WARGA SCP

Rabu, Julai 24, 2013

SI PENYEK PENGHIBUR HATI

ALHAMDULILLAH

Kalau ada menu Ikan Siakap 3 Rasa, Cik Penny ni pula jenis 3 kaler . Kalau tengok muka dia nampak "innocent" je .Jenis muka sedih.Persian Flat Face 3 kaler. Tak sampai setahun lagi umurnya. Kira masih budak lagi.



Dah baka dia jenis muka penyek dan nampak sedih je tapi sebenarnya kalau kat rumah boleh tahan ligat jugak bila tiba masa dia bergurau dan bermain dengan abangnya  si Ted. 

Macam nak runtuh rumah dibuatnya bila depa berdua ni main kejar2 dan yang pastinya si Ted jarang dapat perambat Penny kerana Penny cukup pandai sembunyi celah2 ceruk dan sudut kecil yang Ted tak boleh masuk pasal badan Ted ni besar .

 

Kalau malam pula kejanya sebelum tidur kalau kat teratak kami tepi hutan ialah "scan' semua siling atas untuk memerhatikan cicak-cicak yang berkeliaran dan kalau ada peluang habis diperambat cicak-cicak tu. Kalau depa berdua ada kat rumah tepi hutan ni, memang tak nampak le bayang cicak seperti kebiasaannya.

Agak sukar untuk menjalani sessi Photoshot bersama Penny ni . Kalau dia dah mula "slow" sikit dan tengah tersenggut nak tidur, baru le aku ada peluang sikit untuk ambil fotonya . Kalau tidak jangan harap le .

Telatah dua-dua ekor ni buat kami rasa terhibur dan setakat ni mereka takde masalah kerana kira berdisiplin . Berak dan kecing hanya dalam bekas yang berpasir ditempat yang disediakan  kerana mereka telah dilatih sejak kecil lagi . 

Tapi kalau aku nak tidor sebelah malam, depa berdua ni tak boleh tidor sama dalam bilik dengan aku pasal tiba time aku nak lelap  ,tiba time tu le depa ni celik bijik mata dan nak bermain tengah memalam buta ,  kacau dibuatnya hehehe

Berbanding Ted, Penny tak kisah kalau orang yang dia tak kenali pegang dan kelek dia .Dah gegirl namanya, tak kira sapa suka saja dia bermanja .  Tapi kalau abangnya si Ted, kalau orang tak kenal, dia tak mau .


Aku sendiri suka bercakap dan berbual dengan mereka . Kalau orang tak tahu, pasti kata aku ni cakap dengan jin pasal depa tak nampak aku melayan cakap dengan manusia hehehe

Aku kekadang boleh berbual dengan dua ekor mahkluk ni macam aku berbual dengan anak aku masa kecik2 dulu. Kekadang bila depa asyik berkejar bertandak main satu rumah, aku akan marah depa berdua ni macam jugak aku marah anak aku . Walaupun dua ekor ni hanya kucing, tapi depa berdua ni tahu dan faham bila aku marah dan mereka akan berhenti bermain dan pasti mereka berbisik-bisik sesama sendiri 

" tulah kau,abang dah bilang, 
kan apak dah marah "


memang si Penny dan juga Ted ada loceng kat leher
senang nak cari kalau depa ni sembunyi




mata Penny mmg bulat

13 ulasan:

  1. Salam bapak. Alah comei la heh *lambai2 dari jauh sebab takut kucen*

    Fuyohhh badan dahla 3 kaler, mata pun cantiknyaaa. Tengok muka Penny, teringat kad raya masa saya sekolah rendah dulu, ada gambaq kucen comei2, haha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ciku

      tu kucen buat kami leka melayan telatahnya hehe

      Padam
  2. Alaaaaa comeinyaaaa

    BIasalah tu cakap dengan kucen.hehehe
    ONly a cat lover understand :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu le, kalau sapa tak faham nanti ingat kita cakap dgn jin ka mcm tamar jalis hehehe

      Padam
  3. salam. ncomel je kucing tu, lebih kurang kucing kat rumah saya r, malam2 sibuk duk main kejar2. skrang ni, dah lahirkan baby ada 4 ekor.. makin riuh la rumah lpas ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam zul


      hehehe tulah pasal, sapa yang dah terbiasa ada kucing , pasti riuh satu rumah . Kalau kucen takda, rasa sunyi pulak nanti

      Padam
  4. eeiiii geram tgk..mmg muka nampak inocent ja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala kak, dalam muka seposen tu, dia kalau bermain tak ingat dunia hehehe

      Padam
  5. Binatang kesayangan baginda rasulullah.
    Kakak kalau tengok gambar macam ini sukalah sebab comel kan, tapi kalau ada kucing dekat boleh melenting dulu kakak dibuatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe

      biasa le kak, ada orang takut kucen , kalau jenis takut lipas dan cicak lagi azab hehehe

      Padam
  6. Wow...ensem! jatuh chenta tengok..
    mata dia tu...haisy...mendalam sangat perasaannya.hehe...saya pun suka sembang dengan kucen..depa memang 'kawan yang baik'. sentiasa mendengar, dan paling penting takkan bangkang cakap kita..hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheeh tu kucen betina la

      mmg kucenn tak akan bangkang punya hahaha
      tapi abg penny si ted kekadang bangkang jugak bila kami ambik cicak yang dia tangkap dan buat barang mainan mcm bola hehehe

      Padam
  7. Ha ha kat rumah ni pun mmg kita ckp dgn kucing. Mmg org x faham tak tau kan pak

    BalasPadam