WARGA SCP

Rabu, Jun 15, 2011

ISTANBUL : MASJID DI MERATA TEMPAT

4 buah masjid selang 100 meter

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Terkeluar ucapan Allahuakbar dari mulut ku bila kiri, kanan,depan, belakang dan boleh dikatakan setiap 100 meter, pasti tersergam indah masjid dengan corak binaan Ottoman yang menjadikan turkeye yang 99% penduduknya beragama islam sangat beruntung .

Aku juga beruntung kerana beberapa kali dapat menunaikan solat di beberapa masjid berbeza termasuklah 2 kali solat jumaat walaupun aku sepatah haram tak faham apa yang dibacakan oleh khatib yang menggunakan bahasa turkish .

Masjid yang paling terkenal dan terbesar ialah masjid biru atau Blue Mosque atau nama asalnya Sultanahmet Camii dan aku juga berpeluang bersolat zohor di dalamnya .



2 buah masjid dalam jarak 100 meter

ni pun sama
bawah sebuah masjid dan di atas ada sebuah lagi

masjid ayub al ansari yang akan menjadi destinasi ku pagi ni

Senibina binaannya dibahagian luar hampir serupa tetapi yang membezakan ialah corak binaan senireka islam yang menghiasi bahagian dalam setiap masjid menggunakan marmar2 dan kaligrapi yang sungguh indah menjadikan masjid2 besar yang terkenal di Istanbul bukan sahaja menjadi tumpuan dan kunjungan umat islam tapi juga tumpuan pelancong yang bukan beragama islam.


Destinasi kami pagi ini ialah Masjid Eyub Al Ansari yang merupakan seorang sahabat Rasulullah yang kembali ke rahmatullah di sini sekitar tahun masihi 622 dan dimakamkan di sini lalu pada tahun 1458 dibawah pemerintahan Sultan Fateh Mehmet sebagai tanda penghormatan dan kasihnya kepada sabahat nabi ini lalu dibinanya makam serta sebuah masjid yang indah buatnya.

Nantikan N3 berserta gambarannya kemudian.


polis traffic dia pakai moto BMW

Ketika aku berada di bumi Turkeye, suasana pilihanraya sedang rancak sebenarnya . Tapi taklah serancak mcm tempat kita yang pasti dipenuhi poster2 yang digantung sepanjang jalan.Begitu juga bila aku bertanya kepada Pemandu pelancong ku untuk mengetahui serba sedikit corak mereka berkempen dan ternyata sungguh berbeza sekali dengan cara berkempen orang kita yang pasti penuh dengan serangan peribadi dan fitnah memfitnah.Nampaknya pasti parti AKP akan memerintah semula kerana Recep Tayyip Erdoğan menurutnya disayangi dan disanjung ramai rakyatnya kerana membawa kemakmuran kepada rakyatnya dan cara hidupnya yang sederhana , begitu juga dengan imej islam isterinya yang disukai ramai.

Dan salah satu menjadikan kempen pilihanrayanya unik ialah kelihatan beberapa buah van dengan gambar calon2 mereka yang bertanding mengelilinggi bandar dengan muzik yang kuat dan mungkin ini cara mereka berkempen dan bukan melalui ceramah2 umun macam di tempat kita.


hanya kelihatan sedikit sahaja poster wakil parti yang bertanding

tinggalan berusia ribuan tahun massih terpelihara
sistem pengairan mereka suatu ketika dulu yang menyalurkan air
ke kawasan luar bandar melalui parit yang dibina

dah sampai dah ke kawasan Masjid Ayyub Al Ansari

terdapat perkuburan yang agak besar dipersekitarannya
puas aku nak pahamkan apa maksud ayat tu
"adak -kurban kesim merzeki"
ooooo
rupa2nya dia nak bagitahu
kat depan tu ada jual bebiri korban oleh peniaga yang bernama Kesim Merzeki
hehehe

tu bebiri dia yang dijual utk buat korban
habis dispray dgn cat sebagai tanda


Kawasan perkuburan lama dengan batu nisan yang unik
di kawasan pintu masuk utama Masjid Ayyub Al Ansari


6 ulasan:

  1. SALAM,
    TKASIH ATAS PERKONGSIAN. LF PERNAH PERGI SEKALI 7 TAHUN YG LALU

    BalasPadam
  2. salam pak itam,

    subhanallah..indahnya ISLAM di turkey
    Masjid banyak tapi mcm ne dgn kehadiran jamaahnya??

    Syukur Recep Tayyip Erdoğan mengekalkan tampuk pemerintahan yg terbukti degan kepimpinannnya selama ni.

    nampaknya di celah pembangunan,harta warisan dan keaslian hijauan rembutan tetap dikekalkan..terasa damai sekali .
    Terima kasih atas perkongsian ini..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Pak Itam,

    Seronok kakak dapat menghayati dari paparan cerita dan gambar yg dititip. Terima kasih...

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam tuan LF

    banyak khazanah bumi turkeye yang boleh diterokai , insyallah

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam ain

    semasa kami solat jumaat di sana, penuh hingga sukar nak cari tempat

    mmg gumbira sekali di sana krn yang nak makan pun tak was2

    banyak sebenarnya harta warisan mereka yanbg masih terpelkihara hingga kini walaupun usianya menjangkau ribuan tahun

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam kakzakie

    alhamdulillah

    berkongsi pengalaman dan pengamatan ketika saya di sana

    seperti biasa, setiap perjalanan saya ke tempat org akan saya kutip dan ambil seberapa banyak ilmu dan pengalaman mengenai budaya hidup, sosial dan apa jua yang menjadikan setiap perjalanan itu bermakna dan boleh saya pelajari sesuatu yang baru

    BalasPadam