WARGA SCP

Jumaat, Jun 10, 2011

SALAM DARI ISTANBUL SEBELUM BERANGKAT PULANG

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Kami selamat sampai pagi tadi ke Istanbul semula dari Jeddah dan sekarang bapak bersiaran dari hotel transit yang disedia Turkish Arline . Hotel Pistol atau The Gunes bertaraf 4 bintang, dan yg bestnya ada kemudahan komputer dan internet wifi.

Kami akan bertolak pulang ke tanah air malam ni jam 11.50 malam waktu turkeye ke changi airport .

Banyak pengalaman yg tak ternilai yang bapak dapat kutip sepanjang perjalanan ini yang tentu memberikan impak yang sangat besar pada diri bapak kerana yang paling utama perjalanan bapak kali ini yang menjadi fokus utama ialah berada dekat dengan Rumah Allah dan apa yang bapak hajati sepanjang berada di Rumah Allah dan juga semasa berada di bumi kewafatan nabi semuanya dipenuhi oleh Allah dan amat bersyukur sekali yang pasti tak terucap dengan perkataan, tak terkata dengan ayat , tak terungkap dengan gambaran .

Insyallah , minggu depan bapak akan kembali bersiaran dan mungkin siaran bapak kali ini begitu panjang sekali kerana banyak yang bapak ingin kongsikan dengan kalian semua.

Namun , sebelum siaran SCP kembali normal, sedikit ole2 dari bapak buat kalian semua yang keluar dari sd card bapak dan tak sempat nak edit2 .

Doakan kami selamat sampai ke rumah kami dan bapak rindu akan kalian semua .

opssss , now around 5 pm at istanbul dan permulaan musim bunga

ok , see u all next week

wasalam



suatu hari di silk market yg berusia ribuan tahun

suatu masa di Egyptyn Market juga berusia ribuan tahun

panorama indah budaya turkeye

antara puluhan ribu masjid di bumi turkeye

Blue Mosque berusia ribuan tahun

yang ni hehehe
baca le sendiri
boleh masak campur sekali dalam asam pedas kot
hahahaha

18 ulasan:

  1. ^_^...selamat pulang pak itam....selamat bergumbira...enjoyyy!!!....

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    selamat kembali ke tanah air
    moga perjalanan dipermudahkan
    serta umrah yg mabrul

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Pak Itam,

    Seminggu berlalu rasa cepat benar dah nak balik. Mak Itam mesti shopping sutera. Then Pak Itam beli viagra nak masuk campur dalam asam pedas tak. Bolehlah test. Hehehe....

    BalasPadam
  4. wow..pasti nanti meletooopp asam pedas mak itam ;)))

    tak sabar nak nengok gambar2 dari sana ..

    BalasPadam
  5. salam pak itam,

    welcome back!!!!
    woow,,,,bukan sebarangan ole2 nie..amatur cum profesional photographer.....

    Terima kasih atas perkongisan pengalaman...stiap angle pengertian berbeza ...subhanllah dan beruntunglah pak dan mak itam..
    Mudahan selamat sampai..

    BalasPadam
  6. Aslkm
    Ada gambar yg tak boleh tgklah...selamat pulang.

    BalasPadam
  7. salam - selamat kembali ke tanah air. Pak Itam & Mak Itam ke sana juga rupanya. Tak bersua pulak kita di sana yer..saya sampai pada 11 Jun - alhamdullilah

    BalasPadam
  8. BHS

    alhamdulillah

    flight landing on time 3.30 pm di singapore semalam, 4.30 lps ambil baggage dan terus airport tranfer ke HC

    tambak jammed sikit dan pukul 7.00 malam dah sampai rumah di HC

    ni tadi baru balik pasar jumnpa pulak kepala mayong, jadi bermayong asam pedas daun kesom le kami gamaknya tengahari ni hehehe

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam atuk

    alhamdulillah

    semua Allah permudahkan
    moga segala ibadah diterima Allah

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam kakzakie

    hanya beli sehelai dua tudung sutera buat anak dan maknya je sebagai kenangan

    tu turkesh viagra mau buat mabuk kalau campur asam pedas hahaha

    BalasPadam
  11. kak nab

    asam pedas tak meletop, yang meletup perut saya kot hehehe

    banyak kak fotonya semua dari pelbagai genre mcm street photograpy, culture dan memacam lagi

    akak nantikan ye

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam ain

    alhamdulillah

    berkat doa dari rakan2 semua, kami selamat sampai magrib semalam selepas 11 jam penerbangan dari istanbul

    insyallah, akan saya kongsikan dgn rakan2 sekalian demi manafaat bersama

    insyallah

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam mama ju

    komputer mama ju kot hehehe

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam buat cikgu SAk juga

    selamat kembali jugak buat cikgu dan suami

    saya nampak cikgu, cikge je tak perasan saya hehehe

    BalasPadam
  15. Salam Pak Itam,

    Selamat pulang ...akak nantikan coretan pak itam tuu..

    BalasPadam
  16. CR<

    Cantik dan indah bumi Turkey ni

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam ka sidah

    tq kak

    rasanya dalam 100++ n3 utk perjalanan kali ni

    terima kasih krn akak sudi mengikutinya

    BalasPadam
  18. rosli

    mmh indah kena pulak suhu 16-18 darjah celcius dan layan pulak tinggalan sejarah kerajaan ottomaniah

    BalasPadam