WARGA SCP

Khamis, Oktober 14, 2010

DEBARAN SEORANG LELAKI

up sikit dari 18 SX
ke
35 SX
PARENTIAL GUIDENCE
(kisah benar)


ALHAMDULILLAH,

Hari ni bapak nak kongsi pengalaman debaran seorang bergelar lelaki.
Sebenarnya ada 3 debaran yang perlu dilalui oleh serang bergelar lelaki ,
Tiga2 bapak dah laluinya, tapi ada lelaki yang baru lalui debaran pertama je, ada yang pertama dan kedua

apa debarannya

1. Ketika nak berkhatan (sib baik sekali je, tak tahulah kalau ada yg berkhatan sampai 10 kali )
2. Ketika nak lafaz akad nikah (insyalllah sekali je )
3. ketika menunggu saat2 kelahiran anak tak kiralah berapa banyak anak

Tapi kali ni bapak nak cerita debaran yang ke 3

Masih segar dalam ingatan , masa tu kebetulan kami di KL , masa tu tanda2 kelahiran dah semakin menjelma, air ketuban dan keluar. Apa tu air ketuban, bapak tak tahu. Orang kata air ketuban, air ketuban la hehehe

Bapak masa tu kelam kelibut dan dah mula pucat juga, ialah pertama kali dalam hidup.
Tanpa berlengah lagi bapak terus start enjin kereta sirico bapak dan menuju ke Hospital Universiti . Setiba di sana , isteri bapak terus di masukkan kedalam wad bersalin, masa tu orang lelaki tak boleh masuk dan kena tunggu kat luar. Jam kalau tak salah bapak baru pukul 11.00 pagi .

Bapak ingat jam2 tu juga terus bersalin, rupanya doktor kata baru bukak beberapa sentimeter je. Bapak anggukkan je pasal, bapak yang cetek ilmu perbidanan ni manalah tahu semua tu. Nak kena tunggu sampai 10 cm rasanya .Mesti doktor tu bawak pembaris panjang masa nak ukur, entah2 siap bawak siku L dengan timbang air lagi. Ingatkan tukang kayu je yg bawak alatan tu hehehehehe

Saat menunggu merupakan saat yang paling mencemaskan dalam hidup ku . Debarannya Allah sahaja yang tahu. Macam2 muncul dalam fikiran. Manakan tidak, saat melahirkan anak merupakan saat yg getir bagi seorang ibu yang menyabung nyawa .

Lagi mencemaskan dan mendebarkan bila terdengar jeritan dan lolongan dari seorang wanita sampai boleh dengar sampai keluar wad

"ayoooo paaaaaaaaaaaaaa, ayoooo maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

kecoh betul, masa kawin tak ingat sakit ,
nak bersalin pulak "ayo paaa, ayo maaaa"
selipar putus pun kecoh, nak bersalin pun kecoh

dahlah bapak sedang tension ni kat luar berdebar2.Makin tak keruan lah rasanya.

Sebelah petang dan malam pula tiada tanda2 isteri bapak nak melahirkan anak lagi.
Masa tu ada beberapa orang lelaki yang bergelar suami yang duduk menunggu bersama2 bapak di situ sambil duduk di bangku kayu .Tiada perbualan, tiada senyuman dan tiada sapaan antara kami. Masing2 muka semacam je, senyum tidak , manis tidak ,masam tidak
semua kira muka tensionlah

Yang pasti semua dalam saat debaran tak terucap dengan luahan perkataan
hanya wajah yang dapat mengambarkan keresahan di hati

Lebih kurang pukul 12.00 tgh malam, terdengar
"nguek,nguek,nguek"
dari dalam wad, masing2 dah cemas pasal anak sapalah tu yang baru dilahirkan.

Nurse pun keluar sambil memanggil nama suami ,
"Dollah bin Ketam"
lega dan gumbiranya Dollah ketika itu terpancar di wajahnya macam seketul batu yang sangat besar sebesar burung garuda terlepas dari atas kepala.

Aku ..... bila lagi lah, seminit dirasakan sehari , sejam dirasakan setahun
Pukul 3.00 pagi sekali lagi terdengar tangisan seorang bayi

"Ahmad bin Albab"
panggil nurse menjemput si bapa ke dalam wad .

Bapak bertambah resah kerana ketika itu menjadi peraturan bahawa sang suami tidak boleh berada di dalam wad bersalin .

Bapak terus resah, semua yang dibuat tak kena. Duduk salah, berdiri salah, mencangkung salah dan penantian bapak akhirnya terjawab hampir pukul 4 pagi juga bila nurse memanggil nama bapak,

"Bapak bin Itam"

Dalam keadaan kepenatan dan mamai kerana tak melelapkan mata walau seminit pun, bapak meluru ke katil isteri ku dan menyambut kelahiran puteri sulung bapak . Mengazan dan meniqamahkan ditelinga nya .

Masa tu bapak memandang isteri bapak dengan perasaan belas dan kasih kerana kalau bapak yang tak tidur ni kepenatan, dia yang bertarung nyawa sepanjang hari untuk melahirkan seorang anak pasti tak tertanggung debaran dan kesakitannya.Debaran menunggu hampir 15 jam berakhir kini.

Tiada ucapan yang layak untuk diberikan buat seorang isteri kerana melahirkan seorang anak merupakan suatu pengorbanan yang tak ternilai dan terlalu besar.

Untuk debaran anak kedua lagi hebat kerana bapak sendiri berada bersama2 isteri ku menunggu saat2 kelahiran dari mula hingga selamat dilahirkan. Nanti kalau rajin bapak cerita.

kenanglah pengorbanan seorang isteri mengandung 9 bulan 10 hari dan melahirkan seorang anak sedangkan kita lelaki hanya merasakan debarannya tapi isteri yang merasakan kesakitan dan keperitannya

bapak tahu ada antara kalian yg senyum2 sambil baca karangan bapak ni
tapi semua cerita benar yang mewarnai hidup bapak
pengalaman menjadi bapak ketika usia muda
tentu kalian juga telah pernah mengharunginya

Sekian cerita bapak buat kali ini hehehe


kalau sekali pandang mesti org kata boroi
tapi nilah antara lelaki yang mengandung
apa nak jadi dunia ni entahlah
manusia semakin tersesat
dari hukum alam dan hukum agama
dunia akhir zaman
(gambar ehsan mr google)

23 ulasan:

  1. salam pak itam,

    Alhamdulillah...pak itam sangat menghargai pengorbanan seorang isteri...cayalahhh..:))

    eh pak itam..betui ke si jantan tu mengandung? akak tak tau pulak cerita ini :((

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    misti mak itam bangga dengan pak itam selepas ia membaca n3 ni


    seksi gambat si mamat tu
    dah berapa bulan tuuu

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Harap mereka yang mahu bergelar bapak dapat membaca N3 ini agar mengerti sebuah kemanisan/debaran tika si isteri bertarung nyawa bagi mendapatkan cahayamata.

    p/s: sakit hati mengenang bayi yg dibuang merata tempat oleh emak/bapak yang durjana

    BalasPadam
  4. Salam bapak itam,

    n3 bapak kali ini mmg betul2 membuatkan dik non ketawa meleleh ayaq mata. W/pun sepatutnya cerita nie mendebarkan, dari baris pertama hinggalah noktah terakhir tak dpt dik non menahan gelakan dik non.

    Dari pengalaman dik non & mungkin jugak ibuk2 lain, sebaik saja baby keluar, hilang segala sakit yg ditanggung. Dik non sendiri merasakan itulah saat yg paling bahagia dan rasa nk mengandung semula masa tu jugak.

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam,

    menarik n3 kali ini. saya suka.

    ya, terkadang kita (terutamanya saya) alpa, lupa, tak ingat atau buat-buat lupa dengan pengorbanan isteri.

    apa-apa pun untuk semua suami-suami hargailah pengorbanan ini...

    ps: teringat setiap detik semasa menemani isteri bersalin (ketiga-tiga orang anak, tapi yang ke 4 tak sempat) bersama Dr di bilik bersalin....(bila kenang-kenang...dah jadi mcm dr pulak....)

    BalasPadam
  6. Salam pak itam..

    Pengorbanan isteri yang berat itulah...menjadi sebab kenapa Allah letakkan darjat ibu tinggi disisiNya....
    hatta kalau derhaka..atas dunia terus mendapat balasan...dosa
    cam citer si tanggang..dll .tuh huhuhuuh

    Moga para suami sentiasa faham akan janji Allah ini..pada seorang isteri yakni juga seorang ibu....

    BalasPadam
  7. salam...semoga luahan debaran Pak Itam ini dapat dibaca oleh para suami & memahami debaran para isteri...



    pengalaman hubby kat KL - sampai polis tahan kenapa bawak laju sangat...oh tuan nak cepat - isteri nak bersalin kat GH !!!

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,


    Alhamdulillah.... Pak Itam faham pengorbanan seorang ibu yg sanggup bertarung nyawa demi melahirkan seorg zuriat.

    Pengorbanan yg besar yg patut dihargai dan disanjungi.

    BalasPadam
  9. SALAM


    HANYA KETAWA MENGIRINGI PEMBACAANKU,,HEHEHEHE

    BalasPadam
  10. Salam pak itam,

    Seronok pagi2 Jumaat baru bukak n3 ni dah ada appreciation tentang isteri..macam ni lah suami..thanks pak itam kerana menyanjung para isteri..

    BalasPadam
  11. bagus entry ni..kiter suka..

    so, untuk kaum lelaki...belajar lah menghargai isteri2 anda..hehehe

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam kak nab

    laaa tu lelaki korea yg tgh bunting hehehe

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam atuk

    mamat tu tak cukup bulan heheheh

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam kakzakie

    saat2 indah menjadi seorg bapa dlm usia muda

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam kak ina

    sakit2 juga lps tu beranak lagi kan kan heheheh

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam safiudin

    alhamdulillah, pengalaman ni mmg tak ada jual kat mana2 pun kan

    indah utk dikenang

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam shami

    besar pengorbanan seorg bergelar isteri dan ibu , tidak terbalas dgn wang ringgit

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam cikgu sak

    apabila dikenang2 pengalaman tu, mau tersenyum sendirian hehe

    BalasPadam
  19. waalaikumsalam ibu

    hanya Allah yg dapat membalas pengorbanan seorg ibu dan isteri

    BalasPadam
  20. waalaikumsalam CM


    ketawakan terapi minda , hilang stress hehe

    BalasPadam
  21. waalaikumsalam kak sidah

    itu yg sepetutnya , penghargaan buat wanita

    BalasPadam
  22. putu bambu

    sekadar berkongsi penghargaan

    psss dh lama tak makan putu piring dan putu bambu hehehe

    BalasPadam
  23. putu piring senang dapat kat pasar malam..

    tapi putubambu mmg susah nak dapat..bukan semua pasar malam ada jual..

    saja je pilih nick ni.. lain dari yg lain..

    BalasPadam