WARGA SCP

Khamis, Julai 18, 2013

PART 46 TANAH SUCI MAKKAH : ZAM-ZAM TOWER

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Kalau cakap Menara Zam-Zam, pasti jemaah terpinga-pinga kat mana tu ek , tapi kalau cakap Zam-Zam Tower pasti semua orang tahu hehehe

Zam-Zam Tower yang terletak di hadapan pintu masuk utama Masjidil Haram menjadi tumpuan para jemaah setiap kali lepas solat lelebih lagi lepas waktu magrib dan isyak . Bagi yang nak dapatkan keperluan minuman dan makanan , Supermarket Anak Daud yang terletak di aras bawah sentiasa penuh dan padat yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman hinggalah segala apa jenis keperluan pun.

Tapi aku tak gemar untuk berbelanja di Ben Dawood ni kerana terlalu ramai pelanggan dan mengambil masa yang agak lama ketika beratur di kaunter untuk membayar nanti.

Aku lebih suka mendapatkan bekalan jus manggo dan cream caramel di sebuah supermarket di Safwa Tower kerana di situ tak ramai sangat kerana ramai jemaah yang tak mengetahui ada sebuah supermarket di situ yang agak besar dan lengkap jugak .Mungkin kedudukannya yang agak terlindung menyebabkan ada jemaah tak tahu kewujudannya dan juga namanya tak sepopular supermarket "anak daud".

Barber at Zam-Zam Tower


Kalau dulu setiap kali lepas melakukan saie, pasti apabila keluar sahaja di pintu berdekatan Bukit Marwa, lambaian tukang gunting rambut mengamit kita kerana di sana terdapat deretan kedai gunting dan cukur . Masa tu hanya SR 5.00 sahaja untuk gunting atau bercukur. Tapi kini apabila kawasan persekitaran tersebut termasuk dalam kerja-kerja pembangunan , maka lenyaplah kedai-kedai tersebut. 

Kini kebanyakkan kedai gunting rambut atau lebih dikenali sebagai Barber semua dikumpulkan di Zam-Zam Tower . Sekarang harga untuk bergunting dan bercukur juga adalah SR 10.00 . Biasalah , tentu sewa di sana lebih mahal dan dalam pusat membeli belah yang terkemuka lagi.

Restoran pak sedara aku Abu Turky
akukan Abu Itam

aku minta izin dulu rakam gambar mereka berdua


Bagi yang nak ubah selera , naiklah ke tingkat atas Food Court di sini. Pelbagai pilihan makanan dan minuman terdapat di sini . Harganya hidangan bermula dari SR20++ , namun "portion" nya agak banyak dan boleh makan 2-3 orang. Tiada pinggan diberikan, cukup sekadar plastik yang akan kita bentangkan atas meja lalu tuang dan hidangkanlah makanan di atasnya. Lepas makan senang je, bungkus dan buang je plastik tu .

Cuma nak basuh tangan je masalah sikit pasal kena pergi ke tandas berdekatan .Aku kalau makan nak jugak pakai tangan kerana kalau pakai sudu dan garpu plastik tu , rasa tak puas .

Memang meriah Zam-Zam Tower ni berbanding dulu masa ia baru dibina tahun 2007 . Semua ada di sini . Juga kalau Masjidil Haram terlalu padat dan jemaah melimpah keluar , maka lobby bawah Zam-Zam Tower ni akan terdiri saf-saf yang bersambung antara satu sama lain sama2 berjemaah.

Allahuakbar.




18 ulasan:

  1. Baru-baru ni kami solat Jumaat di kaki lima menara ni

    Wah Abu Itam keturunan Turky rupanya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya 2007 pernah isyak sekali solat kat lobby menara ni mengadap pintu besar dia terus safnya sampai ke dalam masjid

      hehehe Turky tang misai je

      Padam
  2. terima kasih atas paparan yang begitu menyentuh nostalgia 3 tahun dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah, lagi 2 tahun cukup 5 tahun, YB AZ nak kena pegi lagi ni hehe

      Padam
  3. Tanpa NamaJulai 17, 2013

    Terima kasih Pak Itam mengenai info yang diberikan ( terkini )

    BalasPadam
  4. salam bapak...

    laaa...ada pak menakan kat sana rupanya..hehe...lawak la bapak ni.
    apa pun..terima kasih berkongsi pengalaman. satu gambaran baru buat saya! :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      hehehe laaa tak percaya , bapak keturunan turky , turky kat misai je hahaha

      Padam
  5. Salam bapak Abu Itam, kehkeh. Cantiknya interior Zam Zam Tower tu. Yg paling best baca part saf jemaah tu, subhanallah.

    Eskwem hagen-daih satuuu! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ciku

      hehe kalau Abu Garcia dah kira kelili kaki pancing hehe

      Bapak suka makan eskream murah yg 2 rial tu , sedap hehe

      Padam
  6. mekah akan sentiasa meriah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. siang malam Makkah sama je , meriah

      Padam
  7. Assalamualaikum Tn Hj,

    Jalan-jalan di Zam-zam Tower berdekatan dengan Supermarket Ben Dawood boleh juga jumpa DONUT bermacam jenis dan bentuk rupa.........lebih kurang macam kat Malaysia juga......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      kat ben daud tu semua ada,kalau musim haji paling laku ialah khemah

      Padam
  8. Assallamualaikum Pak Itam,
    Salam Ramadan jua.
    Masa mama di Tanah Suci dolu2, ada 2kali ja berjumpa 'anak Daud', beli jus manggo yang best. Memang panajng beraturnya masa nak bayar dan cashier tu senyum pun tidak!
    Tak perasan dgn Zam-Zam Tower...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam kak

      jus manggo hahaha
      saya entah berapa botol besar , selang 2 hari pasti pi beli yang siap dengan isi manggo dalam tu

      Padam
  9. saya tertanya2 wanita (yg berusia) yg bertanda seperti tatoo di wajah berketurunan apa? yg muda 2 tak nampak pula.
    Syria, iran, turki?terjumpa di masjidil haram.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya tu jemaah dari India bahagian Kerala , ada corak dimukanya tu diconteng dengan inai , ada jugak jemaah dari sebelah africa yang mcm tu

      Padam