WARGA SCP

Jumaat, Jun 17, 2011

ISTANBUL : EGYPTIAN BAZAAR part 1

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Drama sebabak pagi itu:

"Yang oiiiii, rempah dah habis nak masak kari ni " jerit mak itam

"alamak, mana nak cari kari dan rempah ratus ni"

aku lantas tinggalkan seketika persekitaran masjis Ayub Al Ansari dan mengayuh basikal cabuk ku ke pasar berdekatan,
yang ada cuma bazaar mesir atau Egtptian Bazaar .

Parking basikal dan ikat kat tiang dan terus masuk ke dalam

apa yang ada kat dalam

kalian saksikanlah sendiri

Bazaar ni dah wujud sejak tahun 1597 lagi, bermakna dah hampir 400 tahun lebih dan sehingga kini masih kekal dengan bentuk binaan asal , memang unik dan bab tu bapak tabik pada pemerintah Turkeye yang tetap mempertahankan seni warisan sejarah mereka yang menjadikan bazaar ini antara bazaar yang tumpuan utama pelancong dari seluruh dunia .









Gerai ni aku tak tahu apa dia jual , jangan2 ni pejabat tok kadi turkeye tak ,
boleh nikah sendiri hehehehe
sekeri bahasa turki , bahasa melayu maknanya sendiri
jadi "NIKAH SENDIRI" hehehe

pasal aku leka dok tengok suasana dan panorama yg begitu menarik perhatian ku, lantas aku dah lupa pesan mak itam suruh beli rempah nak masak kari kambing, akhirnya aku pun mengetik DSLR ku siap pasang flash lagi dan inilah hasilnya , baru sikit ni , ada banyak lagi panorama indah dalam bazaar ni yang sempat aku rakamkan dalam 100++ shots juga

esok2 kalau bapak rajin, bapak kasi sambung cerita dogeng di Egyptian Bazaar ni

10 ulasan:

  1. ^_^...BHS tak faham, so terasa le lawaknya...esok BHS ziarah lagi....

    BalasPadam
  2. penuh warna warni...pak itam tak beli ke saffron tu?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Pak Itam,

    Kalau kakak beli sikit-sikit Pak Itam boleh juga rasa kalau kita gunakan manalah tau sedap.

    Itu yg macam cepu org renjis masa berinai Pak Itam tak beli ke? Menarik mata kakak bendalah itu.

    BalasPadam
  4. nikah sekeri versi orang putih adalah di mana pengantin lelaki melafaz nikah dalam keadaan leher diacu pisau (nikah scary) ;)

    eh, kelakar ke? macam tak je pulak, haha

    BalasPadam
  5. salam pak rejeki....

    bestnyer tengok gambau gamabau pak rejeki...canteeek..


    wasalam

    BalasPadam
  6. salam BHS

    hehehe tu bukan lawak laa, tu ceramah motivasi tu hehehe

    BalasPadam
  7. kak nab

    mmg very colourful dan wonderful kat situ

    tak beli kak safron tu psl masak asam pedas tak pakai safron hehehe

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam kakzakie

    kami just beli kacang2 dan sewaktu dengannya yang murah belaka , jadi tak payah beli dan cari di madinah nanti

    kacang2 tu utk kami tinggal sikit je krn sedekah2 pada rakan dan keluarga

    BalasPadam
  9. kog

    setakat pisau plastik potong kek kat leher takde hal punya hahaha

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam cl

    2000++ shots juga dalam 13 days journey cover istanbul, bursa, madinah dan makkah

    kami budak baru belajar je hehehe

    BalasPadam