WARGA SCP
Selasa, November 30, 2010
TINGGAL, JAGA KEBUN PISANG BEBAIK
Isnin, November 29, 2010
melencong jap ke SINGAPORE
ALHAMDULILLAH
Kerana ada appoiment kat JB lewat petang nanti , lalu bapak pun melenconglah sekejap masuk Singapore . Tapi tak sangkalah pulak hari tu, kesesakan ditambak johor menyebabkan kami tersangkut hampir 3 jam juga nak lepaskan CIQ Malaysia.Nak patah balik dah tak boleh.
Rupa2nya depa dok tgh bikin jalan kat atas tambak. Mana tak sangkut .Masuk2 auto pass kat CIQ Singapore, dia tulis "sorry pak itam , card error". Dah kena pegi kat pejabat Transport Autority di CIQ Singapore tu utk update kad tu . Baki masuk ke singapore tanpa bayaran ada 10 hari lagi dan ada 39 dollar lagi dalam kad tu . Sana masuk parking pun boleh pakai kad ni , nak beli kad 7 eleven pun boleh gunakan. Sungguh efektif.

Aku dah suruh mak itam set Marina Bay , tapi tak perasan pulak terset Marine Park. Akhirnya kami dibawa ke sana . Tengok2 salah je, kami pun settinglah semula GPS ke Orchad Road kerana di sana terdapat sebuah masjid di tengah2 Orchad Road dan belum solat asar lagi ni .
Bapak ke kedai lain kat dalam tu , benda yang sama dia letak baru 165 sing dollar , lps tawar menawar akhirnya 120 je sing dollar . Tengok tu, banyak beza harganya wooooo hehehe
Tukar duit kita dalam 285.00 je . Murah sikit pasal kalau kat malaysia benda alah tu dalam 350 -400 hengget juga . Sambar sekali uv filter dalam 15 sing dollar je (rm45) yg kat malaysia dalam seratus lebih.
Lebih kurang kul 9.00 mlm juga, kami pulang ke JB. Tapi kerana tak mahu ambil risiko tersangkut di Tambak Johor dan Woodlands, bapak balik lalu Tuas . Biar jauh sikit, janji tak jammed dan tersangkut berejam2 mcm tadi ,
Sambil jejalan kat situ, mata gatal pulak bila jumpa kedai camera yang melambak di Lucky Plaza , lalu aku pun tanyalah pasal converter utk wide lens . Mula2 dia letak 250 sing dollar . Bapak cakap bapak selalu datang sini, tokey kedai tu pun kata
" i cam muka u lah , oklah satu kali harga baik punya pasal u selalu datang"
padahal aku selalu lalu je kat depan kedai dia tu, tapi tak pernah singgah pun.
Tengok tu , tokey tu ingat nak "cong" bapak, tapi bapak lagi bijak. Saja nak tengok je hehehe
Semua taktik cina kedai ni dah dalam tangan bapak , ada ke dia nak cuba "cong" bapak
Lepas tu dia kata aku punya pasal , turun 180 sing dollar. Aku kata aku nak jejalan dulu, kalau jadi aku beli.
" i cam muka u lah , oklah satu kali harga baik punya pasal u selalu datang"
padahal aku selalu lalu je kat depan kedai dia tu, tapi tak pernah singgah pun.
Tengok tu , tokey tu ingat nak "cong" bapak, tapi bapak lagi bijak. Saja nak tengok je hehehe
Semua taktik cina kedai ni dah dalam tangan bapak , ada ke dia nak cuba "cong" bapak
Lepas tu dia kata aku punya pasal , turun 180 sing dollar. Aku kata aku nak jejalan dulu, kalau jadi aku beli.
Bapak ke kedai lain kat dalam tu , benda yang sama dia letak baru 165 sing dollar , lps tawar menawar akhirnya 120 je sing dollar . Tengok tu, banyak beza harganya wooooo hehehe
Tukar duit kita dalam 285.00 je . Murah sikit pasal kalau kat malaysia benda alah tu dalam 350 -400 hengget juga . Sambar sekali uv filter dalam 15 sing dollar je (rm45) yg kat malaysia dalam seratus lebih.
Lebih kurang kul 9.00 mlm juga, kami pulang ke JB. Tapi kerana tak mahu ambil risiko tersangkut di Tambak Johor dan Woodlands, bapak balik lalu Tuas . Biar jauh sikit, janji tak jammed dan tersangkut berejam2 mcm tadi ,
Sabtu, November 27, 2010
LUTUT DAH BALUT KE BELUM
ALHAMDULILLAH
Petang hari tu, mak itam tanya bapak
"Lutut dan balut ke belum"
bapak ketawa je
masa tu Malaysia baru nak lawan dengan Siam dlm perlawanan akhir antara regu di Sukan Asia.
Akhirnya keputusannya semua dah tahu, kita gagal lagi
Mak itam cakap, mana nak menang, "killer" nya ada kat sini, 'killer pencen" hehehe
Sebenarnya penguasaan Siam ni memang susah nak disangkal.
Bapak pernah berentap dgn Siam ni masa tahun 80 han dulu ketika menyertai pertandingan peringat Asia Tenggara di Brunei Darusalam.
Itulah kali pertama bapak naik kapal terebang . Kami semua memakai uniform yang sama masa tu, baju batik warna biru dan seluar juga semua sama. Semua diukur dan ditempah 3 minggu sebelum bertolak semasa kami menjalani latihan pusat.Kami berkampung di Wisma Belia ,Cheras . Kerjanya pagi ,petang,siang,malam mengadap bola takraw ni di bawah kendalian jurulatih En Rubaie.
Kali pertama naik kapal terbang , bapak dah risau dgn rakan bapak. Manakan tidak, nanti pasal pramugari nanti tanya bahasa omputeh, mcmmana kami nak jawab.Yang kelakarnya masa atas kapal terbang ,masa tengah pramugari tgh hidangkan makanan , bapak dah pakat dengan rakan bapak disebelah, kalau pramugari tanya nak makan apa dlm bahasa omputeh, kita belasah angguk je , "beef or chicken , yes,yes" hehehe
Kami ditempatkan diperkampungan sukan di Universiti Brunei .Masa itu masih guna bola rotan , bukan macam sekarang pakai bola plastik.
Lagi satu, dulu2 mana ada servis kuda ni, servis kinzir pun takde. Tapi cara gulung lipat bola dari dulu sampai sekarang tetap sama.
Kami bermula baik memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan sehingga berjaya ke peringkat akhir bertemu Siam ni
Malam tu dah tak boleh tidur , tak tahu regu mana yang akan turun dulu.
Esok, hari dan detik yang ditunggu pun tiba. Perlawanan disiarkan secara langsung ke seluruh Brunei.
Regu pertama kalau tak salah bapak , Ku Halim Ku Musa , Mat Nor Sulaiman dan sorang lagi tekong Ibrahim namanya turun dan berlawan bermati-matian dan akhirnya menang hingga ke rubber set. Tapi lepas game , keting dan badan Ku Halim penuh dgn tanda lebam bola. Manakan tidak , bola rotan cap wau tu . Killer siam tu menangis teresak2 krn tak sangka kalah .
Bapak turun set kedua dgn Sirajuddin sebagai feeder dan Mamak Penang (entah lupa dah namanya) sebagai tekong. Tekong bapak punyalah tinggi hampir 7 kaki , hitam pasal sebiji mamak penang . Dia pun asal penang mari juga. Bermatian juga kami main macam nak runtuh.
Terbang sana, terbang sini,jatuh sana , jatuh sini. Main lawan siam ni kalau tak "menganjing" memang tak sah . Kalau bola mati je, mcm nak rak siam ni berjoget, kami pun sama juga masa dapat mata. Tapi kami semua sporting dan tak pernah marah pun bila pihak lawan "menganjing"
Ada sekali tu ,masa bapak blocking,killer siam tu lipat kena kat tengkuk, adoiiiiiiiiiiii
macam nak tercabut tengkuk
Akhirnya regu bapak kalah juga dgn rubber set
Regu ketiga pula yg diketuai oleh Saravanan(Tekong India pertama wakili Malaysia masa tu ) bermain dan akhirnya malaysia kalah masa tu 1-2 dgn Siam .
Walaupun kalah, kami tetap menjadi selebriti di mata peminat2 dari Brunai, ada yang minta sains autograf lah,ada yang mintak alamat la . Manakan tidak, Malaysia-Brunaikan serumpum Melayunya. Ada sorang peminat tu siap minta jersi yg bapak pakai, bapak kata tak boleh pasal jersi tu bapak nak tukar dengan pemain siam lepas habis upacara penyampaian hadiah.
Sampai sekarang medal naib johan yang bapak menangi ada tersimpan di dalam almari di kampung .
Bapak dah rasa penangan Siam ni , jadi bapak tahu bagaimana sukarnya berhadapan dengan mereka yang kejanya mmg 24 jam berlatih dan main bola takraw ni, sedangkan kita hanya buat latihan pusat 2-3 minggu je.
Lagi satu takraw ni dah jadi permainan tradisi mereka siang dan malam. Jadi kat ceruk rantau mana pun kat Siam, ada saja gelanggang dan pemain takraw ni . Bezanya kalau kat negara kita, banyak gelanggang takraw ni semua dah "mati" dan pemain dah "pupus"
Mereka ada beribu pemain yang levelnya sama je yang menunggu nak mewakili negara sedangkan kita hanya beberapa kerat je hinggakan terpaksa mengambil kembali pemain2 yang dah bersara utk wakili negara semula.
Sekarang jangan kata Siam, China , Jepun, Korea dan India pun dah pandai main takraw ni. Siapa sangkakan, cempedak dah jadi nangka. Moralnya di sini, kalau kita tak tahu, kita belajar dan usaha sungguh2, belakang parang kalau diasah lagikan tajam . Begitu juga dengan apa jua benda dan ilmu baru yang kita temui setiap hari dalam catatan perjalanan hidup kita.
Sekian celoteh bapak kali ni,
Jangan mereka panggil bapak main semula , udah le hehehe
bapak sekarang main guli boleh le hehehe
kalau suruh lipat kain ke, lipat baju ke ok
kalau suruh lipat gulung,
taubat dah, pasal sekali beralih lutut macam dulu
sapa nak tolong hehehe

Jumaat, November 26, 2010
DRAMA SEBABAK : SUATU HARI DI PETANG ISNIN
LOKASI : ZOO di Tanah Melayu
MASA : LEPAS ASAR
PENERBIT : SCP PRODUCTION
PENGARAH : BAPAK ITAM
JURU GAMBAR : PUN BAPAK ITAM
ALIH BAHASA : BAPAK ITAM JUGA
SEMUA KEJA BAPAK ITAM
Sekarang musim hujan tak menentu, kejap panas kejap hujan
bagi yang basuh baju , tu yang tak kering dan lembab
2-3 hari baru kering betul
kalau pakai lembab2, karang panau dan berkurap pulak
mungkin fenomena ini turut dilalui oleh haiwan2 ni yang bapak jumpa tempohari
semua duk bantai bergolek je sambil menunggu pakaian mereka kering

Khamis, November 25, 2010
LAMPU NASI KANDAR
ALHAMDULILLAH
Hari tu masa bapak balik ke Kolumpo, bapak sampai je keluar tol terus menuju ke Pelita Nasi Kandar . Kalau bapak pi Kolumpo, pasti bapak singgah kat Pelita ni. Kat tepi hutan mana ada nasi kandar ni , HC pun takde juga, Kat JB tak pernah jumpa juga.
Macam biasa , kalau singgah Pelita Nasi Kandar ni , bapak jarang makan ikan. Bapak makan kari daging dia lah,bawang goreng dan sotong kurita goreng yg besar tu takkan bapak lepaskan . Puas makan bertiga.
Setiap kali pi situ, madang penuh je . Tak pernah lenggang Pelita tu .Nak kata murah tak juga , tapi orang sentiasa penuh. Tapi nak makan punya pasalkan.
Tapi makan makanan kari2 dan lemak2 ni sesekali oklah, pasal tak bagus untuk kesihatan sebenarnya . Kalau makan tetiap hari, dah nanti bapak kena ambik bedak calit 3 line kat dahi ,
Lepas tu pakai pelikat putih hehehe

Tengok Pelita ni penuh je, bapak pun rasa mcm nak menceburi perniagaan nasi kandar ni lah
Yelah, takde org melayu rasanya yang ceburi perniagaan nasi kandar ni kan

Kalau mamak pun dah boleh berniaga jual nasi lemak , takkan org melayu tak boleh meniaga nasi kandar .
Kalau jadi bukak, bapak nak namakan restoran tu LAMPU NASI KANDAR.
Nak lawan dengan Pelita tu,
kalau tak pun letak BELUTI NASI KANDAR vs Kayu Nasi Kandar hehehe
Tukang masak tak payah import dari India,
bapak punya mamak itam rasanya boleh lawan dengan mamak2 ni
Ni mamak itam ku masakkan bapak
Kari Kapla Ikan Merah
dari dapur LAMPU NASI KANDAR
bersih bapak kerjakan
Rabu, November 24, 2010
NIKMAT TIDUR
Tidur adalah salah satu nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Qasas :
Daripada rahmat-Nya, (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur. "Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki. "
(An-Naba’: 9 – 11).
Rasulullah s.a.w. memberikan contoh yang baik untuk tidur, lengkap dengan doa-doanya. Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri dalam Minhaj al-Islam telah menghimpunkan adab-adab tidur dalam Islam seperti berikut :Firman Allah S.W.T dalam surah al-Qasas :
Daripada rahmat-Nya, (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur. "Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki. "
(An-Naba’: 9 – 11).
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih afdal ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10 malam. Waktu-waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.
Menurutnya, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.
Firman Allah dalam al-Quran bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir, sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam. Dan pada akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.
(Az-Zariat : 15-18 )
Menurut Dr. Mohammed Osman Nasir, solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat daripada tidur malam.
Dari segi cara dan posisi tidur, cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat. Ini kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung, bahkan kadangkala dapat menyebabkan kita ingin ke tandas.
Tidur secara menelungkup pula tidak praktis untuk pernafasan. Tidur pada sisi kiri badan (menghadap ke kiri) juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga peredaran darah terganggu dan mengurangi aliran darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi-mimpi sedih dan buruk.
Posisi tidur terbaik menurut sains adalah pada sisi kanan tubuh (menghadap ke kanan). Fakta ini telah diuji melalui kajian perubatan moden. Malah ia membenarkan cara dan ajaran Rasulullah s.a.w. yang bersumberkan wahyu, di mana Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada para pengikutnya untuk tidur berbaring pada sisi badan bahagian kanan.

1. Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti bermuzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w. membenci untuk tidur sebelum solat Isyak.
2. Berwuduk sebelum tidur. Sabda nabi s.a.w. jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.
3. Mulakan tidur atau berbaring atas rusuk kanan sebagaimana sabda nabi s.a.w. kepada al-Barra’ Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.
4. Jangan tidur dengan cara meniarap yang menekan perut kerana sabda nabi s.a.w. Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.
5. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah s.a.w. seperti membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali atau membaca surah al-Fatihah dan awal surah al-Baqarah sampai al-muflihun, ayat Kursi dan akhir surah al-Baqarah daripada lillahi ma fis samawat…. hingga akhir dan sebagainya.
Tapi bapak memang kagum tengok rimau bintang ni ,
dia boleh tidur dan jadikan 2 batang kayu tu sebagai tilamnya.
Baik punya landing hehehe
Masa bapak rakamkan fotonya,
langsung dia tak peduli
nasib baik dia tak berdengkur.
Itulah nikmat tidur yang Allah kurniakan
bukan saja pada kita manusia
tapi juga pada haiwan yang dijadikanNYA.
Mestilah kita mensyukuri segala nikmatNYA itu
Ok, selamat malam
jangan pulak nanti kalian tidur mcm rimau bintang tu
dah nak kena cari kayu pulak hehehe
nak cari kayu, nak cari kayu,nak cari kayu
Selasa, November 23, 2010
BALIKLAH PAK ITAM uwekkkkkkkkkk
Dalam beberapa kisah dan hadis diceritakan kisah-kisah yang menunjukkan Nabi Muhammad SAW seorang pencinta dan penyayang kepada haiwan dan binatang:
- Ketika Nabi Muhammad hendak mengambil jubahnya dan mengetahui bahwa seekor kucing sedang tidur di atas lengan jubah tersebut, Nabi Muhammad pun memotong lengan jubah yang digunakan tidur oleh sang kucing dengan tujuan agar tidak membangunkan tidur si kucing.
- Menurut hadis Imam Bukhari bersabda Rasulullah yang ertinya: Konon, ada seekor anjing yang berputar-putar di sekeliling sebuah perigi yang hampir kering kontang kerana kehausan, tiba-tiba seorang wanita tua dari kaum Bani Israel melihatnya, lalu ia melepaskan kasutnya untuk mengambil air yang kemudian diberikan kepada anjing tersebut. Kerena amalannya itulah kemudian Allah berkenan mengampuninya”.
- Ketika memasuki Kota Makkah setelah menakluk tentara Quraisy, salah satu perintah Rasul adalah tidak membunuh apa pun yang ada di kota suci itu.
- Sebuah hadis nabi yang diriwayatkan Muslim ibn al-Hajjaj al-Naysaburi, soheh Muslim, yang ertinya; “Ketika kamu melakukan perjalanan melalui sebuah daerah yang subur, maka perlambatlah agar unta-untamu sempat makan rumput. Dan jika kamu melewati sebuah wilayah yang tandus dan kering, percepatlah langkahmu untuk menyedikitkan rasa lapar yang menimpa binatang-binatang itu.”
- Rasulullah pun pernah bersabda yang ertinya; “Tuhan yang Maha Penyayang memberikan kasih sayang-Nya kepada orang-orang yang penyayang. Jika kamu menunjukan kasih sayangmu pada mereka yang ada dimuka bumi, maka di syurga, kelak Dia akan menunjukan kasih sayangNya padamu.” (Abu Isa Muhammad ibn Sawrah al Tirmidzi).
jika kita tak suka akan haiwan dan binatang,
janganlah kita menyakitinya.
*rasa2 kalian, mana pak itam shoot gambar haiwan ni hehehe
Isnin, November 22, 2010
OUTING KLCC
ALHAMDULILLAH
Bapak sekarang ada di KL kerana nak ambik anak bapak yg dah cuti semester . Kebetulan hari isnin ni di negeri Johor, cuti umum kerana hari keputeraan Sultan Johor. Jadi hari selasa baru bapak sambung keja bapak bancuh simen .
Semalam bapak sempat juga sessi TT dgn Hj Nazir. Ingat nak dapatkan stok air zam-zam darinya, namun stok takde. Yang tinggal air sirap je . Takpelah, takde rezeki.
Petang ahad tadi pula, bapak sempat bawak mak itam ke KLCC .
Dah sampai sana sambil mak itam pekena caramel ais blend di setarbak, bapak pun apalagi , duatarbaklah , sempatlah test converter wide lens yang baru bapak sambar hari tu .
Kat KLCC tadi, ramailah pulak pak arab . Macam kat pekan Jeddah pulak suasananya .Cuma bezanya arab kat sana kalau kita jumpa ,tentu akan terpacul ayat:
"Malaysia Bagus"
Ada 2-3 org mamat arab ni duk baring posing baik punya kat atas rumput tgh2 tu, nak ambik gambar berlatarbelakangkan menara berkembar, lagi jauh security dah dok tiup wisel heheehe
dah macam kat padang bola pulak, referee dok tiup wisel pasal berlaku kekasaran pemain
Inilah hasilnya hasil tangkapan bapak petang tadi , layan jelah

Jumaat, November 19, 2010
KETUPAT RENDANG DI AIDILADHA
ALHAMDULILLAH
Sambutan Aidiladha tahun ni tetap meriah juga walaupun kami hanya menyambutnya 3 beranak je . Sebelum tu aku dah request kat mak itam, minta dia masakkan ketupat dan rendang berserta lauk pauknya,lalu guraunya
"u ni mengidam ngalah org ngandung"hehe
Jadi aku dah pun mula cari daun ketupat, ku suruh seorang pekerja ku memanjat beberapa batang pokok kelapa di belakang rumah ku di tepi hutan. Malangnya semua daun kontot2 , tak sesuai dianyam.

Nasib baik, seorang rakan mak itam dapat carikan daun juga akhirnya. Kalau tak daun getahlah kalau boleh dianyam jadi ketupat .
Selasa petang, aku pun keluarlah dari hutan ke teratak kami di HC. Malamnya seperti biasa, mak itam pun mulalah menganyam ketupat dan menyediakan segala ramuannya . Malam tu juga, ketupat direbus dan rendang ayam dimasak "Half Cooked" .

Pukul 4.30 pagi mak itam dah bangun dan ke dapur untuk menyiapkan hidangan utk kami di pagi raya nanti. Lodeh dimasak, begitu juga dengan sambal kacang , kari daging . Rendang yg "half cooked" sebelum tu terus dimasak hingga kering dan menjadi rendang yang sebenar.
Pagi ni kami bertiga menunaikan solat sunat aidiladha di masjid Jamek HC bersama ribuan jemaah yang lain . Di situ kelihatan beberapa ekor lembu yang sihat dan gemuk telah siap sedia untuk dikorbankan. Jam 9.30 pagi selesai solat dan khutbah , kami pun pulang dan menyambut aidiladha bersama menikmati juadah yang telah disediakan.
Jom kekawan , sudi2kan

ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
WALILLAHILHAM
ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR
DAN SEGALA PUJI BAGINYA
kita disunatkan bertakbir sepanjang hari 10,11,12,13 zulhijjah
selepas setiap kali solat dan setiap masa yang terluang

Langgan:
Catatan (Atom)