بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Seperti yang aku katakan, kedudukan Topkapi Palace ni memang startegik . Salah satu bahagiannya menghadap Selat Bosphorus tempat lalu lalang kapal . Selat inilah yang memisahkan Turkeye kepada 2 bahagian, satu di Benua eropah dan satu di Benua Asia.
Jadi dari sini, para sultan dan pemerintahannya dapat melihat dengan jelas kapal2 dagang yang masuk dan juga kapal2 musuh juga.
Terasa aman, bebas mata memandang bak saujana yang kejauhan bila menatap keindahan alam dan kesibukan selat Bosphorus dari atas ini dan aku semacam merasakan aku ni macam sultan dari zaman pemeritahan Ottoman pulak hehehe
Memang istana ini sungguh luas dan besar sekali dan aku sendiri tak termasuk kesemua ruangan yang terdapat di sini, kalau nak teliti dan masuk satu persatu serta menghayatinya, mau 2-3 hari baru khatam.
Tapi satu meriam pun aku tak jumpa di istana ni yang menghadap ke laut tak semacam kota2 lama kepunyaan koloni barat yang pasti ada meriam menghala keluar.
Beginilah suasana alam di sekitaran yang seakan2 berkabus tapi udara yang disedut terasa begitu segar dan nyaman.
Mungkin di sini dahulu, tempat para Sultan Ottoman duduk berehat sambil menghirup teh tarik sambil makan roti tampal di kala petang sambil merehatkan minda.

Memang ketenangan dalam hidup sangat penting , kalau duit banyak mengunung, atau bini banyak keliling pinggang ,atau anak banyak berderet , tapi kalau hati tak tenang pun tak guna juga. Jiwa ku terasa tenang bila berada di sini sambil memerhatikan kapal2 dan bot2 lalu lalang kat bawah tu.
Namun setenang2 di sini, pasti ketenangan yang aku cari bila menghadap Baitullah yang ku dambakan. Yang pasti lusa aku akan berada di bumi barakah yang menjadi tujuan dan fokus utama ku nanti kerana aku begitu merindui suasana di sana untuk beribadat, bermunajat dan berdoa .
Walaupun suasana di sana nanti pasti hiruk pikuk , namun sebenarnya itu hanya luaran dan ketenangan dalam hati sahaja yang hanya kita sahaja yang tahu dengan izin Allah jua.
Ya Allah, permudahkanlah.

Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamtak ada bilik untuk disewa kat istana tu ke..
kalau ada, tentu boleh lawati semua kawasan istana tu...
he he
Wassalam
waalaikumsalam atuk
BalasPadamada bilik , tak payah sewa
bilik air je heheheheheh