بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Destinasi pertama pagi ini ialah sebuah restoran tempatan yang terletak di kawasan Sultan Ahmet yang merupakan tumpuan pelancong kerana di sinilah terletaknya Masjid Biru, Aya Sofia dan Tokapi Palace.
Sebelum tu aku dah jangka yang pasti bukan sarapan nasi lemak atau teh tarik lalu tekak aku selama beberapa hari harus disesuaikan dengan tekak orang Turki. Namun atas permintaan travel agent yang menguruskan segala perjalanan kami selama beberapa hari di sini, kami bersarapan dengan nasi yg ditumis cara turkey bersama kebab, sebelum tu sebagai pembuka kata , salad dan sayuran sebagai hidangan diikuti roti mcm roti tempayan tu dicecah dengan sup kacang pol .
Bukan budaya mereka makan nasi , mereka lebih kepada roti sebagai hidangan utama dan nasi hanya beberapa kali je buat mereka dalam sebulan.

Istanbul ,sebuah kota kuno yang telah wujud ribuan tahun dahulu dikenali sebagai Byzantium dan Constantinopole merupakan kota yang terbesar di Turkey dengan kepadatan penduduknya mencecah 20 juta orang sedangkan negara kita Malaysia secara keseluruhannya hanya 27 juta orang.
Yang menjadikan ia terkenal kerana sebahagiannya terletak di Benua Eropah dan sebahagian lagi terletak di benua Asia dan hanya dipisah oleh Selat Bosphorus.
Kerana keunikan kota ini yang masih kekal hingga sekarang bangunan atau binaan yang berusia ribuan tahun , maka kota ini merupakan salah sebuah Kota Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Unesco sama seperti Edinburgh di Scotland.

Matawang yang diguna pakai ialah Turkish Lira atau TL namun mata wang USD serta euro juga diterima di sini. Kerana agak sukar mendapatkan di Kuala Lumpur matawang TL ni ,puas aku ukur sepanjang jalan TAR cari money changer , tapi depa tak ada matawang TL ni, rupee india banyak le tapi nak buat apa hehehe,
terpaksalah aku bawa sedikit matawang USD untuk ditukarkan nanti di sini .
1 USD = 1.59 TL dan 1 TL lebih kurang RM2.00 kita
Bahasa utama ialah bahasa Turkish dan hanya sedikit bahasa inggeris digunakan dan rata2 penduduk mereka mmg tidak berkomunikasi dalam bahasa inggeris, mereka berbangga dengan bahasa ibunda mereka sedangkan kita ni orang melayu dok sibuk dengan bahasa inggeris ditanah air kita hingga nampak seperti meminggirkan bahasa ibunda sendiri.Bukan bahasa inggeris itu tidak penting, tapi janganlah sampai nampak seperti kita menganaktirikan bahasa ibunda sendiri . Lihat saja mereka dan juga negara jepun serta korea, tetap maju walaupun menggunakan bahasa ibunda mereka dan kalah negara kita dari segala segi.
Namun jangan terperanjat jika ramai peniaga yang aku temui boleh berbahasa melayu seperti di Egyptian Market dan Grand Bazaar mcm kat makkah dan madinah juga.
Rasanya ramai rakyat malaysia yang telah ke sini namun sebilangan kecil je rakyat Turki yang melancong dan datang ke negara kita kerana produk pelancongan mereka di sini terlalu banyak dan hebat2 belaka yang mengamit pelancong dari seluruh dunia termasuk warga jepun serta korea yang kerap aku temui di sini . Nanti akan ku titipkan cerita dan gambarannya satu persatu dalam setiap N3 keunikkan Turkey hingga menjadi salah satu destinasi peloancongan yang terkenal di seluruh dunia bukan sahaja utk umat islam tapi tak kira agama utk menyaksikan tinggalan sejarah kegemilangan islam yang pernah membentuk sebuah tamaddun yang hebat di dunia suatu ketika dulu.

Banyak sebenarnya koleksi foto2 yang menarik yang sempat aku rakamkan selama 4 hari bermusafir di bumi turkeye ini, nanti aku titipkan satu persatu mengikut detik dan masa aku di sini dan ikut mood atau ilham mcmmana nak aku ceritakan.
Mungkin N3 ku kali ini tak tahu berapa banyak kerana idea bercerita datang dari foto yang aku potretkan . harap kalian sudi mengikuti n3 ni dan tak bosan.
Dalam pada aku bercerita tentang sedikit cara hidup dan budaya masyarakat turkeye, ni 2 keping foto dari koleksi ku di kota Makkah yang aku rakamkan dari jendela bilik hotel ku yang menghadap "Haram View" . Aku ambil dari atas katil aku dgn dua suasana berbeza, suatu di waktu malam dengan fokus utama ialah 2 menara utama pintu masuk dan satu lagi sengaja aku fokuskan ke langsir tingkap agar kelihatan "bokeh" utk menara dibelakang.

See u all in next N3
wasalam
Aslkm CR
BalasPadamTkasih. Cantik. Tapi dlm byk gambar tu saya boleh tgk 3 je...entahlah lambat atau apa.
kpah berangan nak pegi turki tapi tak tahu bila.
BalasPadamcantik2 gambar tu..
bila kakpah nak gi umrah mungkin tak bawak kamera gedabak tu. Rasa macam leceh je susah nak masuk masjid.
pasti seronok perjalanan pak itam..
Assalamualaikum Pak Itam,
BalasPadamTak apa ceritakan satu-persatu. Kakak suka menikmati hidangan sikit-sikit tapi jelas. Gambar-gamabr pun menarik juga. Tak jumpa CL dgn HA ke masa di Mekah?
Kakak tunggu next N3....
waalaikumsalam mamaju
BalasPadamrasanya komputer mama kot , dia nak suruh beli baru tu yang power sikit hehe
kak pah
BalasPadaminsyallah, sampai nanti suatu hari
kami pun sebenarnya dah lama berhajat nak ke turkey, baru ni Allah makbulkan , alhamdulillah
tu semua pakai kamera hp je kak heheheheheheheheheheheheheh
waalaikumsalam kak zakie
BalasPadamnak cerita kena tengok ilham dulu hehehe
gambar2 saya tak sempat edit kerana terlalu banyak dan hanya letak watermark je
Salam Pak Itam,
BalasPadamSeronok ikuti perjalanan pak itam ni..pak itam memang pandai bercerita..Alhamdulillah..sambung lagi yer pak itam
waalaikumsalam kak sidah
BalasPadamalhamdulillah, saya ni kak penulis tak bertauliah hehehe