WARGA SCP

Isnin, Julai 11, 2011

BURSA : SILK BAZAAR part 2


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH


Yang pasti tempat ni sesuai utk golongan hawa kerana mereka mmg minat dengan bendalah mcm ni dan boleh memakainya , kita golongan lelaki diharamkan memakai pakaian yang dihasilkan dari sutera dan tapi bapak lihat sekarang , ramai orang besar2 (bukan yang besar badannya) yang main langgar hukum-hakam dan memakai baju yang dibuat dari 100% sutera tulen , kalau tak pun pakai tali leher dari sutera tulen 100% dan haram jika melebihi 4 jari seperti dalam hadis daripada Suwaid bin Ghafalah:

"Sesungguhnya ‘Umar bin Al-Khattab berkhutbah di Jabiyah (bandar Syam) lalu berkata:
"Nabi Muhammad S.A.W melarang daripada memakai pakaian sutera melainkan pada kadar dua, tiga atau empat jari."

(Hadis riwayat Muslim)

Dalam hal pakaian yang dikait dengan sutera (sejenis jahitan untuk membuat bunga dan corak pada kain), adalah harus jika tidak melebihi empat jari. Ini termasuklah juga kocek pakaian, tampalan dan sebagainya.

Tu kalau kalau pakai boxer dari sutera ....,
tu bukan 4 jari lagi , mau 4 meter hehehe

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
maka janganlah memakai sutera dan emas."
Riwayat Ahmad dan Al-Hakim

Huraian:

1. Emas dan sutera adalah perhiasan yang dipakaikan kepada penghuni syurga di hari akhirat kelak. Oleh itu Islam telah mengharamkannya kepada lelaki daripada memakainya ketika di dunia. Lain pula halnya bagi wanita di mana mereka diharuskan (halal) berbuat demikian.

2. Memakai cincin perak pula hukumnya halal terhadap kaum lelaki bahkan Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin perak.

3. Tetapi dalam pemakaian kain sutera terdapat keringinan (rukhshah) iaitu apabila ada suatu keperluan yang berhubung dengan masalah kesihatan, sebagaimana Rasulullah pernah mengizinkan Abdur-Rahman bin 'Auf dan az-Zubair bin Awwam untuk memakai sutera kerana masalah kulit di badannya.

4. Antara hikmah Islam melarang penggunaan emas dan sutera tersebut adalah untuk menghindari dua hal yang merugikan iaitu pemborosan dan sikap bermewah-mewahan. Tambahan pula adalah amat tidak manis (tidak sesuai) bagi lelaki berhias sebagaimana wanita berhias apalagi Islam melarang lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.

Asal Pengharaman Sutera semasa Rasulullah SAW dihadiahkan farruj (sejenis pakaian) sutera. Baginda memakainya lalu mengerjakan solat dengan pakaian itu. Setelah selesai sembahyang Baginda menanggalkan pakaian itu dengan keras seperti membencinya. Baginda bersabda:

"Pakaian ini tidak sesuai bagi orang-orang yang bertaqwa."
(Hadis riwayat Muslim)

Pakaian yang bercampur dengan sutera, menurut pendapat yang sahih dan masyhur adalah mengikut kadar timbangannya. Jika sedikit timbangan sutera itu, maka haruslah dipakai oleh lelaki, namun jika lebih banyak timbangan sutera itu berbanding dengan timbangan bahan yang lain itu, maka haram lelaki memakainya. Adapun jika sama timbangan antara keduanya, maka menurut pendapat yang shahih adalah harus dipakai oleh lelaki kerana ia bukan sutera & mengutamakan perkara yang Halal lebih dahulu daripada yang Haram [ Fiqhul Manhaji]. Sebagaimana dalam hadis daripada Ibnu ‘Abbas katanya:

"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melarang daripada pakaian sutera yang tulen. Adapun sujian daripada sutera dan jahitan pakaian maka tidak mengapa."
(Hadis riwayat Abu Daud)

Jika dijahit pakaian itu dengan benang sutera adalah harus dipakai tanpa ada perselisihan pendapat. Sementara tasbih yang mempunyai benang sutera tidak haram menggunakannya.

Sebenarnya banyak lagi pendapat mengenai pemakaian sutera ni dan tak tertulis kat sini.


Yang pasti bapak suka suasana di sini kerana bapak berpeluang merakamkan detik2 indah di sini secara semulajadi dengan lensa kamera cabuk bapak ini . Tiang2 besar bapak jadikan tempat badan bapak yang kecil comel ini bersandar agar kamera yang dipegang tidak bergoyang dalam menghasilkan gambar yang berkualiti.

Bapak tetapkan satu titik fokus kepada pemuda ini yang tak perasan bapak dok tilik lagi tadi tunggu je saat2 dia memegang dagunya sambil merenung sesuatu , jadi wajahnya agak jelas kelihatan berbanding wajah wanita dan anaknya di sebelah kiri kerana bapak ketika ini menggunakan "centerweight Matering" dan focal lens yg besar utk mendapat D.O.F yang diingini.Itu lah salah satu seni dalam bidang fotography ini yang bapak dapat "practice" bila bapak ke tempat2 sebegini
exif data foto di atas
kalau tak faham buat2 faham je hehehe

Exposure Time = 1/80"
F Number = F5.6
Exposure Program = Aperture priority
ISO Speed Ratings = 400
Max Aperture Value = F5.66
Metering Mode = CenterWeightedAverage
Light Source = unknown
Flash = Off
Focal Length = 200mm

exif data utk foto di atas
Exposure Time = 1/13"
F Number = F8
Exposure Program = Aperture priority
ISO Speed Ratings = 400
Exif Version = Version 2.21
Exposure Bias Value = ±0EV
Max Aperture Value = F5.66
Metering Mode = CenterWeightedAverage
Light Source = unknown
Flash = Off
Focal Length = 200mm




Queen Elizabeth pernah ke sini untuk mendapatkan bekalan scarfnya
kerana hasilan di sini bermutu tinggi
harganya pula lebih murah berbanding negara2 jiran hehehe
jawapan standard menteri kita bila nak naikkan harga barang hehehe





2 ulasan:

  1. Salam,

    book nombor satu nampak.

    tolong bagi alamat, nak hantar semula folder konvokesyen u. rupanya saya tak kembalikan lagi rupanya.

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam AZ

    takpe, simpankan dulu, kat kedai banyak lagi folder tu

    nanti bebila kita jumpa bolehlah az pulangkan

    no hal punya, small matter hehehe

    BalasPadam