WARGA SCP

Khamis, Jun 30, 2011

BURSA : JOM KITA MAKAN


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Kami tiba di kawasan seperti yang dirancang di Bursa hampir jam 12 tengahari juga lalu terus di bawa ke sebuah restoran tempatan untuk menikmati makan tengahari .

Dah masuk hari kedua ni kat Turkeye, kejanya jalan makan, jalan makan,jalan makantiba semula di hotel menjelang magrib hanya untuk berehat je dan tidur
magrib pulak kul 8.30 malam juga baru masuk waktu ,
jadi memang belah siangnya meranjau sepanjang jalan .

Yang aku rasa best sekali kerana takde masalah nak tunaikan solat di turkeye ni kerana setiap hari pasti ada masjid yang akan kami lawati termasuk dalam aturcara , jadi memang takde masalah langsung nak tunaikan solat



Menyusuri kaki lima rumah dan kedai menuju ke Yesil Konak ,
apa maksudnya memang aku tak tahu , tapi yang aku tahu jika papan tanda Yesil Konak ni kat malaysia, mau ada yang gatal2 tangan lakukan vandalisme yang menukar Yesil Konak jadi ................ dot,dot.dot

panorama setempat dari tingkap Yesil Konak di tingkat 4

Aku dah agak menunya , mesti salad sebagai pembuka selera , roti cecah kuah kacang pol atau kacang kuda serta nasi tumis lawan kebab daging.

Sah , betul tekaan ku hehehe

Makan je lah, bukan tak sedap, sedap
tapi aku rasa kalau inilah menu ku tetiap hari, mau naik 2-3 kilo babat kat perut ni dan nanti takut karang leher aku terbenam pula hehehe

mau aku akan jadi orang2 turkeye yang selalu kita jumpa kat Makkah yang badannya semua montel2 belaka

Restoran ni punya banyak ruang makan pada setiap tingkatnya dan kami ditempatkan di tingkat 4 . Kerana lifnya yang kecil hanya boleh memuatkan 4 orang setiap masa, jadi aku lebih senang naik dan turun menggunakan tangga je , kurang2 boleh bakar sikit kalori

Macam biasa , lepas makan pasti dihidangkan dengan teh turkeye yang dihidangkan dengan gelas yang kecil kemetot. Tapi aku tak berapa suka pasal aku rasa kelat semacam je teh dia , karang sembelit kang payah hehehe


kami macam sebuah keluarga besar
beberapa buah keluarga sahaja tapi jumlah semua 40 orang



Rabu, Jun 29, 2011

BURSA : FAKTA BERKAITAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Bursa sebuah bandar yang terletak di baratdaya Turkeye dan terletak dalam wilayah bursa. Mempunyai penduduk sekitar 1.9 juta dan menjadi kota yang ke 4 terkenal dan popular .

Bursa terletak di kawasan Mount Uludağ di bahagian selatan wilayah Marmara . Dikelilingi oleh lautan Marmara dan Lautan Yalova di bahagian utara Kocaeli dan Sakarya ; Bilecik di bahagian timur dan Kütahya dan Balıkesir di bahagian utara.

Bursa kerap dipanggil dengan gelaran "YESIL BURSA" yang membawa maksud " GREEN BURSA" kerana ia sebuah kawasan boleh dikira tanah tinggi juga kerana terdapat banyak taman2 menghijau yang menghiasinya dan pada musim sejuk pula kawasan pergunungan Uludağ menjadi kawasan bagi peluncur2 salji dan segala kemudahan berkaitan terdapat di atas pergunungannya termasuk sebuah ski resort. Sayangnya kunjungan ku ke sini pada permulaan musim panas , jadi kalau nak ke atas pun takde salji dah hehehe

Lagi satu , Bursa juga terkenal dengan menu makanan Turkish terutamanya kacang chestnut bersalut gula dan İskender kebab.

Kasa a.k.a Cash a.k.a Tunai
bunyi bahasa turkish ni dedekat sama je hehehe



Dalam perjalanan ke Bursa, melintasi sebuah pekan kecil lalu singgah sebentar kami di salah sebuah perusahaan kecil yang memproses Turkish Delight . Puas jugalah merasa kepelbagaian jenisnya dan ada sekotak dua juga bapak beli buah ole2 , antaranya cotton candy dan entah apa nama kebenda tu yang manis sangat , kalau orang kecing manis, confirm lps jamah je apakebenda ni, terus gula tak boleh baca hehehe

Memang kebanyakkan Turkish delight ni manis2 belaka

bas awam dia comel


bapak sering kali jumpa perkataan kucuk ni

di Wilayah Bursa ni, lebih banyak warganya yang boleh kira veteran
kira mcm bandar tempat orang dah pencen la


lagi bas awam dia


kedai makan rasanya ni

di Turkeye left hand drive


Kami meneruskan perjalanan ke Bandar Bursa yang dalam 60 km lagi menyusuri kaki2 bukit mcm jalan nak ke Cameron Hoghlands pulak rasanya . Kami akan terus menuju ke kawasan Yesil Mosque untuk makan tengahari dahulu sebelum melawat kawasan persekitarannya.



kereta polis dok tepi memerhati sapa yg langgar peraturan pasti disaman




Selasa, Jun 28, 2011

ISTANBUL : PANORAMA INDAH ATAS FERI MENUJU BURSA part 2

Ponnnnnnn
Ponnnnnnn
Ponnnnnnn

meninggalkan pelabuhan membelah laut Marmara
besar juga feri ni dan terdapat kemudahan seperti cafe di sini
jom, layan panorama indah sepanjang hampir 45 minit menuju Bursa













Akhirnya bumi Bursa kelihatan dari jauh
Alhamdulillah, selamat sampai tanpa sebarang masalah


wanita tua turkeye dengan seluar besar tradisi mereka

Isnin, Jun 27, 2011

ISTANBUL : PANORAMA INDAH ATAS FERI MENUJU BURSA part 1

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH


Setelah 1 1/2 jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke terminal feri di pelabuhan Eskihisar dan akan meneruskan perjalanan ke Bursa. Sebenarnya ada jalan darat ke sana, tetapi agak jauh memakan masa berbanding menaiki feri . Perjalanan feri dijangka dalam 45 minit juga sebelum sampai ke terminal sebelah Bursa.

Banyak sebenarnya feri ulangalik ke sana , jadi tak perlu tunggu lama . Kelihatan seorang pekerja feri sedang menunggu untuk mengatur kedudukan setiap kenderaan agar seimbang. Kalau tak mau senget dan tenggelam nanti feri ni.



Lama rasanya bapak tak naik feri dan kesempatan begini pasti bapak tak lepaskan. Sambil menikmati permandangan indah pagi yang agak berkabus , sambil tu menyedut udara dingin pagi yang nyaman serta menyegarkan . Semuanya kurnian Allah pada makhluknya .

Cuba kalau Allah tarik nikmat udara ni, pasti haru biru jadinyanya dunia.
Alhamdulillah, Allah pinjamkan kepada kita semua nikmat dan rahmatnya ini.


Dalam 10 minit , feri dah siap penuh dan bersedia meninggalkan pelabuhan . Kami tak perlu duduk di dalam bas sepanjang perjalanan ini, bebas ke mana2 selagi tak masuk bilik enjin dan ruang nahhoda, sudah la