WARGA SCP

Khamis, Mac 14, 2013

USA PART 58 : BEAUTÉ DANS LA PLUIE

ALHAMDULILLAH

Sesekali  nak jugak kecek french
BEAUTÉ DANS LA PLUIE a.k.a Beauty In The Rain

Setelah hampir sepurnama aku berada di bumi Uncle Sam, inilah kali pertama hujan rahmat dari Allah membasahi bumi San Francisco. Memandangkan ketika ini musim sejuk menghampiri kemuncaknya,maka kedinginan akibat hujan yang turun bukan kepalang lagi.

Memang bukan rezeki ku untuk merasai salju yang memutih di sini . Sebelumnya apabila aku bergerak meninggalkan Grand Canyon  tempoh hari, keesokkan harinya pula salji mulai turun di sana.Takda rezeki aku nak berguling atas salji .

Itulah dinamakan konsep rezeki sebenarnya yang kita tak tahu adakah ia akan menjadi rezeki kita atau sebaliknya . Seumpama sesuatu makanan yang dah masuk mulut kita dan cuma belum telan sahaja. Kalau Allah dah tertulis bukan rezeki kita, mau makanan tu akan tersembur atau terkeluar dari mulut kita sebenarnya

aku suka bokehnya

  


Memang takda rezeki aku sebenarnya untuk memahatkan foto kota raya San Francisco dari atas The Twin Peaks ni kerana hujan yang turun mengakibatkan kabus melindungi dan meliputi sebahagian kota San Francisco. Namun untuk tidak menghampa hasrat ku ,aku tetap panjat juga jalan yang berliku dan berputar 360 darjah ni untuk sampai ke puncaknya.

Puncak Twin Peaks ni hampir 992 kaki dari aras laut menjadikannya satu tempat tumpuan orang ramai untuk menikmati panaroma indah kota San Francisco  tak kira siang ataupun malam.

Puncak di sebelah utara lebih dikenali sebagai Eureka Peak manakala  Noe Peak untuk puncak di sebelah selatan pula. 

Jika cuaca baik pasti aku dapat merakamkan foto seperti di bawah , tapi jika sebelumnya aku takda rezeki dan berguling atas salji di Grand Canyon, kini Allah dah tulis yang aku takda rezeki nak merakamkan panorama indah dari atas puncak Twin Peaks San Francisco ni pula. 

 foto ehsan cik gogel


Cerita pasal rezeki ni, sebenarnya konsepnya mudah sahaja sebagai seorang islam dalam kehidupan seharian kita . Namun ramai individu yang kurang memahami apa yang tersirat disebaliknya apabila menyangka bahawa rezeki yang diperolehinya saban hari dan waktu adalah hasil titik peluhnya sendiri , sebagai contohnya seorang pekerja yang memperolehi kenaikan gaji adalah semata-mata kerana usahanya melakukan pekerjaan yang secara tak langsung menidakkan dan terlupa bahawa Allah S.W.T yang sebenar-benarnya yang menentukan punca rezekinya.

Satu lagi contoh mudah  , aku ni sorang penoreh getah dan penjual getah beku yang perlu sering mencari pelanggan . Aku berusaha dan puaslah cuba menjual getah beku aku dengan  Pak Akob ni hingga naik berbuih mulut berejam2 namun dia tetap tak mau beli dengan aku . Itu namanya takda rezeki setelah aku lakukan usaha yang terbaik. 

Namun tetiba aku mendapat panggilan telefon dari  Pak Amid yang aku tak pernah berurusan dengannya yang tetiba nak beli 15 tan getah beku aku, itukan rezeki dari Allah.

Sebagai menyokong hujah ku ini, kalau benar2 semua itu datang dari usaha dan keringat sendiri, tentu semua manusia di dunia ini tak kira siapa sahaja yang berkerja dan memerah keringat pasti semua dah senang lenang menikmati rezeki yang melimpah ruah sedangkan hakikatnya kita boleh lihat ada yang manusia yang berhempas pulas memerah keringat dan usaha yang berterusan, namun masih gagal berjaya . Itu menunjukkan bahawa bukan usaha sebagai penentu ,tapi sebenarnya semua itu dari Allah S.W.T semata-mata.

Ini berlaku kerana mereka agak kurang memahami hakikat sebenarnya yang semuanya itu sebenarnya datang dari Allah , namun sebelum itu Allah meminta kita berusaha dahulu untuk mengapainya dan setelah itu menyerahkan sepenuhnya kepada Allah untuk menentukannya.

Kesimpulannya , rezeki adalah semata-mata dari Allah S.W.T dan tidak dari yang lain . Namun sangat menyedihkan kerana akibat kekeliruan  memahami konsep rezeki dalam islam, ramai yang beranggapan bahawa usaha dan titik peluh mereka sendiri yang memberikan rezeki hingga membelakangkan Allah S,W.T . tanpa kita sedari .

Terima kasih Allah kerana sentiasa membuka mata dan minda ku untuk berfikir dan sentiasa menyedarkan aku agar tidak alpa dan lalai dengan rezeki yang Kau kurniakan dan sentiasa mensyukurinya  kerana apa jua yang ku miliki dan juga yang tidak aku miliki hari ini adalah datang dari Mu jua 
  
Apa jua yang ku kecapi hari ini dan juga yang tidak ku kecapi hari ini juga datang dari Mu jua . 

Semua hanyalah pinjaman .

Alhamdulillah

 
aku gagahkan diri bawah hujun renyai
sebagai melepaskan hajat nak rakamkan panorama indah
kota San Francisco dari sini

Walaupun berkabus dan hujan renyai
namun pada ku masih indah
kerana banyak yang tersirat dari tersurat
BEAUTÉ DANS LA PLUIE



ini namanya takda rezeki


laaa ni rezeki aku Allah bagi dah 3-4 hari ni
back pain datang kembali 
aku dah macam org dalam pantang pulak
pasal pakai bengkong hahaha

Alhamdulillah
    

4 ulasan:

  1. Salam bapak. Betoi tu, kalau udah rezeki kita, tetap akan sampai pada kita jugak. Tapi kalau dah ditentukan bukan rezeki kita, buat macam mana pun takkan dapat.
    Berkabuih pun nampak jugak pemandangannya tu, tetap ada seninya.
    Semoga sakit belakang bapak tu akan sembuh. Sila pakai bengkong dengan penuh dedikasi, hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      alhamdulillah, baru baik tapi kena berhati2 jugak pasal selalu lupa dunia hehehe

      Padam

  2. “Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. (Surah Saba’ : ayat 39)


    “Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas(kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al Baqarah : ayat 268)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah

      semua persoalan ada jawapannya dlm kitab suci Al Quran


      Padam