WARGA SCP

Selasa, Jun 21, 2011

ISTANBUL : JOM TEROKAI EGYPTIAN BAZAAR part 3

salah satu pintu masuk utama ke Egyptian Bazaar

The Spice Bazaar Turkish dalam bahasa Turkish juga dipanggil dipanggil Mısır Çarşısı atau Egyptian Bazaar di Istanbul merupakan salah sebuah bazaar yang tertua di Turkeye. . Terletak di sebuah tempat bernama Fatih dalam kejiranan Eminönü dan merupakan bazaar kedua terbesar di Istanbul selepas Grand Bazaar.

Ia dibina oleh seorang arkitek terkenal Koca Kasım Ağa tetapi disiapkan sepenuhnya pada tahun 1660 oleh seorang lagi arkitek terkenal bernama Mustafa.


hampir 11.00 pagi, suasana di sini memang "happening"

Macam2 ada dijual di bazaar ni tetapi yang paling bapak suka ialah "enviroment" dan suasana di dalamnya yang disinari oleh lampu setiap gerai menjadikan ia bagai sebuah panorama indah penuh dengan warna-warni.

Barang jualannya juga pelbagai dan tidah terhad kepada rempah ratus sahaja walaupun dikenali sebagai Spice Bazaar . Yang takde dijual cuma DVD cetak rompak je kat sini hehehe

Lagi satu , janganlah mengatal datang jauh2 dari Malaysia ke Spice Bazaar ni nak cari rempah kari adabi atau rempah kari mak siti, memang "confirm" takdak




barangan cenderahati banyak di sini
yang pasti bukan " Made In China"


Bapak tak lepaskan peluang merakamkan panorama di dalamnya. External flash terpaksa dipasang di badan DSLR dan tiada masalah langsung untuk memotretkan gambar di dalam bazaar ini kerana para pengunjung dan pekedai begitu sporting sekali dan mungkin kerana mereka telah biasa menerima kunjungan para pelancong dari seluruh dunia yang pastinya akan merakamkan detik2 yang indah setiap kali berkunjung ke sini.


memang cantik hasilan seramik mereka



caviar pun ada kat sini

4 ulasan:

  1. teringin nak kesana sebab masih ada ramai kawan lagi disitu....one day...one day...

    BalasPadam
  2. uncle teringin...kak nab lagi teruja nak ke sana....semoga suatu hari nanti dapat ke sana...

    pak itam ~ pingan2 seramik nak comey lote tu pak itam tak beli ke barang sedozen dua!!

    BalasPadam
  3. uncle

    insyallah, pasti suatu hari nanti, uncle sampai ke sana, kawan2 ramai kat sana senang le nanti nak ajak ranjau kota Istanbul yg banyak sangat tarikannya

    BalasPadam
  4. kak nab

    pasal seramik tu cantik dan buatan tangan istanbul, ada saya bawak balik 4 bijik yg sedang dan 4 bijik yang comel kecik je buat koleksi dan kenang-kenangan,

    depa bubble wrap dan lepas tu terpaksa jadikan hand luggage naik atas flight, kalau tidak mmg pecah bersepai le kalau masuk perut kapalterbang hehehe

    BalasPadam