WARGA SCP

Rabu, Julai 31, 2013

PART 49 TANAH SUCI MAKKAH : PERISTIWA BERDARAH SUATU KETIKA DULU

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


20 November 1979 

Serangan ke atas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja berlalu pergi. Ketika hening subuh pagi  ketika Imam Masjidil Haram , Sheikh Mohammed al-Subayil bersedia untuk mengimamkan hampir ribuan jemaah untuk menunaikan solat Subuh , Juhaiman dan kuncu-kuncunya berjaya mengunci kesemua pintu keluar masuk masjid serta membunuh dua anggota polis yang tidak bersenjata dan juga menahan ribuan jemaah yang terperangkap sebagai tebusan.


Juhaiman kemudiannya telah mengumumkan bahawa Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Kota Mekah. Beliau mahukan eksport minyak Arab Saudi ke Amerika Syarikat dan negara-negara lain dihentikan dengan serta merta dan meminta pengusiran kesemua penasihat ketenteraan bukan Islam dari bumi Arab Saudi. 

Juhaiman melakukan semua itu kerana ingin menumbangkan pemerintahan pada masa itu kerana menganggap kerajaan masa itu hanyalah boneka Amerika .



Sebagai tindak balas dari serangan tersebut,  Tentera Pengawal Kebangsaan dan Tentera Arab Saudi telah cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram menggunakan kereta kebal menerusi pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu tersebut. 

Juhaiman juga menempatkan penembak curinya  di atas menara bagi mengawal keadaan.  Tentangan kuat dari pihak Juhaiman dan korban yang tinggi di pihak tentera Arab Saudi menyebabkan serangan balas itu terpaksa dihentikan. Ketika itu telah timbul masalah dan perselisihan pendapat dari segi syarak mengenai penggunaan senjata api di dalam Masjidil Haram. Majlis Ulama Arab Saudi pada mulanya menghalang penggunaan senjata kerana ia akan mencemarkan kesucian Baitullah tetapi atas desakan tentera dan kerajaan, akhirnya Majlis Ulama Arab Saudi akhirnya mengizinkannya dengan mengeluarkan  fatwa untuk membenarkan penggunaan senjata api bagi melawan Juhaiman.



Setelah serangan awal untuk menawan kembali Masjidil Haram gagal yang menakibatkan akhirnya kerajaan Arab Saudi terpaksa juga meminta bantuan dari Pasukan Anti Keganasan France (GIGN) dan seramai tiga orang anggota GIGN telah dihantar ke Arab Saudi untuk menyelesaikan konflik berdarah tersebut. 

Di Jeddahketika ketibaan mereka , Majlis Ulama Arab Saudi telah menetapkan syarat supaya ketiga-tiga anggota GIGN secara rahsia perlu memeluk Islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam kawasan "tanah haram" Makkah yang memang kita sedia maklum "haram" bagi individu bukan beragama islam memasukinya.

Walaupun mereka “telah memeluk Islam” namun kehadiran anggota komando Peranchis ini terpaksa dirahsiakan pihak Arab Saudi bagi menutup kegagalan mereka dalam usaha menamatkan pengepungan yang telah berlanjutan hampir dua minggu itu.




Peristiwa serangan dan pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan pada 4 Disember 1979 setelah hampir 2 minggu .

Mengikut laporan rasmi dari pihak berkuasa Arab Saudi , seramai 127 orang telah terbunuh dan 451 yang lainnya tercedera. Jumlah ini termasuklah para jemaah yang dijadikan tebusan, anggota pasukan keselamatan Arab Saudi dan juga pengikut-pengikut Juhaiman. 

Namun dipercayai angka sebenar kematian adalah seramai 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri,  Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan para pengikutnya yang masih hidup telah dijatuhkan hukuman pancung oleh Kerajaan Arab Saudi. 

Mungkin ramai umat islam yang tidak mengetahui akan peristiwa hitam berdarah ini yang telah berlaku dalam Al Haram . Semoga kita sentiasa menjadikan ia sebagai iktibar dan cuba mendalami dan memahami apa yang tersurat dan tersirat dari apa yang telah Allah S.W.T takdirkan berlaku di "Rumahnya" sendiri. 

Wallahualam.

Isnin, Julai 29, 2013

PART 48 TANAH SUCI MAKKAH : HENING PAGI DI AL HARAM

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Macam biasa lepas subuh di Al Haram , kami cuma janji untuk bertemu di restoran Al Massa kerana kalau bila ke Al Haram, Mak Itam akan jalan dan pergi dengan kakak yg sulong manakala aku pulak dengan adik yang bongsu . Alhamdulillah, kerana Al Massa dekat sungguh ke Al Haram, jadi tak perlu khuatir .

Mereka akan solat di tempat jemaah muslimah manakala aku berdua pulak ikut sedap rasa mana kaki melangkah . Jadi sapa sampai dulu lepas subuh dari Al Haram, maka dia akan carikan dulu meja untuk kami sekeluarga nanti bersarapan.


Al Haram dari jendela restoren Al Massa

  Nasi Goreng Arab pakai beras mathi yg panjang tu
lawan telur dan entah apa tu aku lupa namanya digoreng berlada
Sepanjang kami berada di Al Massa, rata-rata jemaah umrah yang silih berganti menginap di Al Massa adalah jemaah dari Indonesia. Jadi ketika bersarapan, hanya kami saja berempat dari Tanah Melayu . Habis semua meja dikuasai oleh mereka dan begitu juga ketika mengambil hidangan secara buffet . Maka kami yang minoriti ni berempat sahaja kena bersabarlah kerana memang dituntut untuk banyak bersabar ketika berada di sini . 

Suasana kat lif jugak kekadang "begitu ribut" sekali kerana ada jenis yang lif dah penuh pun nak disumbat jugak terutama yang jenis pergi berkumpulan dan tak mau atau takut terpisah .Tu yang kekadang aku dan anak aku dok tersenyum apabila mereka begitu ribut di depan lif sambil menjerit apabila lifnya sampai,
" bukkkkk , lifnya"

Suasana dalam restaurant pula dah macam kat Bandung pun ada, Tanah Jawa pun ada, Sumatera pun ada hehehe

Aku kekadang tersenyum sendirian dan layan jelah mana boleh layan pasal pasal malas nak kecoh-kecoh kerana kami datang sini nak beribadat dan benda kecik-kecik tu anggaplah sebagai dugaan.

Kerana ramai je jemaah mereka di Al Massa, jadi makanya menunya kekadang lebih kepada citarasa mereka .Tapi tekak kami tak kisah kerana itulah rezeki kami . Namun makanan yang disediakan lebih dari mencukupi. Cuma kekadang je meja dan kerusi tidak mencukupi untuk menampung semua tetamu sekali gus terutama ketika sarapan pagi kerana biasalah , lepas subuh kat Al Haram , semua pasti pepakat pi sarap dulu serentak. Itu yang "jammed"  kat restaurant.

Itulah panorama yang mejadikan kota suci Makkah begitu unik sekali kerana menjadi tumpuan tak kira bangsa apa sekali pun yang pastinya semua adalah tetamu Allah .


kala pagi , laluan utama ini agak lenggang
kalau waktu lain, sesak sesesaknya



Aktiviti aku macam biasa di sebelah pagi akan kembali semula ke Al Haram untuk solat Israk dan Dhuha sekali . Biasanya aku habiskan lebih kurang hampir sejam lebih juga di Al Haram sebelum pulang semula ke Al Massa. 

Setiap pagi,  keadaan di sana tenang dan mendamaikan seperti kebiasaan. Tiada kesesakan jemaah samada di ruang solat maupun kawasan mataf . Pilihlah mana tempat kita nak duduk dan solat. Pasti ada ruang untuk kita .

Sambil-sambil lepak kat laman tawaf ni sementara nak tunggu masuk waktu dhuha pula, pelbagai perkara dan benda yang dapat aku perhatikan. Sambil tu juga , banyak perkara2 yang berkaitan dengan diri sendiri juga aku renungkan, fikirkan  dan  perhatikan. Apa yang dah aku lakukan selama ini samada sudah mencukupi atau tidak buat agama ku, keluarga ku dan lain-lain.Cuba membuat "check and balance" sendirian . Memang ketika menatap Baitullah adalah detik dan saat yang aku rasakan berlainan sekali ketika aku bermuhasabah diri .


 
jemaah berkerusi roda pun tawaf kat bawah
tu yang kalau terlanggar kat kaki ,
bak kata Zaleha Hamid dalam lagunya
"Adoi,doi,doi,doi,doi,doiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"
hehehe




Dalam suka pasti ada dukanya 
dalam duka pasti ada gembiranya.

Dalam ketawa pasti ada tangisnya,
dalam tangis pasti ada riangnya.
 
Dalam senang pasti ada sukarnya,
dalam sukar pasti ada kemanisannya.

Begitulah juga kehidupan kita sebagai manusia yang sentiasa akan mengalami semua peristiwa tersebut yang menjadikan kita samada menjadi semakin tabah atau sebaliknya. 

Ya Allah, 
Sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  Dhuha Mu, 
Kecantikannya itu  adalah kecantikan Mu,
Keindahan itu adalah keindahan Mu, 

Kekuatan itu adalah kekuatan Mu,
Kekuasaan itu adalah kekuasaan Mu 

dan perlindungan itu adalah perlindungan Mu.

Ya Allah,

 Jika rezeki ku masih di langit, Kau turunkanlah
Jika  rezeki ku masih di dalam bumi ,Kau keluarkanlah
 Jika rezeki ku masih sukar, Kau permudahkanlah, 
Jika rezeki ku masih haram, Kau sucikanlah 
dan jika rezeki ku masih jauh, Kau dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha Mu

kecantikan Mu. keindahan Mu, kekuatan Mu, kekuasaan Mu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan 

kepada hamba-hamba Mu yang soleh terdahulu.





 

Jumaat, Julai 26, 2013

KOME BUKA APA PETANG NI

ALHAMDULILLAH

Selamat petang kekawan. Kat sini dah pukul 6.45 petang . Tak sampai 1/2 jam lagi nak berbuka yang masuk waktunya pada jam 7.19 petang nanti. Ialah , akukan duduk di hujung Tanah Melayu. Patutnya lagi awal dari tu , tapi depa dah selaraskan sama dengan waktu bandaraya JB . 

Menu apa kekawan semua petang ni.Pasti ada yang menu terus dari dapur dan pasti jugak yang berkerja yang menunya dari dapur dan gerai di Bazar Ramadhan.

Alhamdulillah,
Dah berbelas hari berpuasa, menu kami hampir keseluruhan hari berbuka terus dari dapur sendiri . Cuma sehari dua je terpaksa dari dapur Bazar Ramadhan Kg. Melayu , JB kerana aku ada kerja kat luar dan aku angkut sekali mak itam ikut temankan aku pasal memandu sesorang pasti mengantuk sangat. Jadi dah tukang masak ku ikut sama, maka kena le beli kat dapur orang.



Tapi aku kalau beli pun hanya dari dapur peniaga yang aku tahu ia memang jenis berniaga setiap hari dan bukan peniaga bermusim yang muncul hanya kala bulan Ramadhan . Tu yang entah apa2 nanti rasanya. 

Aku sempat beli nasi kabsah dan mandy arab yaman yang kedainya memang betul2 depan Bazar Ramadhan Kg Melayu tu. Jadi dia pun bukaklah meja satu depan kedainya untuk memeriahkan suasana Bazar Ramadhan . Harga Chicken Mandi dan Lamd Kabsah RM 10.00 dan kenyang juga dibuatnya.

Lagi satu aku pasti beli popia SS Ali .Satu set popia basah dan satu set popia goreng . Satu set 5 keping RM 4.00 tapi memang berbaloi dan sesuai dengan harganya. Kalau sapa lambat, kena beratur panjang le gamaknya macam nak beli tiket bola pula hehehe


Ni dia menu chef aku masak , asam pedas dan lawannya yang paling sesuai pasti telur dadar. Kalau org johor panggil telur dadar, kalau orang utara atau orang pantai timur tak tau pulak apa depa panggil apa telur ni.

Lepas tu sikit sayur yang simple tapi penuh berkhasiat . Air pula aku tak tahu lagi pasal air panas kat dapur tu tak mengelegak lagi. Rasanya Earl Grey Tea a.k.a Tea Ahmad sedap buat lawan semua menu ni.

Selamat berbuka kekawan. 

Cubalah cerita sikit apa menu kekawan semua petang ni.

6.55 petang
Teratak Tepi Hutan
Hujung Tanah Melayu


Rabu, Julai 24, 2013

SI PENYEK PENGHIBUR HATI

ALHAMDULILLAH

Kalau ada menu Ikan Siakap 3 Rasa, Cik Penny ni pula jenis 3 kaler . Kalau tengok muka dia nampak "innocent" je .Jenis muka sedih.Persian Flat Face 3 kaler. Tak sampai setahun lagi umurnya. Kira masih budak lagi.



Dah baka dia jenis muka penyek dan nampak sedih je tapi sebenarnya kalau kat rumah boleh tahan ligat jugak bila tiba masa dia bergurau dan bermain dengan abangnya  si Ted. 

Macam nak runtuh rumah dibuatnya bila depa berdua ni main kejar2 dan yang pastinya si Ted jarang dapat perambat Penny kerana Penny cukup pandai sembunyi celah2 ceruk dan sudut kecil yang Ted tak boleh masuk pasal badan Ted ni besar .

 

Kalau malam pula kejanya sebelum tidur kalau kat teratak kami tepi hutan ialah "scan' semua siling atas untuk memerhatikan cicak-cicak yang berkeliaran dan kalau ada peluang habis diperambat cicak-cicak tu. Kalau depa berdua ada kat rumah tepi hutan ni, memang tak nampak le bayang cicak seperti kebiasaannya.

Agak sukar untuk menjalani sessi Photoshot bersama Penny ni . Kalau dia dah mula "slow" sikit dan tengah tersenggut nak tidur, baru le aku ada peluang sikit untuk ambil fotonya . Kalau tidak jangan harap le .

Telatah dua-dua ekor ni buat kami rasa terhibur dan setakat ni mereka takde masalah kerana kira berdisiplin . Berak dan kecing hanya dalam bekas yang berpasir ditempat yang disediakan  kerana mereka telah dilatih sejak kecil lagi . 

Tapi kalau aku nak tidor sebelah malam, depa berdua ni tak boleh tidor sama dalam bilik dengan aku pasal tiba time aku nak lelap  ,tiba time tu le depa ni celik bijik mata dan nak bermain tengah memalam buta ,  kacau dibuatnya hehehe

Berbanding Ted, Penny tak kisah kalau orang yang dia tak kenali pegang dan kelek dia .Dah gegirl namanya, tak kira sapa suka saja dia bermanja .  Tapi kalau abangnya si Ted, kalau orang tak kenal, dia tak mau .


Aku sendiri suka bercakap dan berbual dengan mereka . Kalau orang tak tahu, pasti kata aku ni cakap dengan jin pasal depa tak nampak aku melayan cakap dengan manusia hehehe

Aku kekadang boleh berbual dengan dua ekor mahkluk ni macam aku berbual dengan anak aku masa kecik2 dulu. Kekadang bila depa asyik berkejar bertandak main satu rumah, aku akan marah depa berdua ni macam jugak aku marah anak aku . Walaupun dua ekor ni hanya kucing, tapi depa berdua ni tahu dan faham bila aku marah dan mereka akan berhenti bermain dan pasti mereka berbisik-bisik sesama sendiri 

" tulah kau,abang dah bilang, 
kan apak dah marah "


memang si Penny dan juga Ted ada loceng kat leher
senang nak cari kalau depa ni sembunyi




mata Penny mmg bulat

Isnin, Julai 22, 2013

PART 47 TANAH SUCI MAKKAH : MATA KU KECIK DI KALA ZOHOR

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Kalau zohor , selalunya pilihan tempat solat ku agak berbelah bagi di hati . Kalau nak redup dan tak terdedah dek sinaran matahari, boleh solat di tingkat 2 sahaja. Kalau waktu zohor ,jarang jemaah naik solat di tingkat 3 atas sekali tu kerana kehangatan panasnya di atas agak menyengat .Aku dah rasai nikmatnya hari tu masa kami dok solat jumaat kat atas tu seperti dalam n3 aku terdahulu.

Tapi kekadang macam tak puas pulak kalau tak dapat menatap Baitullah menyebabkan aku ambik keputusan untuk solat sahaja di kawasan mataf tengahari tu  .Takda apa2 niat dan hajat pun nak solat zohor kat kawasan mataf tu , sekadar nak menatap Baitullah ketika mentari sedang terpacak atas kepala . 

Tapi hati dan cakap2 dalam hati kena jaga dan jangan sampai terdetik " aku nak rasa solat zohor dalam panas le". Allah Maha Mendengar dan ditakuti dimakbulkan terus nanti, karang tak tahan pulak . 

Macam sorang kenalan aku dulu masa mengerjakan haji . Ceritanya 10 tahun sudah . Sebelum pergi dia dengar ada orang bercerita yang kat Makkah banyak lalat. Masa dia pergi, kebetulan takde lalat pulak lalu terpacul dari mulutnya , "Takde banyak lalat pun kat Makkah".

Tak semena2 katanya segerombolan lalat datang dengan banyaknya di hadapannya mengerumuninya . Pantas dia tersedar yang dia telah terlepas cakap dan Allah tunjukkan sedikit kuasaNYA depan tu dan time tu juga . 

Allahuakbar.

waktu azan lambat lagi
jemaah ramai tengah tawaf , tak dibenarkan buat saf lagi

lebih kurang 15 minit lagi azan
kelihatan depan tu dah mula jemaah buat saf
diikuti pula dengan jemaah sedang tawaf
dan tempat aku berdiri ni , aku yang tgh buat saf

Sambung balik cerita aku, kalau musim haji , kenalah pergi awal bang sejam dua ke Al Haram kerana kalau terlewat, nescaya akan menghadapi kesukaran untuk masuk ke dalam Al Haram . Maka tu yang solatnya kat tepi-tepi kaki lima dan atas jalan raya . Itu pun kekadang bagi jemaah-jemaah yang tinggal jauh melebihi dari 1 KM, mereka akan "skip" untuk ke Masjidil Haram terutama waktu Zohor dan Asar .Mereka ke Al Haram pada waktu Subuh , Magrib dan Isyak kerana faktor kedudukan tempat penginapan yang jauh .

Musim umrah ni walaupun sesak dah macam musim haji, jika 1/2 jam lagi masuk waktu, insyallah masih punya ruang untuk meredah dari pintu masuk utama hinggalah ke laman tawaf.Jadi aku pun apa lagi redahlah hinggalah sampai ke kawasan mataf . Cuma pasti tersangkut sikit kat tangga nak turun kawasan mataf tu kerana tu kira "hot spot" jemaah suka betul duduk kat atas tangga melangut menatap Baitulllah.

Nak buat tawaf sunat , tak sempat rasanya kerana zohor tak lama lagi . Jadi hanya solat Tahiyatul Masjid sahaja di bahagian yang tak mengganggu jemaah yang sedang tawaf .

Memang kala waktu zohor, kawasan mataf sentiasa ada ruang nanti bila azan zohor berkumandang kerana faktor kepanasan dan matahari kat atas kepala menyebabkan tempat tu tak berapa penuh waktu zohor dan asar. Tapi kalau waktu lain , jangan harap la kerana sentiasa penuh.

lihat tu panas hingga menjejes peluh

mengesot sikit demi sikit dah dekat waktu azan berkumandang
aku dah tiba saf depan juga

Sedikit perkongsian, Makkah merupakan tempat pelaburan hari akhirat yang tak terhingga ganjarannya yang Allah sediakan buat kaum muslimin dan muslimat kerana setiap amalan kebajikan akan digandakan 100,000 . 

Langkah setiap orang yang menuju Baitullah seperti dijanjikan Allah akan sentiasa sentiasa dilitupi rahmatNYA. Juga di Makkah disediakan Allah tempat-tempat mustajab untuk memanjatkan doa seperti di  Multazam, Belakang Makam Ibrahim, Hijir Ismail, di bawah pancuran emas dalam Hijir Ismail, dalam Kaabah , di Bukit Safa dan Marwah, di Padang Arafah semasa hari wukuf dan di Jamratul Ulla dan Wusta selepas kita melontar. 

Selain itu, kita juga digalakkan memperbanyakkan tawaf sunat setiap hari. Setiap hari Allah S.W.T akan  menurunkan 120 rahmat ke atas Baitulllah. 60 rahmat disediakan bagi yang bertawaf, 40 rahmat bagi yang bersolat dan 20 rahmat lagi bagi yang memandang sahaja. Jadi amalan yang yang paling mudah ialah hanya memandang Baitullah . 

Tu sebab ketika berada di sini , setiap kali menanti waktu solat, kalau tak pandang Baitullah , rasa macam tak sedap je seolah-olah kehilangan sesuatu.





Semakin tiba masuknya waktu zohor, jemaah semakin ramai membuat saf-saf . Laluan jemaah tawaf juga semakin mengecil . Tu sebab bagi jemaah muslimah, kalau nak lakukan tawaf pastikan jangan lakukan ketika waktu solat menghampiri kerana apabila azan berkumandang nanti, pasti jemaah muslimah ni kena halau petugas-petugas Al Haram untuk cari dan masuk ke saf muslimah . Kalau nak tawaf juga tak kira tawaf sunat atau tawaf umrah, lagi setengah jam nak masuk waktu solat , berhentilah dulu dan ingat kiraan pusingan tawaf tadi . Lepas selesai solat nanti boleh sambung lagi.

Apabila saf2 tadi terbina dengan sendirinya , aku pun mulalah mengesot sikit demi sikit dan dari tadi memula kira kat bahagian belakang juga akhirnya dah berdekatan dengan Baitullah . Walaupun panas , tapi kenikmatannya tak terhingga di sini. Kalau kat Malaysia suruh berjemur macam ni , pasti tak mau. Itulah keistimewaan kota Makkah yang kita kekadang tak terjangkau dek akal . Pasti bila solat je, kenalah bukak dan simpan spek hitam tu dan kala itulah, mata ku kecik di kala zohor.

Khamis, Julai 18, 2013

PART 46 TANAH SUCI MAKKAH : ZAM-ZAM TOWER

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Kalau cakap Menara Zam-Zam, pasti jemaah terpinga-pinga kat mana tu ek , tapi kalau cakap Zam-Zam Tower pasti semua orang tahu hehehe

Zam-Zam Tower yang terletak di hadapan pintu masuk utama Masjidil Haram menjadi tumpuan para jemaah setiap kali lepas solat lelebih lagi lepas waktu magrib dan isyak . Bagi yang nak dapatkan keperluan minuman dan makanan , Supermarket Anak Daud yang terletak di aras bawah sentiasa penuh dan padat yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman hinggalah segala apa jenis keperluan pun.

Tapi aku tak gemar untuk berbelanja di Ben Dawood ni kerana terlalu ramai pelanggan dan mengambil masa yang agak lama ketika beratur di kaunter untuk membayar nanti.

Aku lebih suka mendapatkan bekalan jus manggo dan cream caramel di sebuah supermarket di Safwa Tower kerana di situ tak ramai sangat kerana ramai jemaah yang tak mengetahui ada sebuah supermarket di situ yang agak besar dan lengkap jugak .Mungkin kedudukannya yang agak terlindung menyebabkan ada jemaah tak tahu kewujudannya dan juga namanya tak sepopular supermarket "anak daud".

Barber at Zam-Zam Tower


Kalau dulu setiap kali lepas melakukan saie, pasti apabila keluar sahaja di pintu berdekatan Bukit Marwa, lambaian tukang gunting rambut mengamit kita kerana di sana terdapat deretan kedai gunting dan cukur . Masa tu hanya SR 5.00 sahaja untuk gunting atau bercukur. Tapi kini apabila kawasan persekitaran tersebut termasuk dalam kerja-kerja pembangunan , maka lenyaplah kedai-kedai tersebut. 

Kini kebanyakkan kedai gunting rambut atau lebih dikenali sebagai Barber semua dikumpulkan di Zam-Zam Tower . Sekarang harga untuk bergunting dan bercukur juga adalah SR 10.00 . Biasalah , tentu sewa di sana lebih mahal dan dalam pusat membeli belah yang terkemuka lagi.

Restoran pak sedara aku Abu Turky
akukan Abu Itam

aku minta izin dulu rakam gambar mereka berdua


Bagi yang nak ubah selera , naiklah ke tingkat atas Food Court di sini. Pelbagai pilihan makanan dan minuman terdapat di sini . Harganya hidangan bermula dari SR20++ , namun "portion" nya agak banyak dan boleh makan 2-3 orang. Tiada pinggan diberikan, cukup sekadar plastik yang akan kita bentangkan atas meja lalu tuang dan hidangkanlah makanan di atasnya. Lepas makan senang je, bungkus dan buang je plastik tu .

Cuma nak basuh tangan je masalah sikit pasal kena pergi ke tandas berdekatan .Aku kalau makan nak jugak pakai tangan kerana kalau pakai sudu dan garpu plastik tu , rasa tak puas .

Memang meriah Zam-Zam Tower ni berbanding dulu masa ia baru dibina tahun 2007 . Semua ada di sini . Juga kalau Masjidil Haram terlalu padat dan jemaah melimpah keluar , maka lobby bawah Zam-Zam Tower ni akan terdiri saf-saf yang bersambung antara satu sama lain sama2 berjemaah.

Allahuakbar.