بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Macam biasa lepas subuh di Al Haram , kami cuma janji untuk bertemu di restoran Al Massa kerana kalau bila ke Al Haram, Mak Itam akan jalan dan pergi dengan kakak yg sulong manakala aku pulak dengan adik yang bongsu . Alhamdulillah, kerana Al Massa dekat sungguh ke Al Haram, jadi tak perlu khuatir .
Mereka akan solat di tempat jemaah muslimah manakala aku berdua pulak ikut sedap rasa mana kaki melangkah . Jadi sapa sampai dulu lepas subuh dari Al Haram, maka dia akan carikan dulu meja untuk kami sekeluarga nanti bersarapan.
Al Haram dari jendela restoren Al Massa
Nasi Goreng Arab pakai beras mathi yg panjang tu
lawan telur dan entah apa tu aku lupa namanya digoreng berlada
Suasana kat lif jugak kekadang "begitu ribut" sekali kerana ada jenis yang lif dah penuh pun nak disumbat jugak terutama yang jenis pergi berkumpulan dan tak mau atau takut terpisah .Tu yang kekadang aku dan anak aku dok tersenyum apabila mereka begitu ribut di depan lif sambil menjerit apabila lifnya sampai,
" bukkkkk , lifnya"
Suasana dalam restaurant pula dah macam kat Bandung pun ada, Tanah Jawa pun ada, Sumatera pun ada hehehe
Aku kekadang tersenyum sendirian dan layan jelah mana boleh layan pasal pasal malas nak kecoh-kecoh kerana kami datang sini nak beribadat dan benda kecik-kecik tu anggaplah sebagai dugaan.
Kerana ramai je jemaah mereka di Al Massa, jadi makanya menunya kekadang lebih kepada citarasa mereka .Tapi tekak kami tak kisah kerana itulah rezeki kami . Namun makanan yang disediakan lebih dari mencukupi. Cuma kekadang je meja dan kerusi tidak mencukupi untuk menampung semua tetamu sekali gus terutama ketika sarapan pagi kerana biasalah , lepas subuh kat Al Haram , semua pasti pepakat pi sarap dulu serentak. Itu yang "jammed" kat restaurant.
Itulah panorama yang mejadikan kota suci Makkah begitu unik sekali kerana menjadi tumpuan tak kira bangsa apa sekali pun yang pastinya semua adalah tetamu Allah .

kala pagi , laluan utama ini agak lenggang
kalau waktu lain, sesak sesesaknya
Aktiviti aku macam biasa di sebelah pagi akan kembali semula ke Al Haram untuk solat Israk dan Dhuha sekali . Biasanya aku habiskan lebih kurang hampir sejam lebih juga di Al Haram sebelum pulang semula ke Al Massa.
Setiap pagi, keadaan di sana tenang dan mendamaikan seperti kebiasaan. Tiada kesesakan jemaah samada di ruang solat maupun kawasan mataf . Pilihlah mana tempat kita nak duduk dan solat. Pasti ada ruang untuk kita .
Sambil-sambil lepak kat laman tawaf ni sementara nak tunggu masuk waktu dhuha pula, pelbagai perkara dan benda yang dapat aku perhatikan. Sambil tu juga , banyak perkara2 yang berkaitan dengan diri sendiri juga aku renungkan, fikirkan dan perhatikan. Apa yang dah aku lakukan selama ini samada sudah mencukupi atau tidak buat agama ku, keluarga ku dan lain-lain.Cuba membuat "check and balance" sendirian . Memang ketika menatap Baitullah adalah detik dan saat yang aku rasakan berlainan sekali ketika aku bermuhasabah diri .

jemaah berkerusi roda pun tawaf kat bawah
tu yang kalau terlanggar kat kaki ,
bak kata Zaleha Hamid dalam lagunya
"Adoi,doi,doi,doi,doi,doiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"
hehehe
Ya Allah,
Sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu Dhuha Mu,
Kecantikannya itu adalah kecantikan Mu,
Keindahan itu adalah keindahan Mu,
Kekuatan itu adalah kekuatan Mu,
Kekuasaan itu adalah kekuasaan Mu
dan perlindungan itu adalah perlindungan Mu.
Ya Allah,
Jika rezeki ku masih di langit, Kau turunkanlah
Jika rezeki ku masih di dalam bumi ,Kau keluarkanlah
Jika rezeki ku masih sukar, Kau permudahkanlah,
Jika rezeki ku masih haram, Kau sucikanlah
dan jika rezeki ku masih jauh, Kau dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha Mu
kecantikan Mu. keindahan Mu, kekuatan Mu, kekuasaan Mu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hamba Mu yang soleh terdahulu.
tu yang kalau terlanggar kat kaki ,
bak kata Zaleha Hamid dalam lagunya
"Adoi,doi,doi,doi,doi,doiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"
hehehe
Dalam suka pasti ada dukanya
dalam duka pasti ada gembiranya.
dalam duka pasti ada gembiranya.
Dalam ketawa pasti ada tangisnya,
dalam tangis pasti ada riangnya.
dalam tangis pasti ada riangnya.
Dalam senang pasti ada sukarnya,
dalam sukar pasti ada kemanisannya.
dalam sukar pasti ada kemanisannya.
Begitulah juga kehidupan kita sebagai manusia yang sentiasa akan mengalami semua peristiwa tersebut yang menjadikan kita samada menjadi semakin tabah atau sebaliknya.
Ya Allah,
Sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu Dhuha Mu,
Kecantikannya itu adalah kecantikan Mu,
Keindahan itu adalah keindahan Mu,
Kekuatan itu adalah kekuatan Mu,
Kekuasaan itu adalah kekuasaan Mu
dan perlindungan itu adalah perlindungan Mu.
Ya Allah,
Jika rezeki ku masih di langit, Kau turunkanlah
Jika rezeki ku masih di dalam bumi ,Kau keluarkanlah
Jika rezeki ku masih sukar, Kau permudahkanlah,
Jika rezeki ku masih haram, Kau sucikanlah
dan jika rezeki ku masih jauh, Kau dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha Mu
kecantikan Mu. keindahan Mu, kekuatan Mu, kekuasaan Mu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hamba Mu yang soleh terdahulu.
Assalamualaikum Bapak,
BalasPadamSubhanallah.. rindunya hati ini untuk menziarah ke Haram semula.
Semoga hajat kami Oktober ini diperkenan oleh-Nya.
Walaikumsalam
Padamalhamdulillah
moga hajat ibu utk menunaikan fardhu haji nanti terlaksana
Insyallah
Salam Pak Itam,
BalasPadamYang masak sambal tuh bukan ke cocktail ataupun hotdog yang kecik2 tuh hehe..
Salam ziarah..
Selamat berpuasa utk Pak Itam sekeluarga..
Cantik photos yg disnap..
Waalaikumsalam shima
Padamlama menghilang ye hehehe
ye tak ye, rasanya hotdog pendek tu goreng sambal hehehe
salam bapak..
BalasPadamdugaan juga melihat akan nasi goreng arab itu.....hehehehe
Waalaikumsalam
Padamheheh beza dgb nasi goreng cina ialah dia takde mixed vegatable
Salam bapak. Saya pun sama macam dik Murni jugak tengok nasik goreng tu tapi nasib baik saya tengok malam ni, kehkehhh..
BalasPadamPembangunan sedang rancak berjalan di kawasan sekitarnya tu ya..
Waalaikumsalam
Padamhehehe yg goreng arab ,maka jadi le nasi goreng arab