ALHAMDULILLAH
Pagi tadi kami ke Pasar Tani Stadium Larkin setelah minggu lepas kami tak pergi kerana kesesakan lalu lintas di perkarangan Stadium Larkin yang begitu teruk sekali kerana pagi tu depa dok jual tiket untuk perlawanan terakhir Liga Super Malaysia antara JDT vs Selangor .Kebetulan masa tu aku berada berdekatan situ di Hospital KPJ hantar anak aku untuk rawatan susulan serta sessi fisioterapi.
Macam biasa jam 7.45 pagi kami dah sampai . Aku kata dengan Mak Itam yang rasanya petang ni tak nak makan nasi,cukup sekadar menu Mee Kari untuk kami. Jadi belilah sikit daging tetel kerana Mee Kari lebih enak dimakan dengan tetel dan lain2 bahan yang seangkatan dengannya.
Dalam pada tu ,bekalan ikan buat kami seminggu juga kami beli . Harga memang agak tinggi sejak dua menjak ni . Ikan Bawal Emas je dalam RM 26.00 sekilo . Kurau je dalam RM 36.00 sekilo begitu juga selar yang dah mencecah RM 12.00 sekilo.Sembilang pula RM16.00 sekilo manakala ikan merah dalam RM26.00 sekilo.
Memang betul bagai dikhabarkan di televisiyen yang harga ayam telah naik mendadak tanpa dapat dikawal lagi kerana di pasar tani sahaja dah RM 8.00 sekilo setelah diberi potongan sebanyak 80 sen. Kalau tak harganya RM 8.80 sekilo untuk seekor ayam manakala bahagian peha pula dah RM 13.00 sekilo.Harga daging juga telah meningkat dengan daging batang pinang dalam RM 28.00 sekilo.
Kasihan bagi yang anak ramai kerana pasti kos hidup semakin meningkat. Takkan tetiap hari nak makan ayam je.
Dalam pada tu , aku sempat juga beli ikan keli hidup yang saiznya sedang je kerana lebih ranggup apabila di masak goreng berlada nanti berbanding ikan keli yang besar kerana dah tua dan pasti liat . Macam aku jugalah yang dah tua dan dah liat hahaha
memacam ada dalam kuah mee kari tu
juice tembikai satu jug besar
Telur goyang bermaksud telur kuningnya tak pecah dan bergoyang lagi hehehe
Selain keenakkan rotinya di situ yang sentiasa penuh mejanya dan kekadang kena tunggu pelanggan lain beredar, harganya masih mengekalkan kira harga "rate" warung kerana roti tampal atau roti telur hanya RM 1.20 berbanding rata2 sekarang kedai mamak pun jual dan RM 2.00 sekeping. Roti kosongnya baru RM 0.70 je. Tu sebab warung tu sentiasa penuh.
Jadi bulan puasa ni , maka teruslah pulang ke HC dan nanti lepas bulan puasa berlalu, boleh menyinggah ke sana nanti.
ni bapak yang punya
Ssebenarnya lama aku tak buat sessi photoshot bertemakan menu makanan dan lama juga aku tak buat n3 berkaitan menu makanan. Jadi aku pun keluarkan sekejap senapang aku dan mulalah menembak gambar2 seperti yang terdapat dalam n3 ni ikut cita rasa aku .
Alhamdulillah,
Sessi menembak berjalan lancar tanpa ada ada liur yang meleleh jatuh ke bawah walaupun ketika itu belum masuk waktu berbuka lagi hehehe
Jom semua, ambil dan jamahlah sorang sikit walaupun hanya pada skrin komputer je hehehe
Kalau sesiapa terbaca n3 ni keesokkan harinya masa tengah berpuasa, jangan salahkan aku kerana n3 ni aku publish lepas solat sunat terawih ni di malam hari hehehe
as salam,
BalasPadamdi Melaka pun harga bahan mentah menag tinggi banding di Pontian. apo nak buek laei. boli jer. memang kesian yang anak ramai kan?
Waalaikumsalam YB AZ
PadamTulah pasal, kalau bini ramai pulak lagi haru hehehe
Cantiknya gambar mee kari tu
BalasPadamPengcahayaan cukup , maka hasil tembakan pun nampak jelas dan terang
PadamCuma bila dah masuk perut je terus gelap hehehe
Salam bapak. Baru nak tanya apa benda roti tampai tu, bila dah baca terus baru tau rupanya roti teloq. Teloq goyang lagi atas roti tampai tu? Dok membayang ni..Takpa, bayang memalam. Kalau siang esok dok membayang, kurang la pahala posa, kehkeh.
BalasPadamMi kari tu adalah the bomb, slurrppp.
Waalaikumsalam ciku
PadamRoti tampal ialah depa letak dan goreng telur tu atas kuali yg goreng roti tu, lps tu telur kuningnya cantik dan tak pecah lalu terus tampal dgn roti kosong tu hehehe
Maka jadi le roti tampal telur goyang
Air liur saya yang meleleh ke bawah ni :P
BalasPadamHehehe dah kena lap skrin tu
BalasPadamHahaha
BalasPadamSalam Pak Itam,
BalasPadamAduss mmg mgetarkan jiwa tgk mee kari Mak Itam tuh..
Meriah mee kari ada pelbagai rencah, saya tak pernah plak makan mee kari letak terung, bendi cam tuh Pak Itam..bak mai semangkuk buat boka posa sat lagi hehehe
Waalaikumsalam
Padampertama kali kami singgah makan di sebuah warung di area port dickson, mee kari dia letak terung goreng tu rasa sedap pulak dan ada kelainan, tu yg sampaisekarang mak itam kalau buat mee karipastiletak terung goreng
kalau dekat boleh htrkan hehehe