WARGA SCP

Khamis, Jun 16, 2011

ISTANBUL : MASJID AYUB AL ANSARI



Abu Ayyub Al Ansari dipercayai lahir sekitar tahun 576 merupakan dari suku kaum Ansar yang memnyambut nabi dengan tangan yang terbuka semasa baginda mula2 berhijrah ke Madinah dimana mengikut sejarahnya, nabi pernah tinggal bersama2 Ayub Al Ansari selama hampir 7 bulan lebih ketika baginda baru sampai ke Madinah selepas berhijrah dari Makkah.

Menurut sejarah islam juga, Abu Ayyub Al Ansari bersama tentera2 muslim telah pergi berjuang ke Costantinople atau sekarang dikenali sebagai Turkeye utk membebaskan dari tentera rom masa tu lalu beliau terkorban di sana lalu dimakamkan di sini.

700 tahun kemudian selepas tentera islam dibawah kerajaan Ottomaniah berjaya menakluk Costantinople, sultan Memmet II telah membina makam buatnya disini sebagai menghormatinya yang pernah menjadi sahabat nabi dan berjuang menentang tentera kafir pada masa itu.

makam Abu Ayyub Al Ansari
sentiasa dipagar rapi


Di samping itu , sebuah masjid juga dibina disitu bersama beberapa kemudahan lain dan sehingga kini masjid yang dinamakan Masjid Ayub Al Ansari terus berdiri teguh walaupun telah berusia hampir 600 tahun lebih dan menerima kunjungan dari semua bangsa tanpa mengira agama .

Alhamdulillah, dipagi yang hening , aku melangkah ke dalam masjid ini sambil cuba menyelami perjuangan sahabat nabi ini dalam menegakkan islam ketika itu bersama2 nabi hinggakan nyawanya menjadi taruhan dan akhirnya terbunuh sebagai seorang syahid yang pasti balasannya tiada lain selain syurga.

Aku dan anakku lantas ke pancur air diluar lalu mengambil wuduk dan tidak melepaskan peluang solat tahyatul masjid dan solat dhuha sekali .

Aku nikmati keindahan senibina islam di dalamnya yang pada ku tiada tolak bandingnya dan bersyukur kerana tinggalan sejarah ini yang tak ternilai masih terpelihara hingga kini .

Suasana hening di dalamnya begitu tenang sekali , terasa damai di dalam hati dan alangkah indahnya jika boleh berlama2 atau beriktikaf di sini sambil merenung kembali sejarah perjuangan para sahabat rasulullah ketika itu dan yang pastinya kita ni sebagai umat nabi Muhammad pasti terlalu kerdil hinggakan sebutir hama pun lebih besar jika dan dibandingkan dengan pergorbanan kita berbanding para sahabat nabi dalam memperjuangan islam ketika itu.

Ku harapkan kunjungan ku ke sini akan memberikan ku sesuatu impak dan kesan dalam kehidupan ku hari ini di dunia sekarang yang terlalu penuh dengan liku2 dan tipu daya dunia dan agar kita semua umat islam dan umat nabi Muhammad tidak tersesat dan kembali berpegang kepada ajaran agama serta al quran dan al sunnah kerana itulah senjata kita yang paling ampuh ketika ini dalam memerangi propaganda musuh2 islam dan itulah sebenarnya perjuangan kita hari ini berbanding perjuangan sahabat2 nabi suatu masa dulu yang lebih kepada berbentuk fizikal manakala perjuangan kita sekarang lebih kepada bentuk mental dan spiritiul.






kubah dari bahagian dalam masjid



4 ulasan:

  1. assalamulaikum warohmatullah hiwabarokatuh tuan rumah...

    ni BHS menghayati kurniaan ILAHI melalui rakaman indah lensanya ...Masha ALLAH ..tabarokallah....^_^...

    esok-esok ada peluang lagi BHS singgah tuk membaca pula...Insya ALLAH....

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam,

    Wah... payung di perkarangan Masjid Nabawi dah jadi payung rumah SCP. Cantiklah...

    Kakak rasa kalau surf internet gambaran yg diberi pun tak sehebat gambar-gambar yg Pak Itam ambil (sebab anak kakak masa form 1 dia kena buat kertas kerja masjid ini - tak dpat banyak gambar). Bagus jadikan N3. Kakak rasa lain kali kalu surf lagi mesti N3 ini akan keluar. Boleh bantu yg memerlukan.

    BalasPadam
  3. waalaikumsalam BHS

    singgah jangan sampai lupa jalan pulang tau hehehe

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam kak zakie

    banyak koleksi foto saya semasa di sini sebagai koleksi peribadi

    alhamdulillah
    sekiranya setiap gambaran dan n3 yang ada dalam SCP boleh membawa manafaat dan kebaikkan, saya sgt bersyukur krn itulah salah satu objektif saya menulis di SCP

    BalasPadam