSLR aku terus mengetik merakamkan saat indah di sini yang pastinya akan menjadi kenangan buat diri ku dan akhirnya akan tinggal kenangan sahaja apabila roh bercerai dari jasad ku dan yang akan dibawa hanyalah 2 helai kain putih dan amalan semata2.


kedai di persekitaran masjid

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    dimana mana pun ada burung merpati..yer

    ps:nampak raut wajah merpati tu semua sama diseluruh negara

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam,

    1. Macam depam Masjidilharam pun banya merpati kan.

    2. Kalau bangku rehat di M'sia org tua macam kakak susah nak dapat tempat. Penuh dgn pasangan berasmadana saja itulah jadinya

    3. Walai dikata negara sekular tapi pegangan agama lebih kuat dari yg non-sekular bebas hingga banyak baby dibuang merata-rata.:(

    BalasPadam
  3. baca tajuk pun kak nab dah sukaaaa...

    mekasih yer pak itam :)))

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam atuk

    merpati dia gemok sikit dan dia kecek turki hehehe

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam kakzakie

    mungkin kerana kita sering dimomokkan oleh media barat yang mmg selalu berniat utk memperlekehkan dan memburukan negara2 islam di mata dunia melalui penulisan mereka

    BalasPadam
  6. kak nab

    hadiah dari saya buat kak nab hehehe

    BalasPadam
  7. mekasihhhh....

    ni datang nengok2 merpati akak tuu :))

    BalasPadam