WARGA SCP

Isnin, Julai 22, 2013

PART 47 TANAH SUCI MAKKAH : MATA KU KECIK DI KALA ZOHOR

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


Kalau zohor , selalunya pilihan tempat solat ku agak berbelah bagi di hati . Kalau nak redup dan tak terdedah dek sinaran matahari, boleh solat di tingkat 2 sahaja. Kalau waktu zohor ,jarang jemaah naik solat di tingkat 3 atas sekali tu kerana kehangatan panasnya di atas agak menyengat .Aku dah rasai nikmatnya hari tu masa kami dok solat jumaat kat atas tu seperti dalam n3 aku terdahulu.

Tapi kekadang macam tak puas pulak kalau tak dapat menatap Baitullah menyebabkan aku ambik keputusan untuk solat sahaja di kawasan mataf tengahari tu  .Takda apa2 niat dan hajat pun nak solat zohor kat kawasan mataf tu , sekadar nak menatap Baitullah ketika mentari sedang terpacak atas kepala . 

Tapi hati dan cakap2 dalam hati kena jaga dan jangan sampai terdetik " aku nak rasa solat zohor dalam panas le". Allah Maha Mendengar dan ditakuti dimakbulkan terus nanti, karang tak tahan pulak . 

Macam sorang kenalan aku dulu masa mengerjakan haji . Ceritanya 10 tahun sudah . Sebelum pergi dia dengar ada orang bercerita yang kat Makkah banyak lalat. Masa dia pergi, kebetulan takde lalat pulak lalu terpacul dari mulutnya , "Takde banyak lalat pun kat Makkah".

Tak semena2 katanya segerombolan lalat datang dengan banyaknya di hadapannya mengerumuninya . Pantas dia tersedar yang dia telah terlepas cakap dan Allah tunjukkan sedikit kuasaNYA depan tu dan time tu juga . 

Allahuakbar.

waktu azan lambat lagi
jemaah ramai tengah tawaf , tak dibenarkan buat saf lagi

lebih kurang 15 minit lagi azan
kelihatan depan tu dah mula jemaah buat saf
diikuti pula dengan jemaah sedang tawaf
dan tempat aku berdiri ni , aku yang tgh buat saf

Sambung balik cerita aku, kalau musim haji , kenalah pergi awal bang sejam dua ke Al Haram kerana kalau terlewat, nescaya akan menghadapi kesukaran untuk masuk ke dalam Al Haram . Maka tu yang solatnya kat tepi-tepi kaki lima dan atas jalan raya . Itu pun kekadang bagi jemaah-jemaah yang tinggal jauh melebihi dari 1 KM, mereka akan "skip" untuk ke Masjidil Haram terutama waktu Zohor dan Asar .Mereka ke Al Haram pada waktu Subuh , Magrib dan Isyak kerana faktor kedudukan tempat penginapan yang jauh .

Musim umrah ni walaupun sesak dah macam musim haji, jika 1/2 jam lagi masuk waktu, insyallah masih punya ruang untuk meredah dari pintu masuk utama hinggalah ke laman tawaf.Jadi aku pun apa lagi redahlah hinggalah sampai ke kawasan mataf . Cuma pasti tersangkut sikit kat tangga nak turun kawasan mataf tu kerana tu kira "hot spot" jemaah suka betul duduk kat atas tangga melangut menatap Baitulllah.

Nak buat tawaf sunat , tak sempat rasanya kerana zohor tak lama lagi . Jadi hanya solat Tahiyatul Masjid sahaja di bahagian yang tak mengganggu jemaah yang sedang tawaf .

Memang kala waktu zohor, kawasan mataf sentiasa ada ruang nanti bila azan zohor berkumandang kerana faktor kepanasan dan matahari kat atas kepala menyebabkan tempat tu tak berapa penuh waktu zohor dan asar. Tapi kalau waktu lain , jangan harap la kerana sentiasa penuh.

lihat tu panas hingga menjejes peluh

mengesot sikit demi sikit dah dekat waktu azan berkumandang
aku dah tiba saf depan juga

Sedikit perkongsian, Makkah merupakan tempat pelaburan hari akhirat yang tak terhingga ganjarannya yang Allah sediakan buat kaum muslimin dan muslimat kerana setiap amalan kebajikan akan digandakan 100,000 . 

Langkah setiap orang yang menuju Baitullah seperti dijanjikan Allah akan sentiasa sentiasa dilitupi rahmatNYA. Juga di Makkah disediakan Allah tempat-tempat mustajab untuk memanjatkan doa seperti di  Multazam, Belakang Makam Ibrahim, Hijir Ismail, di bawah pancuran emas dalam Hijir Ismail, dalam Kaabah , di Bukit Safa dan Marwah, di Padang Arafah semasa hari wukuf dan di Jamratul Ulla dan Wusta selepas kita melontar. 

Selain itu, kita juga digalakkan memperbanyakkan tawaf sunat setiap hari. Setiap hari Allah S.W.T akan  menurunkan 120 rahmat ke atas Baitulllah. 60 rahmat disediakan bagi yang bertawaf, 40 rahmat bagi yang bersolat dan 20 rahmat lagi bagi yang memandang sahaja. Jadi amalan yang yang paling mudah ialah hanya memandang Baitullah . 

Tu sebab ketika berada di sini , setiap kali menanti waktu solat, kalau tak pandang Baitullah , rasa macam tak sedap je seolah-olah kehilangan sesuatu.





Semakin tiba masuknya waktu zohor, jemaah semakin ramai membuat saf-saf . Laluan jemaah tawaf juga semakin mengecil . Tu sebab bagi jemaah muslimah, kalau nak lakukan tawaf pastikan jangan lakukan ketika waktu solat menghampiri kerana apabila azan berkumandang nanti, pasti jemaah muslimah ni kena halau petugas-petugas Al Haram untuk cari dan masuk ke saf muslimah . Kalau nak tawaf juga tak kira tawaf sunat atau tawaf umrah, lagi setengah jam nak masuk waktu solat , berhentilah dulu dan ingat kiraan pusingan tawaf tadi . Lepas selesai solat nanti boleh sambung lagi.

Apabila saf2 tadi terbina dengan sendirinya , aku pun mulalah mengesot sikit demi sikit dan dari tadi memula kira kat bahagian belakang juga akhirnya dah berdekatan dengan Baitullah . Walaupun panas , tapi kenikmatannya tak terhingga di sini. Kalau kat Malaysia suruh berjemur macam ni , pasti tak mau. Itulah keistimewaan kota Makkah yang kita kekadang tak terjangkau dek akal . Pasti bila solat je, kenalah bukak dan simpan spek hitam tu dan kala itulah, mata ku kecik di kala zohor.

2 ulasan:

  1. Salam bapak. Macam tu rupanya ya, kena ada strategi jugak tu. Selalu saya dengaq hal tak boleh lepas cakap masa di sana. Sampai terdetik dalam hati pun, datang jugak dugaannya.

    Ingatkan kecik mata sebab dugaan mengantuk tadi, hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ciku

      hehe mata kecik pasal panas terik sangat

      Padam