WARGA SCP

Jumaat, Julai 26, 2013

KOME BUKA APA PETANG NI

ALHAMDULILLAH

Selamat petang kekawan. Kat sini dah pukul 6.45 petang . Tak sampai 1/2 jam lagi nak berbuka yang masuk waktunya pada jam 7.19 petang nanti. Ialah , akukan duduk di hujung Tanah Melayu. Patutnya lagi awal dari tu , tapi depa dah selaraskan sama dengan waktu bandaraya JB . 

Menu apa kekawan semua petang ni.Pasti ada yang menu terus dari dapur dan pasti jugak yang berkerja yang menunya dari dapur dan gerai di Bazar Ramadhan.

Alhamdulillah,
Dah berbelas hari berpuasa, menu kami hampir keseluruhan hari berbuka terus dari dapur sendiri . Cuma sehari dua je terpaksa dari dapur Bazar Ramadhan Kg. Melayu , JB kerana aku ada kerja kat luar dan aku angkut sekali mak itam ikut temankan aku pasal memandu sesorang pasti mengantuk sangat. Jadi dah tukang masak ku ikut sama, maka kena le beli kat dapur orang.



Tapi aku kalau beli pun hanya dari dapur peniaga yang aku tahu ia memang jenis berniaga setiap hari dan bukan peniaga bermusim yang muncul hanya kala bulan Ramadhan . Tu yang entah apa2 nanti rasanya. 

Aku sempat beli nasi kabsah dan mandy arab yaman yang kedainya memang betul2 depan Bazar Ramadhan Kg Melayu tu. Jadi dia pun bukaklah meja satu depan kedainya untuk memeriahkan suasana Bazar Ramadhan . Harga Chicken Mandi dan Lamd Kabsah RM 10.00 dan kenyang juga dibuatnya.

Lagi satu aku pasti beli popia SS Ali .Satu set popia basah dan satu set popia goreng . Satu set 5 keping RM 4.00 tapi memang berbaloi dan sesuai dengan harganya. Kalau sapa lambat, kena beratur panjang le gamaknya macam nak beli tiket bola pula hehehe


Ni dia menu chef aku masak , asam pedas dan lawannya yang paling sesuai pasti telur dadar. Kalau org johor panggil telur dadar, kalau orang utara atau orang pantai timur tak tau pulak apa depa panggil apa telur ni.

Lepas tu sikit sayur yang simple tapi penuh berkhasiat . Air pula aku tak tahu lagi pasal air panas kat dapur tu tak mengelegak lagi. Rasanya Earl Grey Tea a.k.a Tea Ahmad sedap buat lawan semua menu ni.

Selamat berbuka kekawan. 

Cubalah cerita sikit apa menu kekawan semua petang ni.

6.55 petang
Teratak Tepi Hutan
Hujung Tanah Melayu


14 ulasan:

  1. Salam bapak. Saya masa zaman remaja dulu culture shock bila tengok asam pedaih selatan sebab tak sama langsung dengan asam pedaih utara. Tapi sejak tu dah tau dah perbezaannya.

    Oh ya, orang utara panggil teloq dadar tu omelette. Kehkehkehhh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      Vavava ciku ,
      Omelette ya, kelas hehehehehe

      Padam
  2. Salam Ramadhan Pak Itam

    saya selalu berbuka di surau...meriah...adakan tahlil sebelum berbuka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam atuk

      wah, pasti seronok berbuka kat surau
      jemaah surau taman permata mmg aktif

      Padam
  3. Salam nuzul quran Pak Tam.
    Masak biasa2 je .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam mama ju

      alhamdulillah

      Padam
  4. Yummy yummy asam pedas dgn telur dadar

    BalasPadam
    Balasan
    1. bulan puasa ni kami jarang makan asam pedas hehehe
      kalau bulan tak puasa jgn cakaplah hehehe

      Padam
  5. Assallamualaikum Pak Itam,
    Anak-anak akak pandai makan asam pedas Johor..dan akak pun retilah juga nak masaknya..mungkin tak sesedap orang Johor masak kot.
    Kami di sini setiap hari akan pergi ambil ' kanji '(mcm bubur lambuk)..sedap untuk berbuka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      wah, pandai anak2 kak masak asam pedas johor, kalau asam pedas melaka lain pulak bahannya

      rindu nak makan bubur lambuk pulak, bubur lambuk paling best dimasak oleh arwah nenek dan ibu pasal semua jenis kacang dan bahan yang sepatutnya ada dalam tu arwah takkan tertinggal

      Padam
  6. Petang tadi saya berbuka nasi tomato dengan lauk ayam masak merah, kurma daging dan dalca di surau dekat rumah bersama-sama dengan orang buta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kak
      tentu meriah majlisnya

      Padam
  7. salam bapak..

    hari ni baru nak berbuka kat rumah. minggu ni busy bebenor. saya lebih suka popia basah dari yang dah digoreng. tapi kalau dapat yang goreng pun tibai semacam jugak..hehehe.

    wah..bapak minum teh premium tu...ahmad tea! tetiba rasa nak bancuh teh premium gak petang ni..hehe...tak mau kalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      tu yang tgk kalian semua berbuka kat TH tu mcm seronok , harga buffetnya tak mahal

      mmg popia basah tu sedap sangat

      hehehe tea ahmad tu yang mahal kalau minum kat deli france , berhengget secawan, padahal baru berapa sen je seuncang hehehe

      kami paling suka yang rasa peach tu , habis seteko
      mmg lagi dulu minum tea ahmad ni semenjak kali pertama minum kat london tahun 2004 dulu hehehe

      Padam