WARGA SCP

Khamis, Julai 11, 2013

PART 44 TANAH SUCI MAKKAH : SUNSET AT HARAM

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم 
ALHAMDULILLAH

Jika sebelum ini , persekitaran Masjidil Haram yang menempatkan hotel-hotel penginapan mengalami satu perubahan landskap yang begitu drastik dengan kerja-kerja meroboh hotel-hotel kecil dan usang untuk pembangunan semula kota Makkah secara besar-besaran dan lebih tersusun serta pembinaan hotel-hotel moden yang dapat menampung jemaah yang lebih ramai.

Namun buat ketika ini dan juga hari-hari yang mendatang pula, kerja-kerja pengubahsuaian dan perobohan kini mengalami fasa baru  yang melibatkan dalam Masjidil Haram sendiri untuk memberikan keselesaan nanti kepada jemaah yang datang apabila siap kelak.

Ini merupakan satu cabaran buat jemaah kerana ruang tawaf di bawah semakin kecil dan tiada lagi ruang tawaf untuk yang berkerusi roda di tingkat atas, begitu juga saei hanya boleh dilakukan di tingkat bawah sahaja . 

Kerana itulah , kerajaan arab saudi mula mengetatkan urusan pengeluaran visa umrah dan tiada istilah "mahram tumpang" lagi yang selalu digunakan oleh jemaah dan agensi pengelola umrah . 

Ruang-ruang untuk solat juga agak terhad , namun itulah keistimewaan Masjidil Haram yang Allah kurniakan kerana seramai mana pun jemaah yang menjadi Jemputan Allah, namun keajaiban Masjidil Haram menyebabkan semua jemaah pasti dapat melakukan tawaf dan saei . Namun untuk mendapatkan tempat di dalam Masjidil Haram ketika waktu solat, kenalah pegi awal sedikit.

Aku sendiri setiap kali waktu solat akan ikut gerak hati aku samada solat di dataran Kaabah atau pun solat di tingkat atas . Kalau kaki dan hati aku bawak ke atas, ke atas lah aku dan kalau ke bawah, ke bawah lah aku .

Magrib ini , aku tergerak nak ke atas yang buat masa sekarang hanya dibenarkan untuk jemaah lelaki sahaja. Wanita dan kanak-kanak langsung tidak dibenarkan untuk naik ke atas .Jadi memang mak itam dan anak perempuan aku tak berpeluang langsung ke bahagian atas .

Alhamdulillah,
aku sempat rakamkan detik-detik indah ketika matahari hampir melabuhkan dirinya . Walaupun tiada desiran alunan ombak ketika mentari kian terbenam, namun suasananya begitu indah dan tak tergambar ketika berada di sini kerana ketenangan yang kita dapat ketika berada di sini tidak dapat digambarkan  dengan perkataan atau kata-kata .

Tenang setenang-tenangnya
Damai sedamai-damainya

Ketika mentari merah melabuhkan tirainya di ufuk barat.    













6 ulasan:

  1. terlalu rindu kepada mu

    BalasPadam
  2. Salam, jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com untuk mendapatkan harga istimewa untuk produk Shaklee. TQ for your support.

    BalasPadam
  3. Salam Ramadhan Pak Itam

    rindu suasana sebegini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam atuk

      kami plan kalau panjang umur ,murah rezeki lepas siap kerja2 dalam kawasan tawaf dan Masjidil Haram tu nak ke sana lagi

      Padam