WARGA SCP

Rabu, Jun 22, 2011

ISTANBUL : TURKISH DELIGHT DI EGYPTIAN BAZAR part 4

Hazzer Baba ni rasanya adik kepada Ali Baba


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Turkish Delight atau bahasa turkish sebagai Lokum adalah makanan tradisional mereka berasaskan jelly dan gula lalu diperkayakan dengan bahan2 lain seperti kurma, kacang pistachios , hazelnuts atau walnuts yang dibalut .

Terdapat beratus rasanya turkish delight ini mengikut jenisnya .

Dalam bahasa Turkish, lokma dan lokum berasal dari bahasa Arab لقمة luqmat, akan dihidangkan sebagai penyeri semasa menyambut tetamu yang datang berkunjung dan telah terkenal sejak kurun ke 15 lagi semasa zaman pemerintahan kerajaan islam Ottoman.

Terdapat pelbagai2 rasa yang kebanyakkan manis sungguh dan bapak puaslah juga merasa secara percuma apabila diberikan oleh peniaga2 di situ.

Setelah puas merasa , akhirnya kami ambil keputusan untuk membeli apa yang berkenan ikut tekak kami .



sedap juga chese ni rupanya dimakan begitu sahaja










sucuk ni punyalah liat mengalah getah ojol tapi sedap pasal ada kacang dalamnya




sebahagian dari turkish delight



Kebetulan kat sini pun banyak dijual kacang2 dan seangkatan denganya dengan harga yang berpatutan dan murah, bapak dan ibu membeli kacang pistachios , hazelnuts dan walnuts setiap satu jenis dalam 2 kg juga . Jadi tak payah lagi cari di Madinah dan kacang2 tu nanti boleh dihadiahkan kepada rakan2 dan ahli keluarga nanti bersama2 kurma yang pastinya akan dibeli di pasar kurma Madinah kelak .

Tapi masalahnya, kami tak punya wang turkish Lira, tapi pekedai tu mengira dahulu semuanya dalam Turkish Lira lalu di"convert"kan pula ke dalam USD , selesai satu masalah.

pelbagai jenis kacang dan sewaktu dengannya

4 ulasan:

  1. Wowwww....suka tengok ni semua :)))

    hehehe...turkish viagra pak itam tak beli ke??

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam,

    1. Inilah pertama kali kakak tengaok cheese gedabak-besranya!!

    2. Itu yg liat buat kakak teringat masa kecik dulu ada gula merah liat gigit-gigit jadi kudapan jajan :)

    3. Kian seronok menikmati keindahan Turkey.

    BalasPadam
  3. kami enjoy dgn suasana kat dalam bazaar tu , sukar nak temui kat tempat2 lain

    turkish viagra hehehe
    tengok dari jauh je hehehe

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam kakzakie

    cheese tu mmg besar gedabak dan dia akan potong kalau nak beli dan timbang, yg potong hiris2 kecil tu dia bagi rasa sapa nak rasa, sedap

    Allah kurniakan bumi turkey mcm2 tarikan dari segi sejarah, landscape dan banyak lagi , seronok utk menerokainya

    BalasPadam