WARGA SCP

Sabtu, Mac 09, 2013

USA PART 56 : SEKADAR PERINGATAN BUAT PENGGUNA HP YANG KELUAR NEGARA

ALHAMDULILLAH

Masih lagi dengan foto2 sekitar Disney Parade yang beratus jugak. Hari ni aku nak kecek sikit sebagai peringatan kepada pengguna HP yang berada di luar Malaysia sekiranya kalian membawa HP bersama tak kira dekat ke atau jauh. Janji luar dari Malaysia.





Ceritanya begini. HP merupakan satu alat perhubungan yang sangat penting masa kini. Jadi kalau aku keluar negara , aku pasti akan membawa HP ku sejak dari dulu lagi . Namun sebelum ni memang takda masalah langsung . Aku hanya akan menjawab panggilan2 yang aku rasa penting dan perlu sahaja kerana apabila berlaku "roaming" atau "perayauan antarabangsa", kita yang akan menanggung nanti bayaran bagi panggilan tersebut mengikut yang telah ditetapkan.

Tapi kalau tak jawab, takda apa. Itu cerita dululah .

Masa aku kat US, memang HP aku silentkan kerana beza waktu antara US dan Tanah Melayu hampir 14 jam. Jadi bila aku time bobok, Tanah Melayu pula  masuk waktu pagi. Jadi aku memang tak mahu tidur ku terganggu dek panggilan dari Tanah Melayu. 









Biasanya pagi nanti aku check , baru aku tahu berapa panggilan yang kira "missed call" . Adalah satu hari dalam 9-10 panggilan . Namun aku tak return call balik kerana panggilan dari US ke Tanah Melayu RM 8.00 satu blok . Aku akan contact depa melalui email je .

Semua maklumat sekarang dihujung jari. Jadi segala bil aku tak kira bil HP ka ,bil TNB , bil CC ka semua akan dihantar secara online ke email . Namun yang menjadikan aku terperanjat bila lihat mak datuk, nape bil HP aku menimbun sedangkan selama aku kat sini aku tak jawab pun satu panggilan dan aku jugak tak buat panggilan keluar . Lagi satu banyak no. yang depa charge adalah no yang didail ke no.hp aku sendiri. Apa cerita ni.

Semak punya semak rupanya mulai tahun ni, kalau kita berada di luar negara dan panggilan masuk yang kita tak jawab akan massuk ke "Voice Mail" automatik depa charge RM 4.00 dan apabila 'Voice Mail " tu pulak berbunyi a.k.a bersuara , automatik depa cekik lagi RM8.00 lagi. Maksudnya untuk satu panggilan yang aku terima walaupun aku tak jawab lansung depa cekik RM 12.00.


 
Bayangkan kalau aku terima 10 panggilan yang aku tak jawab dalam sehari dan masuk ke Voice Mail, depa cekik dan dapat free RM 120.00 untuk sehari je . Kalau sebulan ada 200 panggilan , kalian darablah sendiri berapa yang perlu dibayar walaupun tak gunakan langsung . Sebelum ni memang takda sistem "cekik darah" ni kerana aku setahun kekadang banyak kali ke luar Tanah Melayu dan tak pernah berlaku macamni.

Balik je aku terus telefon Customer Service Centre  telco ni  yang cuba mencari keuntungan dengan cara yang haram ni . Depa layan aku dengan pelbagai alasan yang aku tak boleh terima kerana aku kata yang aku kerap keluar Tanah Melayu sebelum ni dan tak pernah berlaku perkara begini. 

Kemudian aku kata ni kira aku buat aduan secara "online" dan minta no.log report aku.Depa kata tak boleh lagi kasi no.log report pasal depa kena siasat lagi.dan akan contact aku dalam masa 3 hari bekerja . Memang hampas sungguh kerja depa pasal aku tunggu seminggu pun takda feedback dari depa dan aku ibaratkan pegawai khidmat pelanggan telco tu  yang janji nak contact aku ni kira termasuk golongan munafik kerana apabila berjanji dia mungkir.

Malas nak cerita panjang kerana yang pastinya aduan aku secara atas talian pasti depa dah buang dalam mangkuk tandas, aku pi branch telco tu kat JB dan aku buat aduan secara bertulis. Aku cakap kat dia yang jumlah bil ni aku insyallah boleh jelaskan jika aku gunakan, tapi pihak mereka telah melakukan satu penipuan yang halus mengalah makhluk halus hahaha

Kata ku lagi,bukan ini caranya untuk mengaut keuntungan dengan mengenakan "charge" yang tersembunyi tanpa pengetahuan pengguna dan haram duit tu. Sebelum ni tak pernah berlaku .Pegawai tu mengakui yang mmg sebelum ni takda berlaku dan depa baru sebulan "buat kerja tak senonoh" ni.

Aku syarah lagi kat pegawai tu, 

"Bayangkan kalau aku ni sorang je kena beratus jumlahnya didarab dengan berapa ribu pelanggan yang kena cekik juga mcm aku tanpa mereka ketahui, berapa banyak duit haram yang masuk kat company telco ni. "

Dia senyap je sambil mengakui apa yang aku katakan.

Lalu dia bukak cerita yang bukan aku sorang yang complain kerana ramai jugak yang datang complain terutamanya orang kita yang dok kerja kat singapura tetiap hari yang bawak HP, tetiba sampai bil hujung bulan terperanjat tahap cipan kerana tengok bil beratus2 walaupun depa tak guna.

Lalu aku tempelak lagi pegawai tu dengan cara lembut,
"kalau gitu lebih baik kalau keluar Tanah Melayu, HP tak payah bawak "

Satu persoalan aku berikan yang pegawai tu terdiam dan tak boleh jawab ialah jika pengguna "post paid"macam aku yang bayar bil ikut penggunaan bulanan automatik depa cekik walaupun aku tak jawab, macam mana dengan pengguna prepaid. Adakah depa jugak automatik kena potong "creditnya" tanpa disedari.

Dia terdiam tak boleh jawab.

OK kita sambung lagi nanti cerita ni pasal tak habis kat situ hehehe

17 ulasan:

  1. Ahaks.... terima kasih atas panduan ni abang rezki

    BalasPadam
  2. pttla asal adik sy ke luar negara je msti die xbagi kol hp, klu x mmg parah la nk membaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. senang cerita kalau kat obersi waima singapura pun, org call kita ,yang tanggung adalah kita hehehe

      Padam
  3. ini satu penganiayaan! memang patut diadukan utk justifikasi. sangat tak adil.

    seronok layan gambar2 disney parade ni..macam2 rupa adaaaa...! :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sib baik tak sempat bawak kat ribunal pengguna hehehe

      mmg seronok ,colourful

      Padam
  4. Bila saya di luar negara saya tak angkat hp setiap kali orang call saya dari luar. Saya cuma SMS saja. Saya sentiasa bayar cara prepaid. So far tak ada masalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu yg sepatutnya kak
      kalau tak parah nak bayar hehehe

      saya sejak dulu pakai postpaid kerana dalam sebulan jumlah panggilan saya bebelas muka surat bilnya kak hehehe

      Padam
  5. Salam bapak. Info yg sangat berguna ni, terima kasih tolong habaq. Cekik darah betoi. Setakat ni saya tak pernah kena lagi macam tu & harap2nya takkan kenalah. Sebab saya pi cuti luaq negara pun sat sangat, tak sempat sapa nak rindu kat saya nak koling2 curah perasaan, saya dah balik dah, kehkeh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ciku

      hehehe

      hp bapak ni hp cari makan , tu yang berdering je hehe

      Padam
  6. Salam pak

    Ibu kalau go holiday over the sea always beli prepaid.senang habis cerita.
    Dgn adanya whats app senang dah sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      no. hp ni no.cari makan hehehe
      kekadang saya terlepas Tanah Melayu tanpa notis dgn pembeli2 getah beku saya hahaha

      tu sebab kena bawak sekali sampai kekadang saya kata hp kalau rosak dan hilang boleh ganti, tapi no contact yg ada kat dalam tu sangat berharga

      Padam
  7. SAlam BApak...

    Darah dah mula membuak2 naik ke kepala ni...cepat sambung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam


      hehehehe darah naik kapla takpe,jangan turun darah hehehe

      Padam
  8. terima kasih atas maklumat ini....

    BalasPadam
  9. Salam Pak Itam,

    Kalau tk settle report pd MCMC/biro aduan pengguna. Akak tak pergi obersipun tp dpt sms dr content provider apa tah. Pernah baca dl surat kabar, cntent provider ni pernah kena denda dgn MCMC. Tp mereka buat jugak sb dpt lebih byk dr denda dibayar. 1 SMS RM4, 1 hari sampai 5-6 sms diorg antar. Mmg diorg nie cari duit cara HARAM...rompak duit pengguna. Akak mmg niat tk nk byr lbh kurang RM70 sb akak tk tahu menahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam kak

      lama tak dgr cerita ,harap seisi keluarga akak sihat

      tak sempat report tribunal pengguna, kes settel sendiri tanpa hitam putih hehehe

      Padam