WARGA SCP

Rabu, Mac 06, 2013

USA PART 54 : STREET PHOTOGRAPHY AROUND DISNEYLAND CALIFORNIA

ALHAMDULILLAH

Jom kita patah balik ke Disneyland Park California. Aku rasa sepanjang aku kat Disneyland Park ni je , banyak juga foto telah aku rakamkan untuk koleksi ku. Secara keseluruhan lebih 3000 shots yang aku dah lakukan sepanjang aku di USA ni.

Ini pasti menambah jumlah bilangan shutter count aku kat kamera cabuk aku ini. Sebenarnya 3-4 bulan yang lalu, aku dah mula intai2 model terbaru DSLR Nikon D600 full frame .

D600 ni menghasilkan 24.3 megapixel (23.4 mp) dengan FX format sensor berbanding sekarang yang aku gunakan DX format sensor.



FX format sensor akan menghasilkan foto yang "lebih umppph" berbanding DX format. Lagi pun dia jenis full frame yang akan merakamkan setiap perincian berbanding DX format. Focus pointnya pula ada 39 titik jenis high density (HD) . Enjinnya juga yang terbaru iaitu Expeed 3 . 

Kerana kecangihannya, harganya juga canggih hahaha
Untuk body sahaja dalam tujuh ribu lebih dan set full kit dengan lens 24-85 FX dalam 9 ribu lebih . 

Tapi masalahnya sekarang , kalau aku sambar body D600 ni, maknanya aku tak boleh gunakan lens aku yang semuanya jenis DX tu kerana ia takkan memberikan kesan yang kita harapkan jika gunakan kat D600 FX ni. 



Jadi aku pun ketepikan dulu keinginan aku untuk D600 ni kerana aku rasa bukan keperluan utama masa ni  kerana yang lama ni masih berfungsi dengan baik kerana aku menjaganya dengan sebaik mungkin.

Set aku yang buruk ni pun dengan beberapa lens dan peralatannya dan rega berbelas ribu . Nampak macam membazir , tapi hakikatnya pada aku tidak kerana kepuasan merakamkan gambar tak dapat dibeli dengan wang ringgit.


Pelbagai cara Allah jadikan untuk mencari kepuasan dalam hidup dan salah satu caranya yang Allah bagi pada ku adalah dengan hobi merakamkan foto2 buat koleksi peribadi ku bila aku berkesempatan melakukan pengembaraan.

Namun sesetangah orang berpendapat , membazir je habiskan duit jalan sana, jalan sini dan juga untuk segala peralatan kamera tu. Tapi hakikatnya pengalaman yang kita perolehi sepanjang itu memang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. "It's Priceless"




Setiap individu punyai minat memasing. Ada yang minat berblog, ada yang minat pikat burung , ada yang minat kumpul magnet fridge dan memacam lagi.

Minat atau hobi aku salah satunya adalah merakamkan foto . Aku jugak minat menulis , tapi menulis dalam blog buruk ni je kerana aku tak punya kelulusan dan pelajaran tinggi nak tulis buku yang pasti takda penerbit yang berminat bila tahu latar belakang kita hanya setakat SPM. Itu hakikat yg perlu diakui dalam zaman sekarang ni yang orang lebih mementing kelulusan dari pengalaman .

BM aku pun 2 kali ambil peperiksaannya . Sekali masa SPM lulus je , dapat 7 dan terpaksa aku  ambil "Julai Paper" dan baru dapat kepujian.

Namun ramai juga kalangan rakan di alam maya yang cadangkan apa kata aku kongsikan pengalaman hidup aku ni dan terjemahkan dalam bentuk buku atau jurnal dan diterbitkan. Tapi entahlah, aku masih belum mahu mengorakkan langkah ke arah itu.


Namun alhamdulillah, dari minat aku hanya menulis dan berkongsi foto di blog buruk ni, sebenarnya aku telah dihubungi banyak pihak juga melalui email antaranya agensi pelancongan yang mahu menjalinkan kerjasama berkaitan .

Aku juga terkejut apabila seorang pengarang menghubungi ku dari sebuah akhbar harian nasional yang ingin menjalinkan kerjasama dgn memetik dan mengambil tulisan dan bahan2 serta foto yang mereka rasakan berfaedah dan sesuai untuk dikongsi bersama kepada pembaca akhbar mereka .Aku menghargai sikapnya itu yang meminta kebenaran terlebih dahulu .

Entahlah, adakah aku berkelayakan untuk semua itu ???

Namun dengan menulis di SCP, aku merasakan semacam satu terapi buat ku disamping aku berkongsi foto-foto yang tak seberapa ni hasil dari seorang yang amatur seperti ku.

Begitulah juga garapan penulisan ku dari seorang hamba Allah yang hanya lulus BM cukup-cukup makan je hahaha .











Di sini SCP ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan salam takziah
buat keluarga anggota keselamatan kita yang terkorban
dalam mempertahankan kedaulatan negara.

AL FATIHAH

13 ulasan:

  1. Salam pak.
    Ada satu persoalan.
    Kenapa orang panggil pak itam and mak itam?
    Yes its priceless.
    Experience to travel the world.ohhh bestnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      pak itam and mak itam hahaha
      nama tu muncul beberapa tahun dulu dah hehehe
      dulu kami dah mcm dalam satu keluarga besar di PDKM walaupun tak pernah bersua muka . tu yang ada kak ngah, abg long lalu muncul pulak pak itam hehehe

      lagi pun saya ni hitam pasal berjemur kat kebun gotah hehehe

      Padam
  2. Salam,
    Saya juga mempunyai minat yang sama seperti Rezeki. Suka jalan-jalan, ambil gambar dan kongsi pengalaman ini dengan orang lain. Tetapi kamera saya tidaklah secanggih mana, biasa-biasa je, kadang-kadang yang koman-koman, maklumlah tak mampu nak beli yang melebihi 4 ribu :(

    Kepuasan mengambil gambar dengan kamera yang baik dan lensa yang baik tentu tiada nilainya. Teruskanlah dengan hobi Rezeki itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam kak

      alhamdulillah kak
      ada sikit limpahan rezeki dari Allah buat kita lihat dunia dan peradaban manusia

      byk juga RM habis kat kamera dan peralatannya serta lens , tapi sekarang apabila dah lengkap , saya dah tak perlu beli lagi apa2

      hanya pakai dan gunakan serta jaga dia sebaik mungkin

      Padam
  3. As salam....

    Saya ni silent reader jer..sy akn berkelana sekejap ke US dan Alhamdulillah byk insights yg sy dapat drpd penulisan tuan. Perkongsian tuan nih priceless dan ternyata memberikan manfaat kpd orang lain so trusan mnulis tuan.

    Tuan tak myinggah d Universal studio kaa? Sy cadangnya nk masuk Universal studio jer nanti d LA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam Ellie

      Alhamdulillah, harap penulisan saya dapat memberi sikit manafaat pada sesiapa yg memerlukan

      nak sambung belajar ya kat sana,alhamdulillah

      kami seharian di Universal Studio, tapi fotonya tak upload lagi kat Photobucket hehehe
      tu yang tak buat lagi n3 tentang Universal Studio



      Padam
  4. salam,

    3000 shots> bnyk tuh...cuba bayangkan kalau pada zamn dolu2, kena guna film, berapa roll nak kena belik tuh..? he..he.. pas u, nak cuci plak.. satu hal lagik...

    Ramai betol org kat Disneyland...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      last saya cuci masa pegi south africa dalam 2500 pcs hehehe
      masa tu guna SD Card jugak tapi saja nak cuci buat album
      tapi saya cuci murah je pasal harga pembekal dalam 23 sen masa tu hehehe

      mmg hari tu tersangat ramai kat disneyland, syukur cuaca sejuk

      Padam
  5. Salam bapak. Arwah bapak saya pun tak belajar tinggi tapi alhamdulillah, jadi "orang" jugak dia (kata arwah nenek saya). Itu semua terpulang pada cara kita membawa diri. Kalau kita nak jadi "orang", pandai2 la kita berusaha. Kalau nak jadi beruang, heheheh..okeh merepek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      bapak mmg dulu lagi hingga sekarang jadi beruang a.k.a bear , beruang di hati mak itam hahaha

      Padam
  6. Assalamualaikum Bapak,
    Salam kunjung dari Kuwait.. kita kawan elok2 ya, sambil2 tu bolehlah menuntut ilmu "menembak" skali.

    P/s;
    Cantik gambar.. best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ibuk sham

      jauh tu fly dr kuwait hehe

      insyallah , bapak pun nembak tak ikut buku, sesedap rasa je ambik gambar

      Padam